thirthy-eight

2K 80 24
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Sejak tadi dewan itu dipenuhi oleh ramai tetamu undangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak tadi dewan itu dipenuhi oleh ramai tetamu undangan. Kedua belah pihak keluarga menjemput tetamu yang mereka undang. Dilayan dengan baik dan ditegur dengan ramah.

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Rasa gugup yang terpaut dalam diri lelaki bernama Aryan Mikael itu cuba ditepis. Hari ini adalah hari yang paling menggugupkan baginya begitu juga Ayra, namun begitu ini juga merupakan hari yang paling bahagia buat mereka.

Kedua hamba tuhan ini akan dijabkabulkan menjadi pasangan yang halal.

Mikrofon yang dipegang digenggam penuh keyakinan. Ayra yang berada diatas pelamin yang dihiasi dekorasi cantik itu hanya mampu memberikan semangat kepada lelaki itu dari belakang.

Ayra Amelia, mengenakan baju pengantin berwarna putih dan tudung lilit berwarna putih cair. Tidak perlu dibahas lagi, banyak mata-mata sudah terpana melihat kecantikan gadis itu. Ayu sahaja gadis itu duduk sopan diatas pelamin kahwin sambil memakai tudung yang menutupi kepalanya.

Aryan membaca basmallah didalam hati. Semoga semuanya berjalan lancar.

"Aryan Mikael bin Mohd Zaid" tok kadi sudah mula menyalam tangan lelaki itu.

"Ya saya" Aryan menegakkan tubuh, bersedia melafazkan akad nikah.

Banyak kamera mula menghala kearahnya a.k.a anak kepada pengurus syarikat ternama di negeri itu.

"Aku nikahkan kau dengan Arya Amelia binti Hisyam Hamdan dengan emas kahwinnya bernilai RM1000 tunai!"

"Aku terima nikahnya Ayra Amelia binti Hisyam Hamdan dengan emas kahwinnya berjumlah RM1000 tunai!"

Kepala tok kadi ditoleh kiri kanan. "sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah"

Mereka semua pun menadah tangan sambil membaca doa. Gatal, mata Aryan terasa gatal ingin melirik kearah gadis yang sudah bergelar isterinya itu.

Ya Allah cantiknya!

Bagai merasa ada mata yang melirik kearahnya, laju mata Ayra naik memandang hadapan. Dan yeah, suaminya menghadiahkan senyuman bahagia. Ayra turut membalas senyuman itu.

"i love you" mulut Aryan melafazkan ayat cinta itu tanpa dapat didengari.

Ayra menunduk malu. Jantung sudah berdegup laju. Naik merah wajah Ayra dibuatnya. Alahai suami aku mengadalah!

Aryan tertawa kecil melihat ulah Ayra. Yes! Aku dah kahwin. Korang bila lagi?


Mereka bangun dari duduk. Aryan mengambil tempat duduk diatas pelamin bersebelahan dengan isteri sahnya.

Mata mula memandang kagum kearah mereka. Bagai pinang dibelah dua!

Kini sesi menyarung cincin dan bersalaman. Mata mereka saling bertatapan. Ck, macam tak biasa. Tapi kali ini lain macam, memang luar biasa.

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now