BAB 28

56 1 0
                                    

Hakimi terdiam dengan apa yang di lihat, seperti berada dalam mimpi. Dia tidak menyangka sedekat ini tempat penyembunyian Hana selama 5 tahun. Bersusah payah dia mencari keliling Malaysia, rupanya cuma di kawasan pendalaman kaki Genting ini sahaja. Betul apa yang orang kata, Tuhan sudah menentukan segalanya, kita hanya merancang serta usaha, kerana di setiap ketentuan-Nya masih ada cabang untuk dipilih.

'Aku bersyukur walau lambat bertemu. Sesungguhnya ini membuatkan aku semakin cintakan dia.'

Dari tempat dia berdiri dapat melihat senyuman Hana yang sedang berpeluk rindu dengan Nek Mah. Senyuman kecil terukir tanpa dipinta, hatinya menjadi lapang. Maklumlah dari pagi tadi Hana muram membuatkan dia tidak keruan.

Bahunya ditepuk oleh orang di sisinya.

"Tak payah nak senyum sangatlah, diorang dah panggil tu. Mengelamun ingat moment dalam bilik ke." Qairy berlalu dengan wajah bersahaja.

Hakimi yang tidak sempat membalas, hanya menurut langkah Qairy dari belakang. Di muka pintu rumah, wajah tua Nek Mah menanti dengan senyuman. Empat jejaka itu melajukan langkah mereka. Para gadis sudah masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Mereka cuba membawa beg pakaian masing-masing sahaja. Barang lain, sudah menjadi tugas para jejaka untuk mengangkatnya.

"Alhamdulillah, semunya dah sampai. Tegap-tegap ya kamu semua ni." Nek Mah terlebih dahulu menyapa mereka.Masing-masing bangga dengan pujian tersebut.

"Ada-ada saja nenek ni. Kami biasa-biasa saja nek." Balas Hakimi.

"Ya lah kamu. Sudah, mari masuk. Nur!! Tunjukkan bilik untuk tetamu kita." Nek Mah melaung dari ruang tamu.

Pantas Nur datang untuk memimpin mereka ke bilik belakang. Belum sempat Hana melangkah semula, tubuhnya berada dalam dakapan seorang lelaki.

"Ya-Allah, sayang dah sampai." Pemuda awal 20-an itu mencium ubun-ubun Hana dengan kejap.

"I miss you sayang."

Terukir senyuman Hana walaupun mukanya tenggelam dalam pelukan itu.

"I miss you too." Pelukan itu dibalas.

Hakimi mula pucat. Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri. Anum dan Nek Mah sahaja yang tenang.

"Sudah tu jejak kasihnya, nanti orang salah faham pula." Nek Mah meleraikan pelukan itu.

"Bukan selalu jumpa Kak Nur. Nak manja sikit pun tak boleh." Dia masih cuba memeluk Hana tetapi gagal bila mana perisai Nek Mah beraksi. Terus dia bersandar pada bingkai tingkap.

"Tahu pun diam. Ni kamu semua pergilah berehat dalam bilik. Nur, tunjukkan bilik dekat diorang. Adam bawakan beg tu semua. Tolong Kak Nur kamu bawa tetamu ke bilik. Kamu semua rehat dulu, jangan di layan drama budak bertuah ni. Nanti dah siap masak, Nek Mah panggil. Periangatan, jangan berani turun dapur tolong Nek Mah." Amaran di keluarkan dan semua mengiakan sahaja, tidak berani membantah. Muka Nek Mah garang.

Seperti yang diarahkan, lelaki akan duduk di bilik hadapan, dekat dengan ruang tamu. Manakala wanita akan pecah dua bilik. Anum akan sebilik dengan Hana dan selebihnya satu bilik. Bilik mereka berdekatan dengan dapur, lebih elok wanita dan lelaki dijarakkan. Antara bilik mereka pula terletak dua bilik iaitu Nek Mah dan Adam.

Selesai memasukkan barang kedalam bilik, masing-masing melepaskan lelah. Ada yang duduk dalam bilik dan ada juga yang baring di ruang tamu. Hana terus mandi. Niatnya nak tolong Nek Mah di dapur. Arahan tadi tak berkuatkuasa ke atasnya pun. Dia masih tuan rumah, perlu turun ke dapur juga. Hana menjenguk ke dapur.

"Nek, kita nak masak apa hari ni." matanya melilau meneliti bahan-bahan di atas meja.

"Kita masak ikan pari asam pedas, sayur kubis tumis, ikan sela goreng, sambal belacan dengan sayur ulam. Buat air oren sejuk satu jak dengan air kosong satu jak." Nek Mah berhenti sebentar. Matanya terkelip-kelip seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba dia menepuk angin.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now