Hari ini genap 3 minggu sejak dia bertemu Hakimi. Masih ada 1 minggu lebih sebelum mereka mengakhiri tempoh sebulan itu. Baru hari ini mereka dapat berjumpa setelah 4 hari Hakimi keluar negara atas urusan kerja.
Hana melangkah dengan anggun menuju ke dalam bangunan Empire of Infinity. Baju kurung kedah yang di modenkan itu menampakkan Hana seorang gadis melayu terakhir. Sengaja Hana memakai baju kurung di hari Jumaat yang mulia ini, selalunya dia mengenakan pakaian yang lebih santai agar memudahkan pergerakannya. Lagi pun hari ini dia ingin meyambut hari lahir Hakimi yang ke-28 tahun.
Tangannya penuh dengan beg kertas, belum masuk beg galasnya lagi. Ada makanan tengah hari, kek dan hadiah untuk Hakimi. Semenjak mereka bertemu semula, Hakimi sering memintanya memasakkan hidangan untuk tengah hari dan di bawa ke pejabatnya serta makan bersamanya. Hana dengan senang hati melakukannya. Dapatlah dia selalu berjumpa Hakimi.
Lalu saja di depan kaunter pertanyaan, dia melemparkan senyuman ikhlas kepada petugas di situ, tetapi senyumannya hanya di balas dengan jelingan oleh seorang wanita. Manakala yang lain hanya tersenyum sedikit. Dapat juga dia mendengar kata-kata kesat yang di lemparkan kepadanya. Perampas, perosak, itu yang sering dia dengar. Tetapi di abaikan saja. semuanya akan berakhir tidak lama lagi. Selepas ini, semuanya akan kembali sediakala.
'Lantaklah apa orang nak kata, asalkan aku bahagia.' Dia melangkah ke dalam lif khas. Ucapan terima kasih di berikan pada petugas lif tersebut.
Ya, dia memang kelihatan jahat, pemusnah hubungan orang. Tetapi hatinya tidak boleh di tahan. Dia sangat mencintai Hakimi. Biarlah orang nak kata apa sekali pun. Cuma sebulan ini sahaja, selepas itu dia dengan Hakimi sekadar teman.
Sesampai di depan meja Kak Diana, kosong. Terus dia melangkah ke bilik Hakimi. Pintu di ketuk, tetapi tiada sahutan, lalu tombol pintu di pulas dan melangkah masuk. Dia melihat sekeliling bilik, mencari Hakimi. Tiada.
Kaki melangkah ke sofa. Terkejut dia melihat Hakimi terbaring di situ. Pantas dia mendekati Hakimi. Tubuhnya kelihatan lemah sekali. Wajahnya pucat ditambah dengan peluh yang timbul di dahi membuatkan Hana jatuh kasihan.
"Hakimi, awak demam ke.." tangan di letakkan di dahi tersebut. Panas.
Perlahan Hakimi membuka matanya sedikit, melihat tuan punya suara itu. Terukir senyuman bahagia di bibir pucatnya bila melihat orang yang di rinduinya itu.
"Sayang I miss you..." Perlahan dia berkata dengan suara yang tenggelam timbul.
"I miss you too..." di belai rambut Hakimi persis seperti membelai anak kecil. Rindunya mula terubat. Senyuman terukir di bibir masing-masing.
"Hakimi kita pergi hospital ya. Badan awak panas sangat ni... nanti makin teruk pula demannya." Lembut Hana memujuk. Tangannya lincah mengelap peluh di wajah dan leher Hakimi dengan sapu tangannya. 'Nasib aku belum guna sapu tangan ni.'
Hakimi menggeleng.
"Tak perlu... sayang ambilkan ubat dan kool fever dalam almari pakaiaan dalam bilik boleh." Di sentuh tangan Hana yang masih mengusap kepalanya itu. Hilang sakitnya bila melihat bidadarinya itu. Badannya yang tadi lesu, sudah berasa segar sedikit.
Hana menganguk dengan senyuman.
"Ok, tunggu kejap." Pantas dia berlalu ke bilik antara rak itu.
Bukan dia tidak tahu yang Hakimi tidak suka ke hospital. Katanya dia akan rasa bertambah sakit bila ke sana. Cuma kali ini dia sengaja mencuba, mana tahu Hakimi sudah berubah selepas 5 tahun ini.
Seketika kemudian Hana muncul semula. Di tangannya terdapat dulang yang terisi dengan ubat, kool fever, sebolot air jarang serta segelas cawan. Turut di bawa bersama satu selimut tebal. Untuk persediaan. Semuanya di letakkan di meja kopi.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...