| MY BAD SOULMATE |
Semenjak kejadian kejar mengejar itu, hubungan mereka menjadi semakin rapat. Orang tua mereka juga sudah tahu keakraban mereka ini. Aryan dan Ayra, punya hubungan yang saling sayang menyayangi dan tidak ingin kehilangan antara satu sama lain.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tidak terasa 3 tahun berlalu, Ayra kini menyambung pelajarannya di Universiti Kuala Lumpur.
Hari ini Ayra pulang lewat dari selalu kerana dia harus menyiapkan tugasan yang belum selesai.
IPhone Ayra dihidupkan. Matanya melirik kearah skrin telefonnya itu.
"8:00 P.M"
"dah boleh pulang dah ni" gumam Ayra sendiri.
Semua barang yang ada diatas meja cafe universiti miliknya itu dikemaskan. Ayra bangun dari duduk lalu bersedia mengatur langkah meninggalkan kawasan.
Dimalam yang cukup indah ditemani dengan cahaya rembulan yang menyinari gelapnya suasana, Ayra berdiri menunggu ketibaan kereta.
Tiba-tiba sahaja dia memikirkan lelaki itu, Aryan.
"Haih, lama tak nampak dia. Dia sibuk sangat kot dua menjak ni"
"Aaarghh rindulah" tangan Ayra memeluk tubuh.
Benar, semenjak dua tiga hari ini Aryan langsung tidak memunculkan diri. Telefon Ayra pun tidak. Selalunya rancak dia menghubungi Ayra, pagi hingga malam tapi pernah nak putus. Ini tiba-tiba sahaja tak ada, pelik Ayra dibuatnya.
Saat otaknya ligat memikirkan Aryan, driver Ayra pun datang. Laju Ayra mengatur langkahnya masuk kedalam perut kereta.
Di rumah....
"Assalamualaikum, mama papa" Ayra memberi salam. Namun salamnya tak disahut.
Laju kaki Ayra melangkah masuk kedalam rumah agam itu. Kepalanya melingas mencari keberadaan si ibu dan ayah. Dicarinya disetiap sudut rumah namun hasilnya? Kosong. Mereka tiada dirumah.
Wajah Ayra bertaut. Dimanakah?
Saat Ayra ingin melangkah setapak lagi kakinya keruang atas...
"Side step right left to my beat, highlight the moon rock with me baby" ringtone IPhone Ayra berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Laju tangannya menyeluk masuk kedalam poket. Diambilnya telefonnya itu lalu mengangkat panggilan yang masih segar berbunyi.
Skrin itu dilihat sekilas. Mama.
"Assalamualaikum, hello mama?" Ayra memulakan ucapan.
Tak menunggu lama, salamnya itu akhirnya dibalas.
"Waalaikumsalam Ayra. Ayra cari mama ke tu?"
Tersontak Ayra. Macamana mama tahu ni?
"Eh mama ni, macam tau tau aje. Mama dekat mana sebenarnya? Ayra dah cari mama dengan papa satu rumah ni tapi takde pon. Kenapa tak bagi tahu Ayra, mama dengan papa jalan?" kesal Ayra seketika.
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomanceAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...