BAB 24

51 3 0
                                    

Hakimi terjaga dari lena, matanya masih terpejam. Dia berasa ada bebanan di atas tubuhnya. Ada haruman yang sangat dia inginkan selama ini masuk ke dalam rongga hidungnya. Haruman citrus itu sangat menenangkan jiwanya. Tiba-tiba dia merasakan pergerakan dari bebanan tersebut. Terasa ada tiupan pada dadanya seperti orang bernafas, dalam masa yang sama ada tangan yang memeluk tubuhnya. Di sebabkan dia tidur tidak berbaju, dia dapat merasakan semua itu dengan tepat sekali. Terus matanya di buka besar.

Pada mulanya Hakimi terkejut, tetapi perlahan-lahan senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

'Rezeki datang bergolek, mana boleh lepaskan.' Sifat nakalnya mula menguasai diri.

Pantas dalam lembut dia merangkul tubuh Hana agar lebih rapat padanya. Hana yang masih lena itu juga mengeratkan lagi pelukannya siap dengan kaki sekali memeluk kaki Hakimi.

Hakimi sudah tidak keruan.

'Aduh, jadi bantal peluk sungguh aku ni. Alahai iman.. tolonglah kawal nafsu. Aku nak rasa sekejap sahaja pelukan dia. Peluang tak datang lagi dah lepas ni.'

Agak lama dia membiarkan situasi di antara mereka itu. Pelukan di kemaskan agar Hana dapat tidur dengan selesa. Hakimi mula berperang dengan diri sendiri bila dia dapat merasakan sesuatu yang lembut di perutnya. Benda lembut itu semakin terasa bila terdapat pergerakan dari Hana.

"Minah ni tak pakai bra ke." Hakimi memandang Hana tidak percaya. Pelukannya di longgarkan sedikit. Di dalam samar cahaya lampu jalan, dia memandang dada Hana.

"Sah dia tak pakai bra." Mata nakalnya masih memandang di tempat yang sama. Tangannya mula gatal untuk beraksi. Pantas di tahan keinginan itu.

Tangan tersebut di bawa mencapai Iphonenya yang berada di meja sisi katil. Jam di lihat hampir 5 pagi.

"Tak boleh jadi ni. Aku kena kejutkan dia juga sebelum yang lain bangun." Terus saja tubuh kecil itu di goncang lembut.

"Sayang bangun, awak salah bilik ni. Ni bilik saya.. dengar tak ni.. sayang bangun cepat... nanti orang perasan susah kita.." lembut dia menuturkan dengan suara maskulinnya itu.

Hana merengek bila tidurnya di ganggu.

"Apa awak merepek ni... bilik kitakan sama... yang awak nak kisah sangat orang perasan tu buat apa.. kitakan dah nikah semalam, tak ada orang marah lah.." Hana mengeratkan lagi pelukannya. Wajah di sembabkan kembali pada dada bidang Hakimi.

Hakimi tersenyum bahagia.

"Alangkah indahnya kalau kita betul-betul dah bernikah sayang. Tapi itu semua cuma mimpi sayang saja... kita tak kahwin pun." Hakimi cuba merungkaikan pelukan Hana di tubuhnya.

"Awak janganlah kacau saya pagi-pagi buta ni... saya mengantuk sangat..." suara serak-serak basah Hana itu betul-betul meransang nasfu Hakimi ketika ini. Liur di telan terasa seperti kertas pasir. Dia cuba mengawal dirinya saat ini. Tidak mahu perkara buruk berlaku antara mereka.

"Sayang please wake up, cuba sayang buka mata tu tengok sekeliling ni. Ada nampak macam bilik pengantin ke.." Hakimi masih mampu beriak tenang. Dia masih berusaha meleraikan pelukan Hana.

'Kuat betul minah ni peluk. Dah macam gam dah melekatnya.'

Perlahan-lahan Hana membuka mata bila di rasakan Hakimi bersungguh-sungguh dalam bicaranya. Pelukannya di leraikan perlahan-lahan. Matanya memandang sekeliling bilik yang tidak asing bagi dirinya.

'Ini bukan bilik tetamu sebelah bilik aku ke. Maknanya aku mimpi je lah tadi tu.'

Laju sahaja Hana duduk membelakangkan Hakimi yang juga sudah bangun dari baring itu.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now