BAB 10
Anum mengerling Hana di sebelah. Sayu hati melihat keadaan kawan baiknya itu. tidak pernah Hana sedih sebegitu. Dapat di lihat badan kecil itu bergegar menahan sendu. 'Ya Tuhan, kau bantulah dia.'
Hana merenung keluar tingkap kereta. Lama di tenung langit yang membiru. Cuba di tahan rasa sedih yang di rasa tika ini. Kabur pandangannya di sebabkan air mata yang bertakung. Tiba-tiba samsungnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Skrin telefon di pandang. Nama yang tertera menyebabkan tangisannya pecah juga. sungguh di rasakan dirinya lemah sekarang ini. Panggilan Hakimi di abaikan. Tidak mampu dia menghadap lelaki itu sekarang ini. Hatinya perlu di stabilkan dahulu.
"Nur... aku belikan kau bubur ya." senyap. Hanya tangisan Hana yang kedengaran.
"Aku tahu kau sedih, tapi perut kena isi juga. nanti sakit lain pula yang datang. Ok Nur?" nafas lega di lepaskan bila Nampak anggukan dari Hana. restoran makanan segera di cari memandangkan itu saja yang menyediakan bubur pada waktu tengah hari ini.
Tangisan Hana mula berkurang. " Anum."
"Ya." Balas Anum. Mereka baru keluar dari kawasan Mcd.
"Kita singgah bukit boleh. Aku nak cari 'alam'." Dalam sendu Hana berkata. Di pandang kawannya itu dengan mata bengkak. Anum hanya mengangguk.
Puncak alam menjadi pilihan. Suasana sunyi kembali. Sesekali terdengar tangisan Hana. Telefon sengaja Hana letakkan dalam mood pesawat. Tidak mahu di ganggu sesiapa.
'Kenapa sekarang. Kenapa tak dari dulu. Sebelum aku sayang dia. aku tak kuat. Apa aku nak buat. Aku tak mampu nak tinggalkan dia.' mutiaranya tumpah kembali. Walau di tahan, masih dapat di dengar Anum.
"Nur kau sabar ya. Banyakkan istifar. Kau kuat." Di usap bahu Hana seketika.
Tidak ada balasan dari Hana.
. . . . .
Jauh pandangan Hana. Bubur di tangan baru separuh terusik. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut dirinnya. Anum di sebelah masih setia meneman.
Sudah hampir setengah jam mereka di tepi bukit ini. Tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar. Tadi pun Anum hanya menghulurkan bubur saja. Anum sabar menanti kata dari Hana. Dia turut memandang alam di depan mata. Air di tangan tinggal separuh sahaja. Ayam dan kentang goreng sudah habis di makan sesampai saja mereka di sini. Lapar lah katakana.
Hana mengabiskan sisa bubur yang tinggal. Keluhan berat di lepaskan. Air di teguk sedikit, membersihkan mulut.
"Thanks Anum, teman aku." Senyuman nipis di lemparkan pada sahabatnya itu.
"Tak apa lah.. kau kan kawan aku..."
"So. Kalau kau nak kongsi, aku sedia dengar."
"Memang aku nak luahkan semuanya kat kau." Matanya mula bergenang semula. Berat untuk dia bercerita. Dia tak kuat. Anum turut merasakannya. Tidak pernah dia lihat Hana sebegini.
"Tengku Jasmin paksa aku tinggalkan Hakimi. Dia siap nak bagi aku duit ganjaran lagi." Terkejut Anum.
"Tapi aku tak terimalah. Perasaan aku bukan boleh di tukar dengan duit. Aku sedih.. kenapa mesti sekarang. Aku dah sayang sangat dengan Hakimi. Kenapa Tengku Jasmin tak muncul dari dulu. Sebelum aku jatuh cinta dengan Hakimi." Hana menahan tangisnya. Air mata di kesat.
Anum memeluk bahu Hana. Di biarkan Hana meluahkan semuanya.
"Hina sangat ke orang miskin macam aku. Kenapa Tengku Jasmin fikir aku nak kikis harta dia. Aku kawan dengan Hakimi sebab diri dia, bukan harta yang dia ada. Memang tak layak ke aku untuk Hakimi. Aku tak kuat nak tinggalkan dia." Hana memeluk lututnya. Muka di sembabkan di situ.
"Macam mana aku nak cakap dekat Hakimi. Aku tak sanggup nak cakap yang mak dia sendiri suruh aku pergi. Kalau aku pergi sahaja tanpa cakap apa-apa, mesti dia akan benci aku...." Hana memeluk Anum.
"....aku tak nak dia benci aku Anum.. apa aku nak buat sekarang ni... tolong aku." Lemah suara Hana.
Anum sedaya upaya menahan diri dari menangis. Di usap bahu Hana.
"Sabar ya Nur.. mungkin dia bukan jodoh kau.. Tengku Jasmin tu mak dia, syurga dia.. kau lepaskan dia ya.." lembut Anum menuturkannya.
Pantas Hana memandang Anum. Bergetar anak matanya memandang Anum. Mencari kepastian. Sayu pandangan Anum sambil mengangguk kepala.
Makin kuat tangisan Hana. berat sangat untuk dia melepaskan Hakimi. 'macam mana dengan janji aku untuk terima lamaran dia lepas kami habis belajar. Ya tuhan aku sayangkan dia.. kenapa mesti berakhir macam ni...' rintih hati Hana.
Anum hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Hana.
. . . . .
Jam di dinding menunjukkan pukul 9.00 malam. Hana baru selesai membaca Al-Quran. Itu cara terbaik untuk dia menenangkan diri. Telefon di capai. Mood pesawat di matikan. Banyak panggilan tidak di jawab. Mesej serta whatsaap berpuluh-puluh. Kebanyakannya dari Hakimi. Nafas di tarik panjang. Pelahan-lahan di lepaskan.
"Untuk tempuh 2 minggu ni saja. Lepas tu aku akan pergi jauh. Jangan bagi dia hidu pemergian kau Hanani." Ya. Hana tekat untuk pergi dari hidup Hakimi tanpa sebarang kata akhir. Dia sanggup di benci Hakimi. Asalkan putera kayangannya itu tidak derhaka pada ibunya sendiri.
Nama Hakimi di cari, panggilan di buat.
"Asslamualaikum Hana. Mana Hana pergi. Saya langsung tak dapat hubungi." Ada nada merajuk pada pendengaran Hana.
"Waalaikumsalam. Saya sibuk sikit ulang kaji. Esok nak exam dahkan. Maaf ya.... Ni dah sampai rumah ke. Or awak kat luar lagi." Terpaksa Hana menipu. Sebolehnya Hana mengawal ton suaranya supaya tidak kedengaran bergetar.
"Ok, saya faham tu.. good lack untuk exam nanti. Saya sampai jam 8.00 tadi. ni baru lepas solat."
Suasana sunyi sekejap.
"Hana sihat. Saya rindu nak jumpa Hana. tapi saya tak nak kacau Hana. nati lepas exam kita jumpanya. Boleh?" rayu Hakimi.
"Saya sihat ja.. lambat awak balik.. mesti penatkan. Saya pun rindu awak. Nanti kita jumpa." Matanya mula bergenang. Makin lama di dengar suara Hakimi makin rapuh hatinya.
Hakimi ketawa.. "Baguslah Hana rindu saya juga. Senang hati saya dengar kata Hana tu."
"Emmm.. Hakimi, saya nak keluar kejap ni beli makanan. Tiba-tiba lapar pula. Nanti kita cakap laginya." Suaranya mula bergetar. Di jauhkan telefon darinya.
"Ala.. sekejapnya.. ok pergi lah. Nanti cakap lagi. Assalamualaikum." Ceria suara Hakimi.
"Waalaikumsalam." Perlahan saja suara Hana menyembunyikan getarnya.
Air mata di kesat. Pantas dia keluar bilik. Anum di ruang tamu di cari. Terus di genggam tangan Anum.
"Anum teman aku keluar kejap."
"Nak kemana. Kata nak baca nota." Anum mula sangsi melihat muka tak keruan Hana itu. 'Ni mesti ada apa-apa ni.'
"Aku nak jumpa Hakimi" pandangan di tundukkan.
Besar mata Anum memandang Hana.
"Kau ni.. macam mana nak lupakan dia kalau kau asyik fikirkan dia ja.. kau kena jarakkan diri dari dia. baru kau boleh lupakan dia. bukan makin rapat.." dalam lembut ada tegas pada suara Anum.
"Anum please.. 2 minggu ni saja. Lepas ni aku akan pergi jauh dari dia. aku janji..." penuh harapan Hana mengatakannya. Lama Anum memandang Hana. dia jatuh kasihan melihat keadaan Hana.
"Ok. 2 minggu ni saja. Janjinya." Hana tersenyum lebar. Kepala di anggukkan beberapa kali.
"Jom siap." Pantas Hana ke bilik mencari tudungnya.
Anum mencapai tudung di penyangkut. Mereka keluar dari rumah menuju ke parking.
Maaf atas kelewatan bab ni..
Saya kekeringan idea.
Susah nak buat part Sedih ni..
Harap semua boleh terima.
Tq.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...