| MY BAD SOULMATE |
"Good Morning mama..." Ayra Amelia baru sahaja turun dari biliknya ditingkat atas menuju kebawah dengan berpakaian sekolah. Maklumlah hari pertama persekolahan. Gadis itu sudah menginjak 17 tahun dan bakal menyambung bersekolah di sekolah swasta.
Oh ya lupa, Ayra ni anak orang kaya. Ayah dia ceo syarikat ternama di Kuala Lumpur. Jadi, mula tahun ini dia dipindahkan ke sekolah baru, bukan besye-besyee!
"Good Morning too anak mama ! " sahut Puan Noraini yang kelihatan sedang menyediakan sarapan pagi diatas meja makan. Puan Noraini iaitu ibu kepada Ayra memandang sekilas anak gadisnya itu.
"Wahh cantiknya anak mama" puji ibunya lembut. Pujian itu berjaya membuatkan Ayra malu seketika.
"Hihi, thank you mama". Ayra tersipu lalu menyelipkan rambutnya kebelakang telinga.
Puan Noraini hanya menggeleng dan tertawa kecil melihat ulah anak gadisnya yang seorang itu.
"Mama, mana papa? Ayra tak mau lambat, ni kan first day sekolah" tanya gadis itu sambil melihat sekeliling. Ayra memuncungkan bibirnya. Merajuk.
" Hah, kenapa ni?" kedengaran suara garau mula menyapu pendengaran kedua orang yang berada di meja makan itu . Ayra yang menyedari keberadaan papa nya terperanjat lalu berusaha mengembalikan degupan jantungnya yang laju akibat terkejut.
" Papa! Aduh, sikit lagi nak tercabut jantung Ayra..." ucapnya sambil menyapu-nyapu dadanya beberapa kali. Tuan Hisyam tertawa melihat tingkah anaknya lalu dengan cepat dia meminta maaf memujuk Ayra.
Mereka semua menjamu sarapan pagi bersama sebelum Tuan Hisyam dan Ayra berangkat. Arya Amelia, gadis itu tidak sabar untuk ke sekolah barunya. Tuan Hisyam dan Puan Noraini juga tahu bahawa anak mereka itu teruja, bagaimana tidak sejak tadi Ayra asyik menyuruh papa nya cepat dengan alasan nanti kena marah cikgu.
"Ok mama, Ayra jalan dulu.." ucap Ayra penuh semangat sambil mengangkat tangannya keatas. Tuan Hisyam yang berada disebelahnya hanya menggeleng samar sambil menatap wajah isteri tercintanya. Ada-ada saja Ayra!
" Belajar rajin-rajin yer anak mama..."
Ayra mengangguk sambil tersenyum riang. Mereka kemudiannya berjalan menghampiri kereta dan tanpa menunggu lama, kereta tersebut mula menjauh dan hilang dari pandangan Puan Noraini.
Keadaan di dalam kereta sungguh sunyi. Walaupun begitu, masih saja kelihatan susuk Ayra yang kelihatan teruja.
Dia mengambil cermin kecil dari kocek lalu meletakkannya dihadapan wajah cantiknya. Ayra memperbaiki rambutnya sedikit agar kelihatan kemas.
Tuan Hisyam yang sedang memeriksa kerjanya di dalam ipad tiba-tiba memanggil Ayra.
Lupa nak bagitau ,diaorang ada driver okey.
"Ayra, nanti malam kita ada dinner. Jadi, papa minta ready-ready,ok?". Ayra memandang sekilas.
"Dinner dengan siapa?". Gadis itu menutup cermin kepunyaannya dan menoleh kearah papa kesayangan.
"..Ngan sahabat papa..."
Sahabat? Oh mungkin memang dah rapat sejak lama. Ayra mengangguk lalu kembali memandang hadapan.
🕊
" Besarr gilerr sekolah nii...". Tadi dah excited, kali ni jadi dua kali ganda lah. Mata gadis itu berbinar menatap luar tingkap kereta.
"Dah sampai, hah pergilah. Tadi excited sangatkan..." sampuk Tuan Hisyam sambil menatap anaknya yang sedang terpaku melihat binaan sekolah yang sangat besar itu.
"Haa okay okay, maafkan anakmu ini papa . Kalau macam tu Ayra pergi dulu ye..". Ayra menyalam ayahanda tersayang lalu melangkah keluar kakinya menjejak sekolah baru.
Dia menutup pintu kereta dengan rapat lalu melambaikan tangannya kearah papanya. Tidak sampai beberapa minit, kereta Mercedes hitam itu pergi meninggalkan tempat. Tinggallah gadis itu seorang dengan mengenakan blazer sekolahnya.
"Hahh, hari yang cerah. Bagus untuk memulakan hari baru".
Ayra Amelia menarik dan menghembus nafasnya sebelum berjalan menuju ke kelas. Sebenarnya dia tak masuk kelas lagi,tapi saja pusing-pusing sekolah dulu. Lagipun masih awal. Dia saja je bagitau papa dia yang dia dah lambat.
Dah pandai menipu budak ni!!
Mata Ayra tak lepas dari pemandangan sekolah.Kepalanya menoleh kiri kanan atas dan semua sudut yang ada . Ayra kan memang, SAKAI !
Dalam sibuknya Ayra memandang suasana sekitar, dia sampai tidak sedar dirinya sedang berada dalam kawasan padang bola . Dan ...
BUKKK!!
"Ahhhh!!". Ayra meringis kesakitan sebaik saja terkena bola tepat dibahagian kepalanya. Dia menyentuh bahagian yang terkena lalu menoleh kearah asal bola itu datang tadi.
Kelihatan tiga orang anak laki-laki menghampirinya. Salah satunya mengambil bola yang berada tepi Ayra lalu menatap selamba dan berlalu pergi. Ayra yang sedar akan itu mula memanas dan berdiri.
"Woii!..." jerit Ayra. Pelajar laki-laki yang ingin pergi tadi kini menoleh kebelakang.
"Amboii dah buat salah,tak nak minta maaf.." ucap Ayra sinis bercampur rasa geram.
Aryan Mikael. Lelaki dengan wajah yang tampan dan dingin itu menatap Ayra semula.
" Mata mana mata . Kau yang salah, nak suruh orang minta maaf.." balasnya ikut memekik.
"Kau tau tak sakit! Minta maaf sekarang! " Ayra mengosok kepalanya lalu menghentak kakinya sekali.
"Apa kau ingat dengan senang nya kami nak minta maaf? Kau yang berdiri tengah padang macam nak minta kena langgar, dah camanakan?" dengan selambanya Aryan membalas, panas budak Ayra ni dibuatnya .
" Kau yang salah!" Ayra tak mahu kalah.
" Kau". Sekepala, Aryan juga tidak mau kalah dengan gadis itu.
" Eeee bodohnya dia nii.." batin Ayra geram. Dia mengepalkan tangannya, seperti ingin melayangkan tumbukan kearah wajah lelaki dingin itu.
Aryan Mikael menatap sinis lalu mengajak teman-temannya pergi dari sana.
"Huh sudahlah. Geng, jomlah pergi. Aku dah malas nak bising-bising awal pagi ni...". Ajakan Aryan disambut baik oleh teman-temannya,lalu mereka pun pergi.
Arya Amelia?
Gadis itu hanya menatap geram lelaki yang sedang membawa bola itu.
"Aaarghh hilang mood aku, kacaulah" kesal Ayra lalu bergegas mencari tandas.
Maafkan author kalau hambar😩
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomanceAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...