Hana cukup gembira. Pelbagai permainan yang dia cuba. Tangkap patung, lumba kereta, lumba motosaikal, naik roket, masuk rumah hantu dan bermacam-macam lagi. Puas bermain permainan in door, mereka naik pula ke bahagian yang baru di buka, star avenue.
Di sana mereka masuk ke kawasan Jurassic world. Terdapat pelbagai mainan berasaskan dinosaur. Ada juga dinosaur yang bergerak. Hana tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan dinosaur tersebut.
Mereka juga masuk ke Augmented Reality (ARV). Di ARV mereka berlakon dengan skrin besar di mana terdapat dinosaur di dalamnya. Seolah-olah mereka berada bersama dinosaur tersebut. Video yang terhasil sangatlah cantik. Mereka berlakon dalam 3D tetapi selepas video terhasil ia didatangkan dalam bentuk 7D. Secara ringkas mereka benar-benar berlakon bersama dinosaur sebenar. Untung mereka berdua pandai menyesuaikan diri dengan suasana video tersebut. Siap dapat pujian dari pekerja di sana.
"penat dah main. Tapi masih tak puas. Seronoknya. Tak sangka genting dah semakin menarik. Walaupun permainan out door belum siap, permainan in door ni pun tak kurang seronok juga." Dengan wajah ceria Hana bercerita pada Hakimi.
Hakimi yang melihat keceriaan pada bidadarinya itu berasa sangat puas. Hatinya berasa bangga kerana memilih tempat ini. Terasa berbaloi sangat untuk perjalanan yang agak jauh.
"Bagus lah Hana seronok. Lepas ni kita tengok wayang pula nak. Kita beli tiket dulu kemudian isi perut dan solat maghrib. Nanti kita tinggal masuk ja. Boleh jimat masa." Hakimi memandang Hana sejurus dia melihat jam di tangan.
Hana tidak tahu kenapa dia rasa tenang dengan Hakimi. Tidak ada rasa sangsi dengan cadangan yang di beri. Semunya dia turutkan saja. Satu yang Hana pasti, setiap waktu solat pasti Hakimi akan ajak ke surau. Tidak terlepas walau satu waktu pun. Itu menguatkan lagi rasa tenangnya.
"boleh. Saya ikut saja. Nanti saya pula belanja awak tengok wayang tu ya. Dari tadi awak saja yang keluarkan duit. Naik segan dah saya. Tiket bukannya murah." Hana menunduk. Mukanya mula kemerahan kerana malu.
"No. saya yang ajak awak keluar. Jadi saya yang akan tanggung semuanya. Awak dah sudi keluar dengan saya pun sudah cukup bagus. Tak akan saya nak biarkan awak keluar duit pula. Lagi pun saya mampu belanja awak. Duit awak tu simpan untuk sem akhir ni. Ok."
Hakimi mencari wajah Hana. Dia bersungguh dengan kata-katanya itu.
Hana yang perasan wajah Hakimi makin dekat dengannya terus mengangkat muka dan menjarakan kedudukan mereka. Hakimi yang perasan ketelanjurannya menegakkan diri.
'terkejut aku, kenapa dekat sangat muka dia tadi, kalau aku tak elak mesti dah bercium dahi kita orang. Dah mula lah jantung aku ni.. bertenang jantung..'
' Aduh Kimi... jangan hilang kawalan diri... nanti Hana lari menyesal tak sudah kau.'
Mereka berdeham.
"Jom kita pilih movie. Nanti lambat pula."
"Mari lah."
Mereka beriringan ke kaunter tiket. Untung orang masih tidak ramai yang berbaris. Selesai memilih movie mereka makan dan solat.
. . . . .
Selesai menonton wayang. Mereka mula kepenatan. Cuaca bertambah sejuk.
Hana melihat jam di tangannya. 'dah nak jam 11 malam. lewat sangat ni. Tapi kenapa masih ramai keluarga kat sini. Anak dah menangis pun tak reti nak balik ke'
"hakimi kita dah lewat sangat ni. Boleh kita balik?"
Hakimi yang memandang keluar banggunan mula tidak sedap hati. Dia menoleh ke arah Hana.
YOU ARE READING
Jodoh Kita
Romance"Dia kah itu. Macam presiden MPP. Apa dia buat kat library ni?. Kenapa muka dia macam serabut?." - HANANI "Kenapa dia pandang aku dari tadi ni. Ingat masuk library ni boleh lah lari dari peminat, ada juga yang sangkut kat dalam ni. Serabutnya aku. T...