BAB 21

70 2 0
                                    

"Korang buat apa ni."

Pantas mereka berdua berpaling ke pintu. Hakimi melepaskan tangan Hana. Hana pula hanya duduk bersimpul di sisi Hakimi menghadap 3 orang jejaka itu. Matanya terkunci pada salah seorang dari mereka. Tidak percaya dengan apa yang di lihatnya.

"Apa mimpi korang datang sini." Hakimi bangun dari pembaringan. Selimut di tarik ke leher menutup tubuh terdedahnya.

"Korang bila sampai KL. Ingat tak nak balik sini dah." Hakimi senyum bersahaja memandang 3 sahabat baiknya itu.

Qairy dan Amir senyum dan melangkah duduk di sofa berhadapan dengan sofa yang Hakimi gunakan. Tetapi tidak pada seorang lagi. Lelaki tersebut memandang tajam pada Hana.

Hana mula tidak selesa dengan pandangan itu. Dia bangun dari bersimpul duduk di atas sofa yang sama dengan Hakimi. Wajah di maniskan.

'Apa semua ini. Apa hubungan dorang berdua. Kenapa nampak mesra sangat.'

Hakimi memandang sahabatnya yang masih berdiri itu.

"Zarul, apasal berdiri je. Mari duduk sini. Tak sangka kau dah balik sini. Macam mana sebulan dekat London. Selesai dah urusan kau." Tegur Hakimi pada sahabat yang sorang itu.

Hakimi perasan Zarul memandang Hana tajam. Dia turut perasan Hana terkejut melihat Zarul. Dia mula cemburu.

Zarul tersedar. Pantas dia mengambil duduk di sofa single antara Hakimi dan Qairy. Amir di sebelah Qairy menghadap Hana.

Mereka bertiga perasan pakaian Hakimi tersadai di kepala sofa tersebut. Bermacam-macam andaian yang bermain di fikiran mereka.

"Korang buat apa sebenarnya. Asal kau tak pakai pakaian Mi. Sangsi betul aku." Amir mengurut dagunya dengan tangan kanan sambil memandang Hakimi dan Hana seperti penjenayah di soal siasat.

Hakimi ketawa. Hana di sebelah beriak biasa. Tak salah buat apa nak takut.

"Saya nak tampalkan kool fever kat badan Hakimi, bagi cepat turun suhu badan dia. Ni tak tampal lagi kat belakang pelipat kaki dia." kool fever di tangan di angkat sedikit sebelum di serahkan kepada Hakimi.

Hakimi menyambut dengan senyuman nakal. Lupa sebentar isu Zarul tadi.

"Saya ke bilik sekejap, nak ambilkan pakaian bersih untuk Hakimi." pantas dia berlalu dari situ.

Hilang saja kelibat Hana, semua mata tertumpu pada Hakimi.

"Jarang kau sakit." Qairy bertanya.

"Deman rindu." Selamba saja dia berkata sambil tangan menampal kool fever di belakang pehanya.

"Getis la kau. Rindu... baru berapa hari tak jumpa, dah rindu. 5 tahun boleh pula bertahan." Amir membuat muka gelinya.

Panas sahaja Hakimi melihatnya.

"Boleh aku tanya, siapa perempuan tadi tu." Zarul menyampuk.

Qairy sudah bersandar di sofa sambil memeluk tubuh. Amir menongkat dagu pada lutut menanti bicara Hakimi.

"Tu Nur Hanani, kekasih yang selama ni aku cari." Mendatar saja Hakimi menjawab. Dapat dilihat wajah terkejut Zarul tika ini.

Hana muncul dengan sepasang persalinan untuk Hakimi. Dapat dirasa suasana tegang di situ. Dia duduk di tempatnya tadi.

Zarul memandang Hana tidak percaya.

Hana mengabaikan pandangan itu. 'Pasti dia dah tahu.'

"Awak ni pakaian untuk awak. Saya nak masakkan bubur sekejap." Hana bangkit. Belum sempat dia melangkah, suara Zarul mematikan niatnya.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now