BAB 15

49 2 0
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN

"Anum esok ada 3 tempat kita nak kena hantar order. Yang pagi tu aku tak kisah sangat. Waktu tu kita semua ada dekat cafe. Tapi belah petang kak Syu tak dapat datang. Jadi aku lah yang kena pergi hantar. So kau kena jaga café boleh." Terang Hana.

"Boleh saja. Aku roger. Lagi pun tak ada orang yang nak buat tempahan kan." Tanya Anum untuk kepastiannya.

Hana hanya menggeleng menandakan tiada. Anum menarik nafas lega. Risau hatinya, dia bukan tahu pasal cake sangat. Kalau bagi dia urus duit boleh lah.

"Lega aku. Pening aku nak hadap tempahan ni semua. Macam-macam kerenah dorang. Aku dah lah bidan terjun..."

"Dah... tak perlu nak membebel, tolong aku letak kek ni dalam kereta. Nanti aku nak hantar kat Madam Chu. Cepat. Aku nak tengok kek dalam oven." Pantas dia berlalu ke dapur.

"Ala minah ni. langsung tak layan aku. Suka buat aku jadi tunggul." Dalam mulut membebel, di angkut juga kek ke dalam kereta. Mengah juga dia nak angkut 10 kotak cake saiz 19 inci tu.

"Wa.. cepat kau buat kerja kan. Ok aku pergi dulu ya.. apa-apa kau call aku terus tau. Una, kak Syu, saya pergi dulu ya." Mereka hanya senyum dengan lambaian. Hari ini ramai pelanggan yang datang ke café mereka. Maklum saja hujung minggu.

Faiq datang dari dapur menuju ke arah Anum di meja kaunter. "Kak Anum, saya nak tanya sikit. Bila cawangan kat K.L nak buka. Tak silap saya minggu depan kan?"

"A'ah.. nanti korang berempat lah jaga café ni. kitorang jaga kat K.L sana." Tangannya lincah menulis di dalam buku akaun café. Itu lah tugas rasminya. Mengira untung rugi café.

"Nanti kami rindulah dekat akak berdua. Korang lah bos paling best..." Una yang datang dari mana terus memeluk Anum. Untung tak jatuh bergolek. Pelukkan itu di balas Anum.

"Kitorang bukannya tutup café ni pun. Buka cawangan lagi satu je... nanti dalam sebulan 2 ke 3 kali kitorang datang lah sini." Di usap kepala remaja belasan tahun itu. walaupun Una manja tetapi kerjanya terbaik. Susah nak mengeluh. Suruh apa pun dia boleh buat.

Mereka mula bersembang. Bila tidak ramai pelanggan dan kerja di dapur sudah siap, itulah kerja mereka. Sampil duduk di kaunter mereka akan bersembang tentang masa depan atau isu semasa. Jarang mereka bersembang kosong. Hana selalu pesan jangan buat perkara yang sia-sia.

. . . . .

Hana baru selesai menunaikan solat. Kelendar di dinding bilik di kerling. Senyuman terukir di bibirnya. 'Rindunya aku dekat dia. 2 minggu lagi hari lahir dia.'

Hana mencapai selendang di penyidai. Dia melangkah ke beranda bilik dan duduk di kerusi malas. Hari ini langit sangat cerah. Dapat di lihat bintang-bintang di langit. Telefon di tangan di pandang. Mood pesawat di matikan. Banyak miss call dari si dia. sudah hampir 5 tahun, rasa cintanya masih utuh untuk Hakimi.

Dia masih menepati janjinya pada Tengku Jasmin untuk tidak berjumpa dengan Hakimi. apa yang dapat di harapkan cumalah takdir Tuhan. Andai Tuhan berkehendak, mereka akan bertemu juga.

"Nur... kau teringatkan Hakimi lagi ke." Anum duduk di sebelah Hana.

Pantas telefon itu di simpan. "Mana ada. Aku Cuma nak rehat saja. Penat kat café belum hilang lagi. Esok dah nak ke K.L dah. Isnin dah nak buka café. Tu yang aku termenung sikit." Bohong Hana. tapi dia rasa..

"Jangan bohong aku lah.. aku nampak gambar Hakimi kat dalam fon tu."

...dah tertangkap. Hana tersenyum hambar.

"Aku tak boleh nak lupakan dia. makin hari makin kuat rasa cinta aku pada dia. setiap hari aku berharap dapat bertemu dengan dia. bila aku tidur, wajah dia yang datang dalam mimpi aku." Hana memeluk tubuhnya. Badan di sandarkan pada kerusi.

"Habis tu, Zarul tu kau nak letak mana. 2 tahun dia tunggu kau. Sabar betul dia."

Hana ketawa kecil.

"Aku dah cakap banyak kali dengan dia, yang aku tak akan boleh terima cinta dia. setiap kali aku buat solat istikharah perasaan aku makin kuat pada Hakimi. aku tahu Zarul tu baik, aku bukan tak cuba terima dia. aku dah cuba. Tapi aku masih tak boleh.

Anum mengeluh kecil.

"Suka hati kau lah Nur. Aku Cuma boleh bagi nasihat je. Selebihnya terserah pada kau. Apa-apa pun aku ada sentiasa dengan kau. Ok." Tangan Hana di tepuk lembut.

"Thanks Anum." hana menepuk kembali tangan Anum.

"Nur, kau rasa kau akan jumpa ke dengan Hakimi. Ye lah nanti kita kan pindah K.L, dah dekat sangat dengan dia."

Bahu di jungkitkan.

"Entah lah. Itu aku tak jamin. Yang pasti aku tak akan cari dia. itu janji aku pada Tengku Jasmin."

. . . . .

"Aaaaa.... Penatnya... asal kau beli rumah besar sangat ni Nur... penat lah nak kemas.. aku boleh mati macam ni.." rungut Anum.

Hana hanya menggeleng kepala. Tangannya masih lincah mengangkat kotak-kotak. Dia sudah siap menulis nota pada luar kotak sebelum di bawa ke sini, itu dapat memudahkannya tahu isi dalam kotak tersebut. Lebih cepat kerjanya selesai. Hanya bahagian dapur saja belum di kemas. Ruang tamu dan bilik sudah siap sepenuhnya.

Café juga telah selesai sepenuhnya. Esok dia kan mula membakar cake dah cookies untuk di jual. Kali ini café mereka terletak di kawasan elit dan berhampiran dengan pejabat serta shopping moll. Moga-moga ada sambutan.

Anum yang sudah terbaring di sofa ruang tamu di biarkan saja. Dia pun turut terasa penat. Maklum lah rumah yang di beli ini agak besar. Di atas saja ada 4 bilik tidur 3 bilik air, siap dengan ruang rehat serta koridor. Di bawah ada 1 bilik tidur, 1 bilik air. Ruang tamu, ruang makan dan dapur. Ruang terbuka sangat menyenangkan Hana. sebab itu dia tertarik untuk membeli rumah ini.

"Ok.. dah siap kemas. Tinggal nak cari tong gas untuk masak saja. Nanti keluar boleh beli makanan sekali. Penat nak masak dah." Hana meregangkan badannya. Lega bila semuanya dah siap. Malam ini dia kena rehat secukupnya. Esok nak berperang dengan mixer. Dia berlalu ke bilik untuk membersihkan diri.

. . . . .

Hakimi sibuk dengan kertas yang banyak di atas mejanya. Hari ini dia kena selesaikan masalah di tapak pembinaan secepat yang boleh. Tidak mahu tertangguh lagi.

Beberapa jam kemudian dia melepaskan lelah. Badan di sandarkan pada kerusi. Mata di pejamkan. Pelipisnya di picit.

Pintu biliknya di ketuk. Pantas dia menyuruh masuk. Terpancul wajah Kak Diana, PAnya. Badan di tengakkan.

"Ada apa kak."

"Ni ada cake dengan green teh. Tadi order untuk meeting, tapi meeting batal, akak bagi lah semua staf dekat bahagian kita ni dan ini untuk Tengku. Jemput makan ya. Dorang kata sedap. Murah pun murah. Berbaloi beli dengan dorang ni. Tuan kedai pun cantik. Muda lagi." Sempat lagi Kak Diana berseloka.

Hakimi tersenyum. Terhibur dengan gelagat PAnya itu. Kecil saja orangnya tetapi cukup lincah bila buat kerja.

"Terima Kasih kak."

"Sama-sama Tengku. Akak keluar dulu ya."

Bila Hakimi mengangguk, baru dia keluar.

Cake di tenung. Grafu di ambil dan memotong sedikit cake cheese itu. Perlahan dia memasukkan ke dalam mulutnya. Dia tersentak. Matanya terbuka luas. Cake yang di piring di pandang tidak percaya.

"Hana."

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now