BAB 29

8 0 0
                                    

 Bab 29

Bunyi guruh berdentum, membangunkan Hana dari lena. Terus dia beristighfar. Guruh sangat kuat malam ini. Jam di sisi katil di lihat. Hampir pukul 3 pagi. Hatinya mula berdebar.

“Kenapa rasa lain macam saja ni. Ada yang tak kena ke?” Hana berkata sendiri. Dia duduk seketika sebelum menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lebih baik dia solat dari mengelamun. Hujan di luar semakin lebat dengan guruh serta petir sambung-menyambung. 

Selesai solat, Hana mengaji pula. Matanya seperti tidak mahu lelap tetapi badannya letih. ‘Mungkin lepas aku mengaji, mata ni minta rehat.’ Hampir 15 minit, Hana mengambil keputusan untuk menamatkan bacaannya. Selesai dia menyusun telekung dan Al-Quran, dia duduk di tepi jendela menghadap hujan yang mula reda.

Sudah seminggu peristiwa di kampung berlalu. Adam tidak seceria biasa. Dia mula mengelak dari berbicara tentang hubungan Hana dengan Hakimi. Hana juga hanya mendiamkan diri. Hakimi juga sepi. Adam baru sampai dari kampung dua hari lepas. Dia mula sibuk dengan peperiksaan akhir. Minggu depan dia ada panggilan temuduga latihan industri dari beberapa syarikat termasuk Infinite Group. Jam hampir menunjukkan pukul 4 pagi.

Kedengaran deringan halus dari telefon pintar Hana. bergegas Hana mendapatkan telefon dia. Nama Ros kelihatan di skrin leper itu.

“Assalamualaikum Ros, kenapa call akak pagi subuh ni.” salamnya sepi, hanya tangisan halus yang dia dengar. Masih tidak ada balasan dari Ros. Perasaannya mula tidak keruan. Jantungnya di pam laju.

‘Ya-Allah, kenapa berdebar sangat aku rasa ni.’

“Ros…. cakap lah, ada yang tak kena ke?” Masih tangisan yang Hana dengar. Cuma seketika sebelum suara lain yang menjawab.

“Kak Long….. Along kemalangan. Dia dalam bilik bedah, keadaan dia kritikal.” dengan suara serak dan tenggelam-timbul Lily menyampaikannya.

“Allah….” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Hana. Matanya mula berkaca, dalam keadaan menggeletar dia keluar dari bilik beserta telefon yang masih bersambung. Bilik Adam menjadi arah kakinya. Pintu dibuka. Wajah Adam masih segar menandakan dia belum tidur, memandang kakaknya yang pucat seperti mayat.

“Akak, kenapa ni..” pantas Adam turun dari katil, mendapatkan Hana yang sudah duduk terjelepuk di pintu bilik itu. Nota di tangan terbang entah ke mana. Bahu Hana di pegang kuat. Wajah pucat itu di pandang. Hatinya mula sayu melihat air mata yang berjujuran deras tanpa kedengaran isak tangis dari Hana. ‘Ya-Allah, teruknya keadaan Kak Nur.’

  Hana hanya mampu menghulurkan telefon pintarnya pada Adam. Pantas Adam menyambut, nama yang tertera dilihat dulu.

“Ros, apa yang berlaku.” pantas juga dia bertanya.

“Okey, Lily tenang dulu. Dekat hospital mana.” Adam bangun. Dia pandang Hana sebentar sebelum menuju ke bilik Anum. pintu diketuk. Seketika terlihat wajah Anum yang terpisat-pisat matanya.

“Kenapa Dam.” dalam keadaan mamai dia bertanya.

“Kak Amun siap, kita nak ke hospital, Abang Kimi kemalangan. Adam nak uruskan Kak Nur.” matanya di arahkan pada Hana yang mula tenang.

Tanpa berkata, hanya menunjukkan isyarat ok, Anum masuk semula kedalam biliknya untuk bersiap.

“Lily sabar, kejap lagi kami sampai.” kata Adam sebelum menamatkan panggilan. Terus dia memapah Hana untuk bersiap juga.

Anum menyapa di sebelah.

“Adam kunci semua pintu, lepas tu hidupkan kereta., biar akak siapkan Nur.” Adam mengangguk dan berlalu pergi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now