twenty-one

2.1K 116 25
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Petang itu, Aryan membawa Bella ke khemah putih kecemasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Petang itu, Aryan membawa Bella ke khemah putih kecemasan. Semua ahli-ahli bulan sabit datang untuk memberikan bantuan cemas.

Setelah sejam berlalu, perempuan bernama Bella itu mula sedarkan diri. Para ahli bulan sabit berheboh sebaik sahaja Bella terjaga. Mereka mendekat dan memeriksa keadaan perempuan itu, mestikan dia baik-baik sahaja.

Ketika mata Bella mula tercelik, dia mendapati susuk Aryan yang sedang berdiri disampingnya yang terbaring di atas katil. Bella tersenyum, nampaknya misi mendapatkan perhatian Aryan berhasil.

"Thank you Aryan sebab selamatkan Bella. Kalau tak ada Aryan waktu tu mesti Bella tak akan selamat" ucapnya dengan suara lembik nak mampus.

"Kenapa tak biarkan je dia kena makan buaya kat sungai? Kan bagus tu" bisik Hariz kepada Irwan. Mereka berdua turut berada disana, namun Bella tak menyedarinya.

"Shttt, kau diam jap boleh tak?" tegur Irwan sambil meletakkan jarinya di mulut.

Mendengar ucapan terima kasih daripada Bella, Aryan langsung tak menghiraukannya. Dia malah memasang wajah datar dan berfikir bahawa tindakannya tadi bukan atas rasa kasihan kepada Bella, melainkan sebuah tindakan wajar yang sesiapapun boleh lakukan.

Sudah jam 7 petang, hari semakin gelap. Langit yang cerah tadi mula diseliputi dengan awan tebal yang menandakan bakal jatuhlah air-air rahmat dipermukaan bumi.

Semua pelajar diarahkan berkumpul di dalam khemah besar, khemah putih dimana tempat Bella direhatkan.

"Aidil, tolong kirakan semua pelajar yang ada. Pastikan semua cukup" arah Teacher Linda selaku guru pedamping kelas 5 Diamond sekaligus guru penasihat pelajar tingkatan 5.

Aidil, ketua tingkatan itu mengangguk lalu dengan pantas dia melaksanakan tugas yang diarahkan.

Hujan semakin lebat. Petir dan kilat sana sini mula menyambar samar. Ramai pelajar sudah berkumpul seperti yang diarahkan. Ada juga yang terjerit akibat terkejut dengan bunyi guruh yang kuat berdentum begitu spontan.

Aidil datang semula, dia menemui Teacher Linda dengan nafas yang tercungap-cungap.

"T-teacher, k-kurang seorang" tersengal-sengal suara si ketua tingkatan itu memberitahu. Nada suara Aidil sangat lantang mengalahkan bunyi hujan. Dan itu membuatkan semua orang yang berada disana menoleh laju kearahnya.

Aryan, Hariz dan Irwan turut menoleh hairan.

"Apa hal pulak tu bising-bising?" kerut si Hariz.

"Tak tahu" balas Irwan.

Tanpa perlu pening berfikir, mereka berdua iaitu Hariz dan Irwan memajukan langkah kehadapan. Teringin juga nak tau apa benda kecoh-kecoh tu.

"Ayra? Mana Ayra?" soal Teacher Linda cemas sambil melingas mencari susuk yang beliau katakan.

Aryan membuntangkan mata. Dia tersontak mendengar nama gadis itu. Aku salah dengar ke? Ayra? Dia tak balik lagi?

Dua sahabatnya yang sudah berada dihadapan menoleh kearahnya dari kejauhan. Mereka kembali menghampiri Aryan yang berdiri disamping katil Bella.

"Ian!"

Aryan diam tak bersuara. Jantungnya berdegup pantas, menunggu Hariz menyambung kata-kata.

"Ayra tak ada!" jelas Hariz, sedikit bimbang. Irwan yang berdiri di sebelah kanan Hariz memasang tatapan tajam kearah Bella yang terbaring seperti mayat itu. Dasar Bella!

Aryan tidak salah dengar. Jadi memang betul Ayra tak balik lagi. Tanpa membuang masa dia mengambil baju tebalnya dan bergegas keluar dari sana.

Bella tak duduk diam. Melihat Aryan yang terburu-buru ingin beranjak membuatkan Bella menarik tangan Aryan Mikael.

"Aryan nak pergi mana?" tanya Bella. Dibulatkan matanya, mengharap Aryan berasa kasihan dengan dirinya yang sedang terlantar lemah.

"Ishh, jangan sentuh aku lah perempuan" ujar Aryan. Dia menepis kasar lengan perempuan bukan mahram itu dengan kasar.

Siapa juga nak kesian kan perempuan macam tu!

                                           🕊

Hujan lebat yang turun telah jatuh membasahi tubuh kecilnya. Semenjak kejadian beberapa jam lalu, Ayra tidak tahu lagi ingin melakukan apa. Dia kehilangan hala tuju, tidak sanggup berhadapan dengan lelaki itu lagi.

Dibawah pokok besar namun tak berdaun banyak itu, Ayra duduk menyatukan lututnya dibawah sana. Kepalanya disorokkan antara kaki. Tangannya memeluk lutut, sesekali naik merangkul tubuhnya sendiri. Dia menangis kembali, menjatuhkan sisa air mata yang belum puas dicurahkan.

"Kau jahat! Kau bukan soulmate aku! Aku benci kau Aryan". Ayra mencengkam kerah bajunya sendiri. Dia menangis dengan kuat. Tiada orang yang dapat mendengarkan tangisan pilu itu dibalik bunyi hujan yang turutndengan sangat lebat.

Bunyi isakan tadi perlahan mereda. Namun, masih saja air mata Ayra tak henti-henti mengalir keluar. Air matanya bercampur dengan titisan air hujan yang jatuh diwajahnya. Baik juga hujan, Ayra merasa bukan dia seorang sahaja yang sedang bersedih. Hujan juga seperti sedang menemani dirinya melampiaskan semua kesedihan yang dirasai.

Tiba-tiba, muncul sebuah wajah yang bermain difikiran Ayra.

"Mama..." lirih Ayra. Hanya itu. Hanya itu yang mampu dia katakan. Ingin sangat dia memeluk tubuh wanita paruh baya itu dan meluahkan semuanya. Tetapi sekarang, dirinya tidak dapat berbuat apa-apa. Menghubungi ibunya saja dia takut. Dia tidak mahu terjadi sesuatu dengan hubungan papanya dengan daddy Aryan nanti.

"Aku benci semua nii! Kenapa ni terjadi pada aku? Sepedih ini kah takdir? Ya Allah jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini. Aku dah tak tahan lagi macamni." Ayra mengesat pelahan air matanya diselak titisan air hujan yang semakin menjadikan tubuh dan rambutnya basah kuyup.

Makin larut, penglihatannya semakin kabur. Dia mengantuk, lelah rasanya. Ayra sendiri tidak sedar, dirinya kini dibawa kedalam alam tidur yang sungguh tidak menenangkan.


To be continue❤️

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now