BAB 16

48 3 0
                                    

Hakimi bangun dari duduknya. Baru saja dia ingin melangkah keluar pejabatnya, Iphonenya berdering. Pantas di jawab selepas melihat nama pemanggil.

"Kau dah dapat apa aku nak." Tegas kedengaran suara Hakimi pada pendengaran si pemanggil.

"Dah Tengku. Saya on the way ke pejabat Tengku. Lagi 10 minit sampai." Pantas dia memberi jawapan. Tahu sangat sifat Hakimi yang straightforward.

"Bagus. Aku tunggu kau dalam pejabat aku." Talian di matikan. Dia meneruskan langkahnya yang terhenti tadi. Meja Kak Diana dituju.

"Kak Diana. Boleh saya dapatkan name card café cake tu. Saya ada benda nak bincang dengan owner café." Tanpa salam dan tanpa senyuman Hakimi meminta pada PAnya itu.

Tersentak Kak Diana yang sedang menaip document di dalam laptopnya itu. Dada di urut seketika. Pantas di lemparkan senyuman manis pada bosnya itu. Dia membuka laci mejanya. Name card itu di cari. Dengan senyuman yang sama dia menghulurkan kertas kecil bewarna biru langit itu pada Hakimi.

"Ni dia Tengku." Lembut suaranya.

Hakimi mengambilnya. Nama yang tertera pada card itu membuatkan hatinya berbunga. Senyuman kecil terukuir di hujung bibirnya. Kepala di anggukkan sedikit sebelum berlalu ke bilik pejabatnya semula.

Kak Diana hanya menggelengkan kepalanya. Dia menyambung kerjanya.

"Dah kenapa bos aku ni. Jatuh cinta ke? Cik Sheryn tu nak campak mana. Susah nak paham lelaki beku ni." dia mengomel sendirian. Sekadar meluah rasa pelik. Tidak pernah dia melihat Hakimi seperti itu. Tergesa-gesa. Selalunya kalau dia nak jumpa seseorang dia akan suruh Diana yang uruskan semuanya. Ini nak bincang sendiri pula.

'Mungkin untuk wedding dia nanti.' Bisik hatinya.

. . . . . . . . . . . . .

"So kau dah tahu dia kat mana?" tenang Hakimi memandang penyiasatnya itu.

Pandangan bosnya di balas dengan anggukan.

"Dia ada kat K.L. Baru 1 minggu lebih dia pindah sini. Dia ada beli rumah dekat Damansara dan dia sudah menetap di sana dengan partnernya Raihanum. Sebelum ni mereka ada di Pahang. Tapi kawasan kampung. Mereka ada buka café di sana. Di sana mereka lebih kepada terima tempahan. Café di Pahang merupakan cawangan pertama mereka. Di sini cawangan kedua. Café mereka seberang jalan ni saja. Dalam moll." Panjang lebar dia memberi tahu.

Hakimi menghulurkan card nama tersebut. "Inikah alamat café dorang."

Lelaki tersebut menyambut. "Ya Tengku. Nama pun sama. Nur Hanani."

Hakimi memejamkan mata sebentar. Dia menyuruh penyiasat tersebut keluar. Selepas pintu tertutup, Hakimi membuka semula matanya. Sampul di buka. Terdapat beberapa helai kertas dan gambar. Lama di tenung gambar tersebut. Nafas panjang di lepaskan. Dia tersenyum lebar. Cukup menggambarkan perasaannya saat ini. Dadanya terasa lapang. Selapang-lapangnya.

"Akhirnya kita berjumpa juga Hana. Sayang tak boleh lari dari saya lagi. U will be mine. Forewer." Senyuman sinis penuh makna terhias indah di wajahnya. Akalnya ligat menyusun rencana untuk mengikat Hana. Kali ini dia nekat. Bidadarinya akan tetap jadi bidadarinya.

Dia berdiri menghadap jendela kaca biliknya. Banggunan shopping moll tidak jauh dari tempat dia berdiri di tenung. Seperti boleh tembus ke dalam banggunan itu. Dapat di bayangkan Hana berlegar-legar di sana. Pandangan Hakimi tajam, senyumannya sinis.

Iphone di capai. Nombor seseorang di dail.

"Bro, jumpa aku kat pejabat aku." Talian di matikan.

. . . . . . . . . .

Qairy dan Amir segak berkarisma melangkah masuk ke bangunan Empire Of Infinity. Banyak mata yang memandang mereka. Semestinya di sebabkan kekacakan mereka. Mereka jarang datang ke sini, melainkan bila Hakimi minta, seperti sekarang. Selalunya mereka terus jumpa di luar saja.

"Salam sejahtera Tengku Qairy, Syed Amir." Manis penyambut tetamu itu menyapa.

Mereka menoleh sambil mengangguk sedikit dengan senyuman. Tidak mahu di anggap sombong. Dapat dilihat gadis di kaunter pertanyaan itu tersipu malu. Mereka sudah biasa melihat gadis sebegitu. Gedik.

Langkah di bawa ke lif khas Hakimi. Hanya orang tertentu saja yang di benarkan menggunakan lif tersebut. Seorang penjaga lif mengimbas kad eses sebaik saja melihat mereka berdua. Badan di tundukkan sedikit sebagai tanda hormat. Qairy dan Amir melemparkan senyuman pada pekerja tersebut. Nombor 60 di tekan. Masing-masing senyap. Malas nak berteka-teki. Nanti tahu juga sebab mereka di panggil.

Ting!

Mereka keluar menuju ke bilik Hakimi. Kak Diana di sapa mesra.

"Assalamualaikum, kak. Hakimi ada." Amir menongkat dagu di atas meja Kak Diana. Senyuman di balas buat dua orang jejaka Malaya itu.

"Waalaikumsalam. Ada kat dalam. Masuk lah." Jawabnya ringkas. Kalau di layan perangai Amir tu, memang tidak siaplah kerjanya. Terpesona. Suami pun dia boleh lupa nanti.

"Terima kasih kak." Balas Qairy. Kola baju kemeja Amir di tarik. Kalau di biarkan habis semua orang di kacaunya. Tombol pintu di pulas. Langsung tidak memberi salam. Mereka terus duduk di sofa. Di atas meja telah terhidang satu teko coffee dengan tiga biji cawan. Amir terus menuang coffee kedalam cawannya. Hakimi hanya memandang meluat dengan perangai sahabatnya itu.

"Langsung tak ada adap kan korang berdua ni." dia melangkah ke sofa itu juga. Punggung di labuhkan di satu sofa single menghadap dua lelaki di sisi kiri dan kanannya itu.

Amir yang berada di sofa kiri sudah baring. Sementara tunggu air di cawan sejuk, dia nak meregangkan badan sebentar. Qairy membaling bantal kecil pada Amir. Paham yang Amir baru sampai dari Johor.

"Penat sangat kau ni Mir. Bukan kau yang memandu pun." Sindir Hakimi. Matanya menjeling.

"Duduk pun penat juga. Jem teruk tadi. Dari subuh sampai zohor baru sampai K.L." Dia berkata dengan mata terpejam.

"Habis tu asal tak balik rumah je." tanya Hakimi. Tubuh di sandarkan pada sofa.

"Dia call aku tadi masa aku nak ke sini. Aku cakap kau nak jumpa, terus dia nak join." Terang Qairy. Kalau di biarkan sampai sudah tak habis berbalas.

"So, apa yang kau nak cakap. Nampak bahagia je." Qairy memandang raut muka Hakimi yang berseri itu.

Amir yang tadi baring sudah duduk bila dengar kata Qairy itu. Dia turut memandang wajah Hakimi.

"A'ah lah, berseri. Asal." Tanya Amir teruja.

Senyuman bahagia terukir di bibirnya.

"Aku dah jumpa Hana. dia dah seminggu lebih kat K.L ni. Dia ada buka café kedua kat moll depan tu."

"So, sekarang ni apa rancangan kau." Pantas Qairy bertanya.

Hakimi melepaskan nafas berat. Wajah Qairy dan Amir di pandang sekilas.

"Tu yang aku panggil kau. Minta cadangan. Aku kena susun betul-betul. Aku tak nak dia pergi lagi." Kepala di tundukkan sedikit.

Qairy mengambil sampul di atas meja itu. Isinya di teliti. Dia tersenyum sumbing.

"Aku tahu nak buat apa."

"Apa dia." serentak Hakimi dan Amir berkata.

"Kita buat macam ni."

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now