Bab 12

669 11 0
                                        

Lebih kurang jam 8.15 malam, aku tiba di El Patio Coffee House, Hotel Melia yang terletak di Jalan Imbi. Tercari-cari aku meja Datuk Ammar dan juga Encik Shafiq. Sebentar kemudian, aku ternampak tangan Encik Shafiq melambai-lambaikan tangannya, Dari kejauhan aku dapati ada seorang pemuda dan juga seorang lelaki sebaya Datuk Ammar di sebuah meja bulat.

"Assalamuailaikum Datuk,  maaf saya terlewat"  Pandanganku jatuh pada lelaki yang duduk di sebelah Encik Shafiq. Agak tercengang bila menyedari Ady Farhan turut serta dalam  perjumpaan malam ini.

"Tak apa, baru lima belas minit, jemput duduk Cik Hani.  Kenalkan, client besar kita. Tan Sri Rahman dan anaknya Ady Farhan. Ini staf baru saya, Cik Hani."

Aku sekadar mengangguk dan menundukkan kepala tanda hormat kepada lelaki berpangkat yang  menjadi tetamu kami. 

Tak semena-mena, lebar senyuman Ady farhan dengan kedatanganku. "Papa,  nilah anak saudara Aunty Maz." Ady Farhan dengan senang hati memperkenalkan aku pada papanya.

"Lah.. ya ke? Kecik betul KL ni, kan? uncle dengar Hani baru grad?"

 "Saya, Tan Sri."

 "Ishh.. tak payahlah  ber Tan Sri-Tan Sri dengan Uncle. Lagipun, kita kan bersaudara." Raman Tan Sri menegurku yang terasa canggung ketika ini. Ialah, pertama kali aku berhadapan dengan orang 'besar-besar'.

"Lah... Tan Sri kenal ke dengan Cik Hani? Senanglah urusan kita kalau begini." Datuk Ammar ketawa perlahan manakala Encik Syafiq ralit memerhatikan aku yang tersipu-sipu. Hishhh!

Seterusya perbincangan mengenai projek usahasama dua syarikat dimulakan. Aku hanya bersuara bila Datuk Ammar meminta pendapatku. Sebagai graduan ekonomi, inilah masanya aku mempraktikkan apa yang aku pelajari sewaktu di universiti.

"Uncle cukup kagum dengan Hani. Walaupun masih belum banyak pengalaman, tapi idea dan pendapat Hani sungguh bernas." Puji Tan Sri sambil tak putus-putus tersenyum. Pasti semasa muda dulu, Tan Sri Rahman ini seorang kacak.

Makanan yang dipesan mula dihidangkan. Aneka sajian yang sedap-sedap belaka. Aku mengunyah dengan tertib nasi goreng Pattaya kegemaranku. Tanpa aku meminta, Ady Farhan  mencedok seekor udang harimau dan meletakkan ke pingganku. Agak segan dengan Tan Sri Rahman di depanku tetapi lelaki berkarisma itu tak sedikit pun menunjukkan rasa kurang senang atas layanan Ady Farhan yang berlebihan. 

Aku bersyukur Encik Shafiq masih lagi rancak berbual dengan Datuk Ammar. Harapanku, dia tidak sesekali menyedari situasi serba-salah yang aku alami ketika ini.

"Thanks," itu saja yang aku mampu membalas apabila Ady Farhan mengisyaratkan aku menjamah udang yang sememangnya nampak begitu lazat.

"Macamana kerja? Pagi semalam  ada terima whatsApp dari Ady?"

"Da.. dapat. Maaf, Hani lupa nak balas."  Alamak! Kenapa dia harus mengungkit mengenai perkara itu di sini?

"Tak mengapalah. Tadi Hani datang sini guna Grab kan? Balik nanti, Ady hantar Hani balik, o.k.?

"Tak menyusahkan Ady ke? Hani boleh je order Grab lagi untuk balik." Aku segan sebenarnya. Kalau dicampur pelawaannya kali ini, bermakna aku bakal menumpang keeta beliau untuk kedua kalinya.

"Apa yang susahnya? Ady pun nak balik ke Bangi. Boleh singgah Cheras dulu. Lagipun, Ady rasa tak selamat perempuan cantik macam Hani guna Grab malam-malam macam ni. Kes samun dan rogol banyak berlaku."

"Isyh.... janganlah takutkan Hani macam tu!" ada pulak dimomokkan aku dengan cerita-cerita menyeramkan begitu.

Kedengaran ketawa kecil dari Tan Sri Rahman. Baru aku tersedar yang bukan kami berdua sahaj di sini.

BIAR BULAN BERBICARATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang