Bab 3

570 13 1
                                        

Kenduri kesyukuran dan tahlil di rumah kami, begitu ramai jemputan yang hadir. Hampir seluruh Kampung. Padang Lalang ini ibu jemput. Aku sibuk di dapur dengan kaum hawa yang lain menyiapkan dulang hidangan.

Tiba-tiba kakak ibu yang aku panggil Mak Ngah menyiku lenganku.

"Mak Ngah tengok, rapat sungguh Ijad dengan kau?"

"Entahlah Mak Ngah. Mungkin Ijad ingat, saya ni mama dia."

"Budak kecik, Hani. Lagipun kau dengan arwah Hazlin kan seiras. Beza umur pun tak jauh."

"Sebab tu saya risau, Mak Ngah. Bulan depan saya dah mula kerja. Saya kena pindah dekat KL."

"Kau tak nak ke, jadi emak pada Ijad tu? Apa salahnya? Lagipun, Syamsul tu dulu pernah jadi tunang kau. Mak Ngah tengok, sayang benar Syamsul pada Ijad. Sampai sekarang dia tak reti cari pengganti arwah Hazlin."

Aku terkedu dengan usul Mak Ngah. Aku tak boleh salahkan Mak Ngah walaupun aku sedikit terkesan dengan cadangannya.
Geram pun ada. Hendak mengherdik semula, memang aku tak berani. Hanya mampu menyumpah di dalam hati.

Dari kecil, abah dan ibu senantiasa berpesan supaya jangan kurang ajar dengan orang tua. Mak Ngah yang aku anggap seperti ibuku sendiri dan aku harus menghormatinya.

Tetapi...... tahukah Mak Ngah betapa selama lima tahun ini, aku begitu lelah memujuk hatiku untuk melupakan Syamsul?


Dulang di tangan yang penuh beraneka lauk bertukar tangan sebaik sahaja bacaan Yassin dan Tahlil ditamatkan dengan doa panjang dari Imam Haji Daud. Beberapa orang anak muda membantu membawa hidangan ke ruang tamu yang dihampar tikar panjang.

Disusuli pula dengan mangkuk nasi dan juga kendi air. Berkali-kali aku berhadapan dengan seorang lelaki memakai sepasang baju Melayu warna kuning air. Entah kali ke berapa pula barang-barang di tanganku disambut olehnya. Kali ini aku cuba memandang wajah pemuda tersebut dan mata kami bertatapan lantas dia menghadiahkan aku sebuah senyuman.

Aku agak berat hati untuk membalas senyumannya lantas melarikan anak mataku pada kendi di tangan. Entahlah! Tak terusik langsung hatiku dengan wajah yang tampan itu sekalipun.

Para jemaah surau sudah pun meninggalkan rumah kami. Aku keluar melalui pintu dapur membawa beberapa biji mangkuk lagi untuk dicuci. Kesian melihat beberapa orang makcik sedang membasuh pinggan, aku pula duduk beralaskan kerusi kayu kecil menyertai mereka.

"Untung si Hasnah dapat anak serajin Hani. Lemah lembut pulak tu."

"Makcik jangan puji saya banyak sangat. Tak tidur malam saya nanti. Nak belanja makcik makan, saya belum kerja lagi." Gurauku disambut dengan ketawa dua tiga orang yang sama-sama membantu mencuci pinggan.

"Ke situ pulak dia. Aku puji bukan nak mintak kau belanja!"

Aku ketawa kecil dengan omelan Makcik Jah, jiran sebelah rumah kami.

"Aunty Maz... penat tak? Kalau penat, boleh Ady ganti." Tiba-tiba saja, suara lelaki menerjah, menganggu kecerian usik-mengusik kami.

"Elok benorlah tu. Bagi orang-orang muda pulak basuh pinggan. Kami dah tua, lutut mudah lenguh duduk macam ni. Hah Hani..... ni anak saudara Pak Ngah Hani. Namanya Ady, kerja dekat KL nun!" Mak Ngah memperkenalkan lelaki yang memakai baju Melayu kuning air tadi.

Aku hanya menganggukkan kepala dan terus menyambung kerjaku. Dengan span di tangan penuh dengan buih sabun, aku sambung mencuci dan letakkan cucianku ke dalam besen bersebelahan untuk dibilas dengan air bersih.

"Ady dengar cerita aunty Maz, Hani baru grad dari Aussie?"

"Ha ah, betul."

"Jurusan apa?"

"Ekonomi." Singkat dia bertanya, singkat juga aku menjawab. Terasa kekok sangat disebabkan aku jarang berbual dengan lelaki face-to-face. Sewaktu di Perth, aku hanya keluar berkumpulan dengan rakan-rakan sekampus.

"Not bad. You dah dapat tawaran kerja?"

"Sudah. Insya-ALLAH, bulan depan Hani akan mula kerja."

"Owh, Ady baru nak offer Hani kerja dengan company Ady."

"Thanks but no thanks. Hani ada kontrak dua tahun dengan MARA disebabkan Hani dapat biasiswa penuh masa  belajar dekat sana."

Dapat aku mendengar Ady Farhan mengeluh peelahan.

"Kalau macam tu, tak apalah. Nak buat macam mana, kan? Orang tak sudi....."

Berkerut dahiku serta-merta.  Mengapa pula dia harus merajuk?

"Ermm... lepas ni, boleh Ady jumpa Hani lagi?"

Aku terngadah. Eh?

"Kalau ada masa, Insya-ALLAH. Lagipun, kita bersaudara, kan?" berpura-pura setuju sedangkan aku tak pasti apakah aku benar-benar mahu keluar berdua-duan dengan lelaki?

"Hani..... tolong buatkan susu untuk Ijad, boleh tak?" kasar sahaja suara Syamsul di belakangku. Tiba-tiba saja dia muncul entah dari mana.

Aku menoleh dan nampak betapa kelat dan masam mencuka riak wajah Syamsul.

"Er... ibu kan, ada kat dapur?"

"Ibu sibuk!" masih dengan nada kasar dan sedikit angkuh.

"Siapa Ijad" Ady tiba-tiba mencelah. Oh! aku terlupa yang Ady masih ada di antara kami.

"Ijad anak saudara Hani."

"Oh!"

"Hani masuk ke dapur dulu nak bancuh susu. Nanti Hani datang semula." Tanpa menunggu Ady membalas, aku bergegas masuk ke rumah. Bengang dengan arahan yang baru aku terima dari Syamsul. Dia ingat aku siapa? Isterinya ke? Aku tarik muncung sedepa manakala Syamsul mengikuti langkahku di belakang.

"Syam tak reti nak bancuh susu sendiri ke? Selama ni, siapa yang buat?" tegang suaraku memarahi Syamsul sebaik sahaja aku capai botol susu Ijad di rak tempat menyimpan barang-barang keperluan anak saudaraku itu.

"Syam mintak maaf. Sebenarnya Syam tak suka Hani berbual dengan lelaki lain, yang Hani tak kenal."

"Syam peduli apa Hani nak berborak dengan siapa pun? Hani bukan 'bini' Syam! Yang kat luar tu..... anak saudara Mak Ngah Hani. Salah ke?" aku menempelak Syamsul. Sakit hatiku tak terkira.

"Syam cemburu sebab Syam masih sayangkan Hani." Syamsul berpeluk tubuh di tepi tiang dapur. Macamlah bumbung rumah ibu ni, bakal runtuh sekejap lagi.

"Pergi jahanam dengan kau punya 'sayang'! Tepilah! Hani nak naik atas, nak bagi susu pada Ijad." Aku mula berkasar dan menyuruh dia beredar dari sisiku yang semakin mendekat.

Baru sahaja mahu melepasinya, langkahku mati terpandangkan ibu yang baru turun dari atas rumah. Tergamam! Ibu dapat dengar ke apa yang aku gaduhkan dengan Syamsul tadi? Mudah-mudahan ibu tak sempat pasang telinga.

BIAR BULAN BERBICARATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang