eleven

2.4K 143 8
                                    

| MY BAD SOULMATE |

| MY BAD SOULMATE |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" aduh susahlahh . Macam mana nii ! ". Keluh Ayra. Sudah malam tetapi Ayra masih saja duduk dimeja belajarnya sambil mengulangkaji.

Dia membuka iphone nya, melirik kearah jam.

" 8 : 30 p.m ". Masih awal , tetapi hari sudah mula menggelap.

Ayra menggigit bawah bibirnya, berfikir sejenak.Jari telunjuknya mengetuk- ngetuk meja belajarnya. Ada sesuatu yang tiba-tiba terlintas difikiran gadis itu.

Ayra lalu mencari nombor telefon seseorang. " Nak telefon dia ke ah ? ". Keliru bercampur gugup, itulah yang dirasai Ayra sekarang. Terpapar jelas nama " Si Hensem " di skrin iphone gadis berwajah cantik itu.

Dia menghembus nafas panjang. Tak memikir lama, Ayra langsung menghubungi lelaki itu , Aryan Mikael.

🕊
   

Kelihatan Aryan Mikael yang sedang sibuk bermain permainan video game di telefonnya.

" Berani betul orang ni nak tembak aku ..". geram Aryan . Sejujurnya, Aryan bukanlah jenis yang lelaki yang terlalu ketagih dengan game , dia baru sahaja memuat turun aplikasi tembak-tembak ini sejam yang lalu.

Bzzz Bzzz..

Telefon lelaki itu berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

" AAAARGHH SIKIT LAGI TADI !! ".

" SIKIT LAGI NAK MATI "

Dia lalu menatap nama yang menghubunginya itu. " Ayra ". Geram saja perasaan si Aryan sekarang ini. Gara-gara Ayra, dia kalah dalam bermain.

" Apa pula yang dia nak malam-malam ni ". Aryan kemudiannya menekan butang terima dan meletakkan benda nipis itu di telinga kanan.

"assalamualaikum ,Aryan ". Ayra memberi salam dengan sopan. Mendengar itu tentu saja Aryan akan membalasnya semula.

" Hmm. Napa ? ". Suara dinginnya mula kedengaran, membuat Ayra Amelia mendadak gugup .

" Errmm kau free tak ? ". Tanya Ayra.

" Tak, aku berbayar ".selamba saja Aryan membalas. Suka betul dia mengusik Ayra walaupun dalam keadaan dingin.

" Ishh bodohlah kau nii ! Orang tanya betul-betul ". Kedengaran bunyi kekesalan dari seberang.Aryan ketawa, mendengar kekesalan Ayra berjaya mengurangkan sedikit rasa marahnya tadi .

" Jadi kalau aku free kenapa ? ada masalah ? ". Sambung Aryan. Ayra diam sekejap lalu menyambung hajatnya.

"Boleh tak malam ni kau ajar aku ? Kita jumpa lah kat mana-mana ". mohon Ayra . " Malam-malam kau minta aku ajar ?? ". kata Aryan ingin membantah permintaan gadis itu.

" Alaa esok cuti juga kan ? Boleh lah, kali ni je . Takpelah kau bagitau saja aku kat mana nak jumpa , aku pergi sendiri ". Ayra sudah mula berdiri , mengemaskan semua barang-barangnya untuk dibawa. Aryan yang mendengar bunyi Ayra yang sudah bersedia-sedia rasa bersalah ingin menolak.

Lelaki itu mendengus kuat. " Tak payah ". Terhenti Ayra dibuatnya. " Tunggu je sana, aku ambil ". Ayra Amelia tersenyum lebar , mereka lalu memutuskan panggilan.

" Haih Ayra Ayra " geleng si Aryan lalu menyarungkan hoodie hitam ketubuh lalu mengambil kunci keretanya.

🕊


Selepas mendapat keizinan Puan Noraini , Ayra pun keluar dari rumah agamnya. Pemandangan Ayra disambut oleh sebuah kereta mewah berwarna hitam dihadapannya.

 Pemandangan Ayra disambut oleh sebuah kereta mewah berwarna hitam dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Empunya menurunkan cermin kereta.

" Masuklah ". Aryan Mikael menggerakkan kepalanya, mengajak Ayra untuk cepat naik. Ayra mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta Lamborghini hitam kepunyaan Aryan.

" Nak pergi mana ? ". Tanya Aryan serius sambil menatap lurus jalan. Tangan kanannya memutarkan stereng manakala tangannya kirinya memegang gear kereta. Tangan panjang dan berurat itu membuatkan Aryan semakin hot saja ketika memutar stereng menggunakan tapak tangan.

" Ikut kau . Aku okay je mana-mana ". Ayra melirik kearah Aryan diam-diam. Walaupun tidak menoleh kepala , tetap saja aura lelaki itu terasa .Haruman maskulinnya mampu membuatkan para gadis tergoda dengan wangian lelaki Aryan . Sungguh menggoda.

" Okay ". Balas Aryan singkat. Dia kemudiannya menarik gear sehingga mengeluarkan bunyi dan menekan kuat minyak kereta . Kereta Lamborghini itu berjaya pecut dan memotong semua kereta yang ada ditepi.

VROOMM!!! [ bunyi kereta sport ]

Ayra terkejut dengan kelajuan yang terlalu tinggi itu. Badannya maju mundur , hampir menghentak belakang tubuhnya. Dengan pantas, lengan kiri Aryan menahan tubuh hadapan Ayra daripada terhempas kuat.

Ayra dapat merasakan badannya ditahan daripada terus kedepan.

Nasib tak banyak sangat kereta kat jalan.

Kepala Ayra sudah mula pening , kedua matanya tertutup rapat. Dia tidak mahu memandang hadapan. Ingin saja dia muntah , manakan tidak kereta terlalu laju sampai terhinjut-hinjut. 

Gara-gara Aryan lah, dirinya jadi seperti itu. Geram Ayra dibuatnya!

" ARYAN MIKAEL !!! ". Jerit Ayra geram dalam hati sambil menutup matanya rapat .



To be continue🕊

maaf kalau terhambar, no idea biasalah😩.Jangan lupa vote yaa❤️

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now