nine

2.4K 159 11
                                    

| MY BAD SOULMATE |

"assalamualaikum mama ! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"assalamualaikum mama ! ". Kedengaran suara seorang gadis yang baru sahaja pulang dari sekolah sedang memberi salam dengan lantang. Ayra kelihatan begitu teruja. Dia ingin memberitahu kabar gembira bahawa dia telah mendapatkan markah matematik tertinggi dan akan terpilih dalam pertandingan kepada ibubapanya.

Dia sudah berada dihadapan rumah agam keluarganya. Ayra melepaskan kasut lalu melangkah masuk kakinya dengan pantas.

Ayra tiba diruang tamu utama dan kakinya terhenti seketika.

" Eh papa ? Bila sampai ? Awal balik ? ". Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan gadis itu. Melihat papanya yang diduduk dikerusi sambil memeriksa kerja menggunakan ipad itu membuatkan Ayra mengambil keputusan duduk disebelah lelaki paruh baya itu.

" Ayra dah sampai ? ". Muncul Puan Noraini tiba-tiba tidak tahu darimana. Wanita itu menghampiri anaknya dan turut serta duduk bersama mereka.

" Dah mama" .Angguk Ayra sambil tersenyum manis.

Puan Noraini yang melihat itu ikut tersenyum. Kemudian, mendadak wajah beliau berubah menjadi tertanya-tanya. " Kenapa Ayra bising-bising tadi ? " .Kerut mama Ayra sambil melihat anak gadisnya yang duduk disamping suaminya yang sudah melepaskan ipad kerja sejak tadi.

Riak wajah Ayra berubah. Dia cuba mengingat semula apa yang ingin dirinya sampaikan. Gadis itu lalu memukul dahinya setelah ingatannya berjaya ditemukan kembali.

"Oh ya, Ayra lupa. Sebenarnya Ayra nak bagitau something ni. I don't know if this important but Ayra excited to tell this to mama papa". Gadis itu sudah berdiri dihadapan ,menghadap Puan Noraini dan Tuan Hisyam yang masih setia mendengar anak perempuan mereka itu.

" Sebenarnya tadi Ayra dapat markah percubaan matematik tertinggi dalam kelas, lepastu cikgu kata Ayra terpilih ikut pertandingan kuiz matematik". Teruja si Arya memberitahu ibubapanya.

Puan Noraini dan Tuan Hisyam kelihatan bangga dengan Ayra. Mereka mengucapkan kata selamat kepada anak gadis mereka itu.

" Tahniah ya anak mama ". Puan Noraini bangun dan memeluk Ayra. Gadis itu membalas pelukan hangat itu dengan senyuman yang sudah terukir dibibir.

Ayra Amelia mengeluarkan kertas soalan itu dari beg lalu menunjukkan kepada papa nya. Tuan Hisyam menerima huluran itu lalu membelek kertas tersebut.

" Tak pernah-pernah anak papa ni pandai math. Tiba-tiba saja . Mana Ayra belajar ? ". Tanya Tuan Hisyam. Mata beliau tak lari dari kertas tersebut .

Ayra menggaruk belakang tengkuk lehernya yang tidak gatal. Dia kembali senyum dan menyambung bicara dengan tenang.

" Sebenarnya bukan Ayra seorang je. Aryan pun terpilih . Kitaorang dua terpilih ikut pertandingan ni . Dan.."

Ayra kembali mengatus nafas. Kelihatan kedua orang tuanya menunggu-nunggu jawapan dari Ayra. " Dan ?"

"..dan Aryan yang ajar Ayra buat math ni. Tak sangka pula dia pandai ". Ayra menatap Tuan Hisyam dan Puan Noraini. Keduanya terkejut lalu tersenyum gembira.

" Lah ye ke ? Baguslah macam tu ..". Ujar Tuan Hisyam tersenyum gembira . Ayra tersenyum dengan riak orang tuanya.

" Nanti Ayra belajarlah dengan Aryan lagi. Ajak dia pergi sini ke boleh juga..". Puan Noraini memandang Ayra yang menggeleng laju.

Ayra memangkah tangannya. " Eh tak payahlah mama .." ucap Ayra.

" Ayra boleh je belajar kat sekolah . Dia kat sebelah Ayra je. Jadi tak payahlah ajak dia pergi sini..". Tidak tahu mengapa, wajah Ayra berubah menjadi merah ketika berbicara.

Haih malu nak ajak Aryan pergi rumah lah tu.

Baru sahaja Ayra ingin beranjak pergi ke bilik tidur, dia kembali membalikkan badannya. Dia menatap ibunya lalu mempamerkan senyuman yang menandakan dia inginkan sesuatu.

" Mama..". panggil Ayra. Ibunya menatap Ayra semula. Alis kiri beliau ternaik serta merta. " Hmm?"

" Boleh tak esok mama masak banyak sikit ? Ayra nak kongsi dengan kawan-kawan.". Berbinar mata Ayra ketika memujuk ibunya. Mendengar itu, Puan Noraini langsung mengangguk dan tersenyum manis kearah Ayra.

" Betul ni mama ? Yeayy !! ". Kemudian,Ayra berjalan menuju ke tingkat atas dimana terletaknya biliknya dengan langkah gembira.

🕊

Mereka duduk semeja di kantin sekolah.Hariz dan Irwan menatap bingung kearah Ayra yang duduk disebelah Aryan berhadapan dengan mereka berdua. Mata yang melihat Ayra tadi kini beralih menatap Aryan.

"Kenapa dia ada kat sini ? ". Tanya Hariz tak berbunyi. Aryan membalasnya dengan tatapan " biarlah dia " kearah dua orang sahabatnya itu.

Makanan sudah tersedia dihadapan mereka berempat. Ayra sahaja yang tidak memesan apa-apa kerana dia sudah membawa bekal yang dimasak oleh ibunya dari rumah.

"Riz, baca doa..". Perintah Aryan.Hariz Alfie mengangguk lalu mereka semua menadah tangan membaca doa.

" Amiinn..".Lantang saja suara Hariz. Nasib tidak ada yang menatap kearah mereka kerana suara kuat yang keluar dari lelaki itu .

Suasana kantin memang sangat riuh menjelang waktu rehat.

Hariz Alfie tak mempedulikan yang lain, langsung sahaja dia menyantap makanan yang sedia terhidang.

" Korang nak ? ". Pelawa Ayra tiba-tiba. Dia menatap Hariz dan Irwan bergilir-gilir tanpa menoleh dan memperdulikan jejaka tampan disampingnya itu.

Hariz dan Irwan yang hampir selesai menjamu makanan mereka menaikkan wajah serentak . Keduanya kini melirik kearah bekal makanan Ayra yang berisi makanan yang kelihatan begitu enak.

Mengembang senyuman Hariz Alfie dipelawa makan oleh Ayra. " Wah betul ni ? Aku nak ! ". Ayra tersenyum lebar mendengar itu.

Irwan Lutfi juga menginginkannya. Tanpa Aryan sedari , mata Irwan menatap dirinya. Irwan menahan tawa apabila melihat riak wajah Aryan yang tak dipedulikan gadis itu. Tambahan pula, melihat Ayra dan Hariz yang makan tidak mengajaknya membuatkan Aryan semakin sakit hati.

Mereka bertiga masih asyik dengan makanan yang dibawa Arya. Aryan hanya melihat mereka dengan pandangan menjengkelkan. Seperti merasakan sesuatu, Hariz langsung menatap Aryan dan menatap Ayra semula.

"Ayra, kau tak bagi Aryan ke ? Kesian pula aku tengok kawan aku seorang tu..". Perlahan kepala Ayra disengetkan kesamping, terpapar jelas wajah Aryan yang dingin menatap pinggannya.

Ayra Amelia mengerutkan dahinya.Dia menurunkan sikit kepalanya agar dapat memandang wajah Aryan.

" Kau nak ke ? Kelmarin kan aku dah bagi kau". Tanya Ayra polos.

Aryan Mikael ,lelaki yang sedari hanya menatap pinggannya yang sudah kosong itu menggerakkan matanya kekanan menatap Ayra yang menatapnya dari bawah.

Aryan menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mau. Walaupun sebenarnya dia juga mau dan ingin dipelawa lembut oleh Ayra seperti yang dilakukan kepada kedua sahabatnya itu, Hariz dan Irwan.

Aryan cemburu ?

to be continue 🕊

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now