| MY BAD SOULMATE |
Waktu demi waktu berlalu sehinggalah tiba waktu rehat. Ketiga jejaka tampan itu pergi ke kantin bersama."Weh happy betul si Ayra tu tadi. Sampai terlompat lompat dia gembira". Hariz memulakan pembicaraan semasa ketiganya hendak ke kantin membeli makanan.
Aryan tak membalas. Dia hanya menatap dingin kehadapan sambil tangannya dimasukkan kedalam kocek seluar.
Hariz mendengus kesal kerana tidak dipedulikan Aryan. Hariz Alfie lalu mendekati lelaki itu dan menyenggol siku Aryan, mengusik lelaki ais itu.
"Kau ajar dia eh ? " . Hariz menyipitkan matanya, mengusik sahabatnya yang seorang ini.
Plakkk!
Satu pukulan berjaya mendarat dibelakang Hariz Alfie.
"Aduhh sakittt dohh, aku nak main-main je. Itu pun tak boleh. Ishh..". Hariz mencebik. Dia menggosok belakang tubuhnya yang telah dipukul oleh Aryan.
Bising lagi, kan dah kena !
Mereka melimpasi kawasan sekolah yang agak sunyi dan tidak ramai orang ketika hendak ke kantin.
Mata Aryan Mikael tertumpu pada susuk gadis yang dikenalinya. Gadis yang sangat gembira apabila berjaya terpilih dalam pertandingan matematik sebentar tadi.
Ayra sedang menikmati makanannya disebuah bangku. Kakinya di ayun-ayunkan, tidak sampai mencecah lantai .
"Dia seorang je ke? Budak ni memang takde kawan ke apa?" batin Aryan Mikael setelah ternampak Ayra yang agak jauh dari pandangan mereka. Syukurlah hanya Aryan yang nampak, Hariz dan Irwan tidak perasan dengan keberadaan Ayra Amelia itu.
Aryan mengurung niatnya untuk ke kantin.
"Riz,Wan korang pergilah dulu. Aku tak lapar...". Aryan mencari alasan.
" Lah dah kenapa pula ni? kau nak pergi mana?". Irwan mencelah.
" Aku ada urusan ..". Tanpa menoleh kebelakang lagi, Aryan terus berjalan meninggalkan dua sahabat yang hanya ternganga melihat Aryan yang sudah tak kelihatan.
"Aryan Mikael mencurigakan" ucap Hariz. Dia menggeleng lalu menongkat lengannya dibahu Irwan Lutfi.
"Biarlah si Aryan tu. Mungkin dia ada urusan. Dahlah, perut aku dah buat konsert free nii".
Hariz menoleh kearah Irwan yang lapar.
" Aku pun lapar dohh , jomlah ". Dua jejaka itu pun pergi ke kantin semula setelah rancangan itu tergendala seketika.
🕊
Aryan memasang wajah datar, senyuman yang tiba-tiba terpasang disembunyikan. Dia menghampiri Ayra Amelia dari belakang lalu mengambil posisi duduk disebelah gadis itu. Tak terlalu dekat, jauh satu meter.
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomantizmAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...