Jam 8 malam mereka sampai di sebuah mall yang terkemuka di Pahang. Kedai pakaian di tuju. Hana menolak dari masuk ke dalam kedai yang berjenama. Dia selesa dengan harga kedai-kedai biasa. Hakimi yang dapat mengagak situasi itu hanya rehda. Dia membiarkan Hana memilih, cuma satu perkara yang dia tegaskan. Dia yang akan membuat pembayaran.
Hana cukup masak dengan perkara tersebut, sebab itu dia tidak mahu pilih kedai yang mahal. Terlalu banyak duit Hakimi yang di laburkan pada dirinya. Brands outlet menjadi pilihan. Banyak pilihan yang cantik di sini. Bagi Hana jenama ini sudah cukup mahal.
'Ini dah culup pada aku. Tak perlu mahal sangat.' Laju Hana ke kaunter bayaran.
'Not bad, masih di kira bagus pakaian kat sini. Tak mahal sangat and tak murah sangat. Kualiti pun tinggi. Pandai bidadari aku cari.' Hakimi membuat kesimpulan sendiri. Kakinya terus mengikut Hana ke kaunter bayaran. Lambat nanti mesti Hana membayarnya sendiri. Selesai membayar Hakimi membawa beg shopping. Hana Cuma mengangkat bahu. 'Biarlah, nanti mesti dia cakap tak lelakilah biar perempuan bawa.'
"Dah selesai. Jom kita gerak. Nanti lambat pula sampai. Dah malam ni." cadang Hana. Hakimi di sebelah di pandang.
Hakimi memandang sekeliling. "Kita makan dulu. Nanti terus tidur saja. Boleh?"
Hana mengangguk.
Restorant makanan segera 24 jam dituju. Memandang kan sudah hampir jam 10 malam, itu saja pilihan mereka. Selesai makan mereka meneruskan perjalanan.
. . . . .
Sesampai mereka, Hana sudah di sajikan dengan pandangan yang cantik. Wajahnya saja cukup menggambarkan bertapa dia gembira sekarang ini.
"Cantiknya Hakimi. terima kasih bawa saya ke sini." Dia memandang Hakimi dengan pandangan yang sama. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Sama-sama.. Hana, ayat tadi tu sama masa kita kat genting."
Hana ketawa "Tak sengaja tu tersama. Apa-apa pun jom tangkap gambar. Cantik lampu banyak ni.." cepat saja Kakinya melangkah ke arah banggunan tersebut. Tangan sudah memegang Samsung kesayangan. Siap sedia merakam memori terindah.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...