BAB 12

47 2 0
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

Terlepas juga penyeksaan exam selama 2 minggu ini. Semua pelajar mempamirkan wajah yang pelbagai. Ada yang muram, ada yang tersenyum lega ada juga yang tidak beriaksi apa-apa. Hana berehat di bawah sebatang pokok rendang di depan dewan sementara menanti Anum. Fikirannya mula menerawang pada Hakimi.

"Apa kabar dia sekarang. Apa dia buat waktu ni. Dia fikirkan aku juga ke. Apa reaksi dia bila aku pergi nanti. Sekejap saja dah dua minggu. malam ni aku akan pergi jauh dari dia." keluhan berat di lepaskan. Cukup untuk pendengarannya saja.

Sememangnya Anum memberi cadangan pada Hana untuk pergi malam ni. semua urusan kampus telah di selesaikan dalam masa dua minggi ini. Hostel juga telah di kemas. Barang-barang mereka sudah di pack sepenuhnya. Malam ini Anum akan menghantarnya pulang. Harap-harap Hakimi tidak dapat menjejakinya di sana. Dia bernasib baik kerana tidak pernah memberi tahu lokasi rumahnya di kampung.

"Bahhh!!!"

"Oh kau kampung!" di urut dadanya sedikit. Mahu luruh jantungnya di kerjakan Anum ni.

"Kau ni dah lama sangat ke hidup Anum. Kalau dah lama sangat, cakap kat aku. Nanti aku tempahkan lubang kubur untuk kau." Di jelling kawannya itu. anum hanya menunjukkan muka tidak bersalah.

"Kau tu yang tak perasan aku kat sebelah. Mengelamun ja kerjanya. Aku bagi salam pun kau tak perasan. Dah macam patung ja aku tengok kau tadi. kampung, kampung. Rindu sangat ke dengan Nek Mah kau tu.. ke..."

Di renung Hana di sisinya itu. "...kau ingat kat Hakimi ye..."

Hana sudah tertunduk. Dia dah tertangkap.

Anum melepaskan keluhan kecil. Kepalanya di gelengkan.

"Dah lah Nur. Jom kita balik. Dah petang ni. aku dah beli makanan tadi. nanti kita siap-siap letak barang dalam kereta. Lepas majlis perpisahan malam ni, kita gerak. Ok."

Hana terkedu. "kau kata tak nak pergi majlis malam ni."

Anum memeluk bahu Hana. Dia ketawa. "Tak kan aku nak tengok kau monyok je. Nanti kau jadi mayat hidup pula. Kau tengok lah dia puas-puas malam ni. Sebelum kita pergi. Aku tak kejam lah."

Pantas Hana memeluk Anum. "thanks Anum. Aku sayang kau." Air matanya mula mengalir.

Anum membalas pelukan itu. Di usap belakang badan Hana.

"Dah jom balik. Nanti lambat pula. Dah nak senja ni."

"Emm" itu saja yang mampu Hana katakana saat ini.

Mereka berlalu dari situ.

. . . . .

Padang mula di banjiri beribu orang pelajar termasuk pengajar juga. Majlis ini di buat di padang utama kampus di sebabkan dewan tidak mampu nenampung jumlah pelajar yang ramai. konsep terbuka tanpa bumbung menjadikan majlis ini Nampak begitu santai. Khemah di pasang untuk makanan sahaja. Terdapat juga pelbagai food trak yang menyajikan bermacam-macam makanan. Semuanya sudah di bayar oleh pihak kampus. Ada ura-ura yang mengatakan ia di sponser oleh seorang kerabat.

Mereka berdua bernasib baik dapat tempat duduk yang hampir dengan pentas. Kebanyakan pelajar memilih tempat duduk yang berhampiran dengan makanan. Hana memang nak duduk jauh dari kesesakan orang ramai. dia mudah berasa rimas. Anum terpaksa ikut dengan muka sedih. Dia nak makan banyak. Semua makanan free kot.. ruginya... Hana hanya membiarkan saja. Malas dia melayan perangai Anum tu. Hari ini dia nak lupakan semua kisah sedihnya. Dia nak bergembira untuk beberapa jam ini saja. Itu tekatnya.

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now