Hakimi membuka matanya bilamana dia merasakan seperti ada sesuatu yang merayap di dada kekarnya. Perlahan-lahan dengan mata yang berat, dia membuka matanya. Dia melihat ada satu tangan halus sedang mengusap dadanya. Hatinya mula tidak sedap bila dia teringat dimana dia berada sekarang ini.
Liur di telan, wajah masih dikawal tenang sebelum menoleh ke sisinya. Alangkah berderau darah bila melihat sepasang mata segar milik Hana memandangnya.
'Alamak, dia dah sedar pula. Matilah aku...' hatinya mula berperang dengan kekilafan diri sendiri. Hakimi membatukan dirinya. Hana di sebelah masih dipandang. Tangannya yang menjadi bantal Hana itu turut membatu. Suasana menjadi sunyi.
"Awak ok..." suara serak basah itu memecahkan kesunyian antara mereka.
Lambat Hakimi membalasnya. "Ya... I'm ok." Senyuman di lemparkan pada Hana.
Suasana menjadi sunyi kembali. Hanya mata mereka yang bertentangan dari tadi.
'Macam mana aku nak jelaskan ini. Dia marah ke. Reaksi apa yang dia bagi ini. Dia tak kisah ke dengan situasi sekarang ini.' Hakimi tertanya-tanya sendirian.
"Sayang sambung tidurnya. Masih awal pagi ini." Hakimi menarik tangannya dari terus menjadi bantal Hana. Dia mula melangkah turun dari katil agar dia boleh keluar dari bilik itu sebelum dengan tidak semenanya Hana memeluk pinggang Hakimi. Hakimi berpaling melihat Hana yang masih berbaring itu.
Hana menggelengkan kepalanya dengan senyuman hambar. Pelukan pada Hakimi dileraikan, sebelum dengan perlahan-lahan dia duduk berlutut memandang Hakimi. tangan kanan jejaka itu di ambil dan di bawa ke dadanya.
Hakimi mula tidak keruan. Tabiat Hana dalam berpakaian semasa tidur itu membuatkan Hakimi dapat merasa gunung pejal gadis tersebut. Dirinya cuba dikawal agar tidak melebihi batas.
"Saya tak mahu, kalau saya pejam mata semua ini akan berakhir." Kata-kata Hana itu memecahkan lamunan Hakimi.
Hakimi membetulkan duduknya. Badan di sandarkan pada kepala katil. Otaknya ligat menyusun ayat. Wajah bidadarinya tidak sekalipun dilepaskan dari pandangan.
"Apa yang Hana harapkan?" dengan lembut tangannya di tarik semula. Degupan jantungnya mula stabil. Dia membetulkan duduknya.
Hana memandang tepat ke dalam mata Hakimi. Bibir di kemam. Perlahan-lahan tubuh Hakimi dipeluk lalu di letakkan kepalanya pada dada bidang itu. Dapat dia dengar degupan jantung lelaki itu menjadi rancak. Kedudukan di kemaskan agar selesa.
'Aduh dia peluk pula. Jangan sampai tangan dia merayap sudahlah.. dah lah bau shampoo dia wangi. Menggugat iman betul. Padan muka kau Hakimi, masuk lagi dalam bilik dia, kan dah tak tertanggung seksanya.'
Hakimi memejamkan mata seketika, mencari kekuatan atas godaan yang tidak bersalah itu.
"Saya harap situasi sekarang ini satu kenyataan, bukan sekadar mimpi. Saya nak peluk awak setiap hari. Setiap pagi saya nak tengok wajah awak ada di sisi saya. Saya nak morning kiss dari awak setiap pagi dan saya balas balik. Saya nak tengok senyuman menggoda awak bila kita berdua. Saya nak awak jadi hak milik saya seorang. Saya tak nak kongsi dengan perempuan lain."
Kata-kata Hana itu, memecahkan lamunan Hakimi.
Hana mendongakkan kepala mencari wajah Hakimi. Hakimi membalas dengan senyuman nipis. Wajahnya menjadi sayu, sesayu hatinya bila mendengar luahan hati Hana itu.
"So, if it's just a dream, may I know the reason, why you left me 5 years ago?" lembut suara Hakimi seperti berbisik, suaranya bergetar.
Hana terngada. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan, tubuh di tegakkan. Dapat dilihat wajah Hakimi berubah keruh. Pantas dia duduk di atas Hakimi agar mudah untuk dia memandang terus ke dalam mata biru itu. Tangannya naik memegang kedua belah pipi Hakimi.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...