| MY BAD SOULMATE |
Ayra Amelia ingat hari ini ialah hari pertama sekolah yang menyenangkan. Rupanya tidak! Sama sekali TIDAK! Kekesalannya benar-benar memuncak. Geram dia dengan Aryan Mikael, lelaki tampan, dingin, berhati batu dan menyampah bagi gadis bernama Ayra itu.Kini, kedua hamba tuhan itu berada dihadapan kelas. Teacher Linda yang baru sahaja masuk ke dalam kelas menyedari kekecohan yang berlaku. Beliau langsung memanggil keduanya kehadapan untuk menperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
"Hah, kenapa kamu berdua gaduh-gaduh ni??" tanya teacher Linda sambil menatap keduanya yang saling mengerling mata.
"Dia yang mula dulu teacher." Ayra membuang pandangannya kearah lain sambil jari telunjuknya mengarah kearah lelaki yang berada disampingnya.
" Alaa memang betulkan, kau yang kacau" balas Aryan.
"Takde takde kau yang tiba-tiba memekik suruh aku ketepi. Kau yang salah dulu". Ayra memusing badannya menghadap dan mencongak kearah Aryan yang tinggi daripadanya.
"Kau lah..." balas Aryan sambil memandang Ayra pendek.
Teacher Linda yang seperti tidak dihiraukan mereka itu kini menggeleng kepala. Mata teacher Linda jatuh pada dua pelajar lelaki yang duduk dibelakang sekali itu,Hariz Alfie dan Irwan Lutfi.
"Kenapa dengan diorang ni?" pertanyaan beliau disahut dengan gelengan kepala dari mereka berdua. Mereka semua tahu sebenarnya apa yang berlaku tapi tidak tahu macamana nak terangkan.
"Ya Allah kamu berdua ni. Nasib teacher baik tau? Kalau tak cikgu hantar kamu berdua ni dekat guru disiplin. First day sekolah dah buat masalah ..." geleng beliau.
Ayra dan Aryan terdiam dan kembali menunduk menghadap guru mereka itu.
"Maaf, teacher..." serentak mereka meminta maaf lalu dibalas dengan anggukan daripada beliau.
"Baik, kamu berdua boleh duduk semula". Keduanya pun duduk semula dibangku masing-masing. Mata-mata mula melihat Ayra dan Aryan yang hanya saling membalas pandangan menyampah.
*Ckk*
"Kenapa doh diorang tuu..." tanya Hariz kepada Irwan.
"Entahlah weh, dah macam kena sampuk aku tengok" Hariz mengangguk, mengiyakan ujaran Irwan Lutfi.
🕊
" Mana kereta ni ?"
Waktu persekolahan Ayra baru sahaja selesai. Dia menatap jam tangan yang melilit dilengannya. Dia menunggu ketibaan sang driver yang sejak tadi tak kunjung datang.
Ayra mengambil Iphone nya dan mencari nama "papa" didalam sana. Dia langsung menghubungi papa nya dan tak menunggu lama, akhirnya panggilan bersambung.
"Assalamualaikum,papa. Papa dekat mana? Ayra dah selesai ni". Dia menempelkan benda nipis itu ketelinga sambil menatap kiri kanan. Sedikit demi sedikit, pelajar yang ada disana berkurang.
"Waalaikumsalam, Ayra. Kejap lagi kereta datang. Tadi papa suruh driver datang sini nak minta kirim ada benda tertinggal kat rumah" suara garau itu berjaya masuk ke dalam panca indera pendengaran sang anak.
"Oh macamtu ke? Okay lah Ayra tunggu je lah. ". Tak lama kemudian, anak beranak itu memutuskan panggilan.
"Hmm semua orang dah pulang erk?" gumam Ayra sendiri. Dia sedang berdiri menunggu keretanya tiba.
Akhirnya, driver dah sampai. Yahoo!
"Semua dah ready ke?" tanya Tuan Hisyam. Seperti yang dikatakan beliau, hari ni diorang ada dinner dengan kawan Tuan Hisyam. Rasanya kawan Tuan Hisyam bawa keluarga dia sekali.
" Sudah! Tunggu Ayra kejap". Kedengaran suara gadis itu yang baru sahaja turun dari bilik atas. Ayra Amelia, mengenakan baju gaun coklat panjang sambil rambutnya terurai kebawah.
" Ya Allah, anak siapa ni ? Cantiknyaa..." puji Tuan Hisyam. Isterinya yang berada disamping turut tersenyum dan terpukau melihat keanggunan anak gadisnya itu, Ayra Amelia.
" Hihi. Anak papa mama lah. Takkan anak jiran pula kan ". gurau Ayra. Kedua pasangan itu hanya menggeleng dan tertawa, Ayra Amelia satu-satunya anak mereka.
Hotel 5 bintang |
" Tuan, kita dah sampai " kata sang driver. Tuan Hisyam yang mendengar itu mengangguk dan memberitahu isteri dan anaknya bahawa boleh turun.
Ayra Amelia melangkah kakinya keluar dari perut kereta. Tidak tahu kenapa dia menjadi gugup. Banyak mata yang sudah melihat dirinya sejak dia turun dari kereta, mungkin ini kerana dirinya yang terlalu cantik membuatkan ramai orang terpesona.
Tanpa melengahkan masa, mereka berjalan menuju ke tingkat 9 . Tempat makan.
" Mana kawan papa tu? ". Ayra menatap sekeliling, mencari keberadaan sahabat ayahnya. Mereka sudah dihadapan pintu dewan makan, khas untuk VIP sahaja." Kawan papa tu dah ada kat dalam...". Ayra mengangguk faham lalu bersedia untuk masuk ke dalam dewan makan VIP itu .
Sebaik sahaja ada pekerja hotel yang tolong membukakan pintu dewan, langkah Ayra terhenti seketika apabila terpapar jelas susuk seseorang yang dikenalinya. Seakan tak percaya, jantung gadis itu berdegup dengan pantas. Dia mula mengepal tangannya. Dirinya kini diselubungi dengan kepanasan yang teramat hot.
"SERIOUSLY? HE AGAINN??!
Hah siapa korang rasa?🤔 Staytunee yerr❤️Sayang korangg<33
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomansAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...