Suasana agak riuh di dalam kereta. Hana dan Hakimi bersembang sesama mereka. Sesekali Qairy masuk dalam perbualan mereka. Cuma seorang saja yang diam dari tadi, perjalanan mereka sudah masuk 3 jam tetapi tidak ada sebarang bunyi yang keluar dari mulutnya.
Anum dengan dunianya sahaja. Hana memandang sahabatnya itu, tetapi Anum pantas memalingkan muka keluar.
"Anum, kau marahkan aku ke? Ok macam ni, nanti lepas berhenti makan sarapan, aku duduk sebelah kau ye. Janganlah marah aku lagi. Kita tengah bercutikan..." Hana membuat muka kasihannya. Sesekali matanya memandang Hakimi yang sedang memandu. Wajah lelaki itu pun kelihatan keruh selepas Hana berkata begitu. Pandangannya di arahkan kepada Qairy pula. Terkesima Hana sebentar melihat pandangan Qairy kepada Anum di sisinya. Redup sekali pandangan itu.
'Qairy betul-betul cintakan Anum. Moga awak dapat dia Qairy.'
Hana mencuit kaki Anum.
"Apa... jangan lah kacau aku. Aku tengah ambil mood ni..." di pandang wajah sedih Hana. keluhan kecil di lepaskan sebaik sahaja menjeling Qairy di sisinya.
'Sebab aku sayang kau lah aku bertahan Nur.'
"Tak perlu lah tukar tempat duduk. Aku ok je duduk kat belakang ni. Cuma yang aku tak ok nya..."
Di jeling Qairy yang tengah asyik merenungnya itu sebelum menyambung ayatnya.
".... Buaya tembaga sebelah aku ni!." sedikit tinggi suara Anum bila denang tidak semananya dia merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Pantas di tepis tangan tersebut.
"Baru cakap dia dah buat lagi. Jangan sentuh saya lah. Berapa kali saya kena bagi tahu, yang awak tak ada hak nak sentuh saya." Ada ketegasan dalam suara Anum. Dia sangat tidak gemar akan perbuatan Qairy yang satu itu. Sangat tidak selesa. Tubuh di sandarkan rapat ke pintu kereta sebelah kanan agar dapat jauh dari buaya tersebut.
"Qai, jangan kacau Anum, nanti dia tukar kereta kau juga yang merana. Kira bagus dia nak duduk sebelah kau sekarang ni." Hakimi menjeling sekilas pada Qairy yang berada di tempat duduk belakang Hana. Dia perasan dari tadi Qairy menyakat Anum, tetapi di biarkan sahaja bila mana di lihat Anum tidak menunjukkan sebarang riaksi. Apabila Hana memberi isyarat mata memintanya menghentikan perbuatan Qairy itu, barulah dia bersuara. Bukan apa, tidak mahu Hana pula yang merajuk dengannya.
"Ok, ok, aku tak sentuh dah.." diangkat tangannya sedikit sambil matanya tepat memandang Anum disisi yang masih merenungnya dengan tajam sambil memeluk tubuh.
"..Cuma saya pandang je. bolehkan Raihanum." Cukup untuk membuatkan Anum meremang bulu roma.
Terus Anum memalingkakn mukanya memandang keluar tingkap. Panas hatinya melihat tingkah laku buaya tembaga di sebelahnya itu.
Hana dan Hakimi hanya tersenyum beserta gelengan kecil melihat pasangan itu.
'Moga Qairy mampu jaga kau Anum.' Hana berharap semuanya akan baik untuk Anum.
Mereka akhirnya sampai di satu tempat tanah lapang yang bersebelahan dengan hutan dan air terjun. Sungguh cantik dan nyaman.
Semasa perjalanan, Hana tidak perasan pun yang mereka masuk ke dalam kawasan hutan, sebaik sahaja keluar dari leburaya.
Kaum adam mula menyusun makanan untuk mereka bersarapan. Disebabkan mereka keluar sebaik sahaja solat subuh, mereka tidak bersarapan lagi. Nasib baik kaum hawa telah menyediakan sarapan terlebih dahulu seawal jam 4 pagi agar tidak perlu membeli sebarang makanan lagi.
5 orang gadis itu telah asyik bermain dengan air terjun. Langsung tidak menghiraukan sekeliling mereka.
"Korang jom makan, sarapan dah siap." Amir melaung agak kuat walaupun kedudukan mereka tidaklah begitu jauh kerana disebabkan bunyi air terjun yang kuat itu.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...