Hana mengesat air matanya. Wajahnya di lihat pada cermin bedak kompeks Anum. Tidak mahu kelihatan terlalu sugul. Jam di tangan di kerling, hampir jam 12 malam. Di lihat pula sekelilingnya. Sudah ramai yang pulang. Hanya yang tinggal sebilangan pelajar dan beberapa orang pengajar yang bertanggujawab menjayajakan majlis ini termasuk ahli MPP.
Jika di ikutkan hati Hana. Dia nak terus balik lepas selesai makan tadi. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Hakimi. Risau dirinya tidak kuat berhadapan dengan kekasih hati.
Hanya kerana Hakimi memintanya tunggu sebentar kerana ingin berjumpa, terpaksalah dia dan Anum menunggu sebelum pergi. Pergi untuk selamanya. Di dalam hati sudah bermacam ayat suci yang di baca untuk menenangkan dirinya. Anum di sebelah sudah mula bosan. Makanan di atas meja sudah siap di bungkus untuk Hakimi memandangkan pihak urus setia sudah mula mengemas tempat itu.
Sekali lagi jam di pandang. Tidak lama kemudian muncul tiga orang jejaka yang dinantikan dari tadi. '30 minit. Lamanya dorang kat belakang tu.'
"Maaf lama korang tunggu kami. Saya nak keluar lepas habis persembahan tadi. Tapi ada orang tak bagi pula." Qairy yang beriak biasa itu di jelling tajam.
"Tak apa lah kalau awak keluar pun nanti mesti tempat kita ni kena serbu orang. Kalau tak pun orang mesti pandang sini. Saya tak suka jadi tumpuan orang. Tadi pun orang dah pandang-pandang kami berdua bila awak asyik pandang sini je." Panjang lebar Hana berkata. Tanpa dia sedar, dia telah menyokong tindakan Qairy itu. Qairy senyum sinis, mengangguk mengiakan kata Hana itu.
"Aku baru nak jadi popular kat kampus korang ni. Dah kena tahan pula. Semua ni salah kau Qai. Semua benda tak boleh." Amir sudah mula perangai budak-budaknya.
"Kau meroyan dah kenapa. Kau tu duduk belakang je pun, bukan orang nampak. Jangan nak perasan popular sangat. Kalau Isha tahu, koma kau dia kerjakan." Seperti biasa Hakimi yang suka membalas kata-kata Amir. Semua tertawa dengan gelagat mereka berdua.
"Hakimi, ni ada makanan untuk awak sikit. Qairy dengan Amir yang ambilkan tadi. Kami tolong jagakan saja. Awak tak makan lagi kan dari tadi?" Hana menghulurkan beg plastic tersebut. Hakimi menyambut dengan senyuman lebar. Perutnya memang dah berkeroncong dari tadi.
"Thank." Suasana tiba-tiba jadi sunyi.
Qairy berdeham. "Anum jom ikut saya. Amir kau sekali. Aku nak minta korang angkat barang sikit." Di tepuk bahu Amir. Tangan Anum ditarik selamba. Anum yang terkejut dengan tindakannya itu cuba melepaskan pegangan Qairy. Di sebabkan rontaan Anum agak kuat, terus saja di peluk pinggang Anum rapat padanya. Jeritan Anum tidak dihiraukan.
Hana yang melihat hanya terdiam. Tak tahu nak tolong atau tidak.
"Hana jom jalan ke sana. Terang sikit." Hakimi mengajak Hana, memandangkan tempat mereka berdiri sekarang ini agak gelap. Hana mengangguk.
Dengar media sebagai tambahan
Mereka senyap. Masing-masing tidak tahu mahu memulakan bicara. Tiba-tiba Hakimi bersuara.
"Hana, lepas ni boleh lah kita kahwin kan. Saya tak sabar nak hidup berdua dengan Hana, dekat rumah kita nanti. Lepas tu kita ada anak-anak. Family kita mesti meriahkan. Saya dapat bayangkan hidup kita lepas ni. Mesti bahagia. Saya nak tua sama-sama dengan Hana. Saya nak Hana jadi ketua bidadari saya kat syurga nanti. Saya na...."
"Hakimi stop." Terus mati kata-kata Hakimi. Hana yang menunduk di sebelahnya di pandang. 'aku cepat sangat ke berangan.' Kata hati Hakimi.
Hana mula melangkah mencari tempat duduk. Dia perlu tenangkan diri dahulu. Risau terlepas cakap.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...