BAB 6

149 2 0
                                    


Hana melihat ke luar jendela biliknya. Sudah hampir 3 bulan usia perkenalan mereka. Hari-harinya terisi dengan pelbagai perkara yang indah. Bermacam cara yang di lakukan Hakimi untuk keluar berdua dengannya tanpa di ketahui orang.

Hana suka dengan perilaku Hakimi begitu juga pandangan Hakimi kepada Hana. Tidak pernah sekalipun Hakimi menyentuhnya semenjak peristiwa di genting. Perasaan cinta sudah mula terbit dalam hati Hana, Cuma keberanian untuk meluahkan rasa yang terpendam itu belum cukup. Hakimi juga tidak menyatakan yang dia cintakan Hana tetapi ucapan sayang tidak lekang dari bibir.bagi Hana itu sudah cukup memadai.

Dia sedar yang dia tidak sama taraf dengan Hakimi. pada mulanya dia ingat Hakimi sekadar orang kaya biasa, tetapi lebih lama mereka berkenalan lebih banyak yang dia tahu. Keluarga Hakimi bukan calang-calang orang. Mereka sangat di kenali di dalam mahupun luar negara. Cuma sikap merendah diri Hakimi yang menutup semua itu.

Pada awalnya Hana tidak selesa untuk berkawan dengan Hakimi, tetapi hakimi sering mengatakan padanya yang dia ikhlas berkawan dengan Hana. Tidak ada niat jahat pada Hana. Semua yang dia lakukan itu kerana dia sayangkan Hana. Hana pegang kata-kata itu.

Hana mengimbas kembali pertemuan demi pertemuan mereka. Di dalam kampus mereka sekadar kenalan atas nama sahaja, bila di luar kampus mereka memperlihatkan watak yang hanya mereka saja tahu. Semestinya tempat pertemuan mereka jauh dari kampus atau perumahan Hakimi.

Hana sanggup menaiki pengangkutan awam untuk bertemu Hakimi. Asalkan jauh dari orang yang kenal mereka. Cuma Anum sahaja yang tahu tentang mereka. Itu pun setelah mereka terkantoi bersembang di talian. Pada mulanya Anum tidak percaya, pabila Hana menjelaskan yang mereka Cuma kawan biasa dan tidak ada apa-apa ikatan baru lah Anum diam.

Anum tidak kesah andai mereka ada hubungan istimewa. Itu hak masing-masing. Sejak dari itu, Anum menawarkan diri untuk menghantar Hana di tempat pertemuan mereka. Dia seronok andai Hana bahagia. Hana anak yatim piatu. Dia Cuma ada Nek Mah. Itu pun Cuma nenek angkat saja. Hana sudah menganggap Nek Mah seperti nenek kandungnya sendiri.Dari usianya 15 tahun lagi, Nek Mah menjaganya.

Kaki di rapatkan ke dada. dagu di letakkan di kepala lututnya. Hana melepaskan keluhan berat.

'Mana Hakimi ni. lama dah dia menghilang. Sebuk sangat ke dengan urusan syarikat tu. Dah seminggu tak dengar suara dia. jumpa apa tah lagi. Rindunya aku dengan dia...'

Walaupun Hakimi masih belajar. Tetapi dia sudah di ajar untuk menguruskan syarikat keluarganya. Katanya itu untuk persediaan dia juga. Tidak lah dia kekok bila mengambil alih nanti. Cuma Hana tidak tahu nama syarikat itu. tidak di tanya langsung. Bagi Hana jika tuan badan tidak cakap buat apa di tanya, seperti Hana memandang harta Hakimi pula. Lebih baik di biarkan saja. Nanti-nani dia akan tahu juga. Lambat atau cepat sahaja.

Hana memandang pada jambangan bunga yang telah kering di meja belajarnya. Terukir senyuman di bibirnya. Terus ingatannya kembali semasa di Genting.

. . . . .

Semasa mereka bersiap untuk pulang, loceng bilik berbunyi. Berderau darah Hana.

'Ya-Allah orang pejabat agama kah itu. lindungi kami Ya-Allah. Jangan lah ada perkara yang buruk berlaku.'

Hakimi yang kebetulan ada di ruang tamu terus membuka pintu. Berdiri dua orang pekerja hotel. Hana turut mengikut Hakimi selepas di pastikan itu bukan orang pejabat agama. Kelihatan seorang pengurus hotel dan seorang ketua housekeeping. Seorang memegang sejambak bunga mawar bewarna merah dan putih, seorang lagi memegang sebungkus hemper. Di dalamnya ada pelbagai jenama coklat mahal. Mata Hana sudah terbeliak.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now