| MY BAD SOULMATE|
Tiga sahabat itu berjalan meninggalkan kawasan."Siapa doh dia tu ?" tanya sorang dari mereka . Hariz Alfie
" Iya weh , berani betul dia tu.." ujar seorang lagi. Irwan Lutfi
"Tak tau lah. Korang ingat aku tau ke ? Dahlah aku dah malas cakap pasal ni"
Kedua sahabat itu, Hariz dan Irwan saling membalas tatapan nakal.
" Ck ,alaa kau tuu acah je..." sindir Hariz sambil menatap Irwan Lutfi.
Langkah Aryan terhenti .Dia menatap Hariz dengan tatapan tajam.
"Apa kau kata?" soal Aryan dengan tatapan membunuh.
"Takde apa apa.." geleng Hariz laju. Tau kecut budak tu.
"Tak lama, ada juga yang kena pelempang free ni". Aryan berjalan meninggalkan budak seekor tu dibelakang.
"Nyee nyee, takoodnyee .." sindirnya lagi tapi tak kedengaran oleh Aryan. Bising betul mulut si Hariz tu. Ingin saja Irwan Lutfi yang berada disebelah Hariz itu sumbat mulutnya guna selipar.
Irwan pun meninggalkan Hariz yang kini menatapnya hairan.
"Eh kau dah kenapa Wan? Tunggulah aku.." ucap Hariz . Dia berlari mendapatkan kedua sahabatnya yang sudah berada dihadapan.
🕊
Ayra Amelia. Gadis itu sedang menatap wajahnya dibalik pantulan cermin tandas. Dia memperbaiki semula rambutnya yang kelihatan sedikit serabut akibat hentaman bola tadi. Ekspresi wajahnya berubah menjadi kesal sekelip mata."Ishh,gara-gara dialah hancur mood akuu!"
"Minta maaf pun susah ke? Nak kena ajar lagi ke?
"Dia ingat dia siapa. Anak raja? Bapa aku ceo lah! "
Bertubi-tubi ayat kekesalan keluar dari mulut Ayra.
"Eeee geramnya akuu". Dia menghentak kakinya banyak kali dan menjadikan ruangan tandas penuh dengan bunyi hentakan kaki dan ayat kekesalannya sahaja. Mujur tak ada orang dalam tandas , jadi suka hati dialah nak buat apa.
Dia menatap cermin dihadapannya semula.
"Fuhh, sabar Ayra sabar. Jangan gara-gara orang tu,kau jadi macam ni". Ayra memberikan dirinya semangat. Dia menarik semula senyuman di wajahnya lalu melangkah keluar dari tandas dan berjalan menuju ke kelas.
Gadis itu sudah berada di hadapan kelasnya. Terpapar nama 5 Diamond didepan pintu. Dia menarik nafas dalam lalu membuka pintu kelas tersebut.
Dipandangnya sekeliling kelas yang dihuni ramai pelajar itu.Tak lah ramai sangat.Satu kelas hanya mempunyai 15 orang dan belum semuanya lengkap lagi.
"Mana nak duduk eh? fikir Ayra sejenak.
Dia lalu mengambil keputusan untuk duduk di barisan kedua dari belakang . Meja dibelakangnya semua masih kosong . Dia sengaja duduk di barisan itu mungkin kerana bagi Ayra ini lebih selesa daripada duduk dibarisan paling hadapan.
"Fuhh, akhirnya dapat duduk...". Ayra Amelia memeluk mejanya dan mengampaikan kepalanya diatas meja tersebut. Jiwa malasnya kembali datang.
Beberapa minit kemudian, mata Ayra yang sedari dia tutup tercelik saat mendengar bunyi pintu kelas terbuka. Dengan posisi kepala yang tak bergerak sama sekali, mata gadis itu lalu memandang ke arah pintu depan.
Maka terlihatlah tiga susuk manusia yang baru saja Ayra jumpa di padang tadi.
"HAH? MACAMANA DIA BOLEH ADA DEKAT SINI ? DIA SATU KELAS DENGAN AKU KE??". Ayra menundukkan kepalanya kebawah, membiarkan dahinya menyatu dengan permukaan meja. Dia juga memukul-mukul kecil mejanya. Nampak sangat wajah Ayra betul-betul kesal. Tambah hilang mood dia.
" Weh Ian, asal aku nampak dia tu macam familiar? ". Hariz mendongak dagunya keatas, memberikan isyarat kepada Aryan. Hal itu sontak membuat mata Aryan yang tadinya memandang Hariz, mengalih pandangan menatap susuk gadis yang sedang memukul meja miliknya itu.
"Eh haah lah, bukan dia ke yang bawa kau cari pasal tadi pagi Ian..." sampuk Irwan.
"Ah biarlah dia tu. Yang korang nak sibuk sangat ni apahal? Dah, sekarang mana kita nak duduk ni ?". Tindas Aryan cuba menukar topik.
"Belakang kosong tu, jomlah ". Ajak Hariz,lalu berlari anak kearah tempat duduk belakang sekali . Kononnya, takut ada orang nak ambil.
Ayra kembali mengangkat wajahnya. Belum sempat apa-apa, pandangannya disambut oleh susuk Aryan yang melintas ditepinya.
"Aduhh! Kenapa dia duduk kat belakang aku. Nangis juga aku kat sini tak lama". Benci betul dia dekat budak Aryan tu.
Baru hari pertama Ayra, sabar sikit .
Aryan yang sudah sejak tadi duduk di belakang Ayra hanya memandang belakang gadis itu selamba.
🕊
"Okay kelas , salin apa yang teacher tulis kat depan ni ye . Teacher nak pergi tandas sekejap..". Teacher Linda ,guru matematik tambahan Ayra memberi arahan sebelum keluar dari kelas sebentar. Tak lama selepas itu , bayang-bayang teacher Linda pun luput dari pandangan semua pelajar yang berada didalam kelas.
"Ishh, besarlah kepala kau ni . Tepi lah sikit aku tak nampak" ucap Aryan lantang sehingga orang-orang yang ada dalam kelas menoleh kearahnya.
Ayra yang seperti tahu dirinya di mention lalu menoleh kebelakang.
"Aku kata tepi, kepala kau tu besar sangat" selamba Aryan sambil memegang pen biru miliknya.
Bagus-bagus dah okay budak Ayra tu , Aryan pula tiba-tiba cari pasal . Ayra yang mendengar hinaan Aryan sebentar tadi itu langsung menghentak pen yang dipegangnya kuat diatas meja .Terkejut semua orang dibuatnya.
" Apa kau kata ?" soal Ayra. Ayra yang sedari mula memanas, menatap Aryan tajam seperti ingin menerkam mangsa. Tatapannya bukan tambah orang takut malah orang yang menatapnya malah semakin geram dengan wajah polosnya.
"Aku kata kepala kau besar. Kau pekak ke?" sindir Aryan.
Hafiz dan Irwan hanya ternganga dengan dua orang itu .Perang apa pula dah ni?
" Woii, korang dua ni terpekik pekik time kelas. Dah dahlah gaduh tu, tak habis-habis. Tau tak korang dah mengganggu konsentrasi aku nak belajar. Kalau nak gaduh, gaduh kat luar. Sangat dialu-alukan". ucap Hariz panjang lebar. Kedua orang itu kini menoleh.
"Dah dia yang mula dulu ". kata Ayra sambil mengerling matanya.
"Lah, dah memang kau yang kacau". Aryan tak mau kalah.
"Dah habistu kenapa tak pindah je? "
"Eee ikut sedap mulut kau je nak suruh orang pindah. Kau lah yang pindah budak". Ayra dan Aryan saling bertatapan tajam dan berperang mulut selama beberapa detik. Ternganga semua orang dibuatnya. Hariz dan Irwan disertai yang lain hanya mampu menggeleng pasrah.
"Dahlah, Wan jom ikut aku". Hariz menghampiri Irwan, mengajak anak itu untuk pergi ikut bersamanya.
" Kau nak pergi mana gile??"
"Lari" spontan Hariz.
PLAKK!
Satu pukulan berjaya mendarat dibelakang tubuh Hariz.
"Kau nak minta kena bunuh bapak kau eh?"
Hariz berdecak kesal lalu dengan mulutnya yang masih membebel dia kembali duduk ditempatnya.
Staytune reader😆 Maafkan saya kalau hambar, author kekeringan idea HUWAAA😭
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomanceAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...