thirthy

2.1K 89 49
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Flashback on sebelum mula pertandingan [awal pagi]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback on sebelum mula pertandingan [awal pagi]

Irwan Lutfi nak pergi ke kelas kerana nak ambil barang. Semasa dalam perjalanan hendak ke kelas, langkahnya terhenti sebaik sahaja dia terdengar suara orang sedang bercakap samar-samar. Irwan bersembunyi, lalu mengeluarkan sedikit kepalanya dari dinding tembok.

Bella dan? Seorang lelaki yang kelihatan dalam lingkungan 20-an sedang berborak.

Pelik. Itu yang Irwan rasa. Kenapa awal-awal pagi diorang ada dekat sini. Dalam bangunan sekolah yang tiada langsung orang disekeliling.

Irwan mengambil keputusan untuk mengintip. Perasaan ingin tahunya terlalu tinggi mengalahkan ketinggian gunung everest.

Matanya menatap tajam dua susuk itu dari belakang. Irwan mula memasang telinganya kerana ingin mendengar isi perbualan Bella dan lelaki itu.

"Ini duitnya..." belum sempat sampul yang berisi banyak duit itu diberikan kepada lelaki itu, laju Bella menarik semula sampul itu keatas.

"Asalkan kau nak ikut apa yang aku suruh" senyum sinis terukir jelas di wajah Bella.

"Apa bendanya tu?" soal lelaki itu sambil menyilang lengan di dadanya.

"Memandangkan kau juri pertandingan kuiz matematik tu, aku minta simple je". Badan Bella mengelilingi lelaki itu.

Irwan sejak tadi sudah mengeluarkan telefonnya dan merakam semua muslihat keji Bella ini.

"What?" tanya lelaki itu.

"Ayra Amelia"

Irwan tersontak tatkala mendengar nama Ayra. Makin di zoom rakaman itu agar terlihat lebih jelas.

"Kenapa dengan budak tu?"

Bella tersenyum sinis.

"Keluarkan dia dari pertandingan tu. Easy bukan permintaan aku?" Bella berhenti tepat dihadapan lelaki itu.

"Itu saja?" tanyanya

Bella mengangguk

"Huh, kacang"

Mereka berdua kini menyungging senyum jahat di wajah. Hati Bella kini melonjak kegembiraan tatkala misinya bakal berjalan dengan lancar.

"Jangan ingat kau boleh terlepas Bella. Ini dah kes rasuah. Kau bagi duit dengan orang untuk kepentingan diri kau sendiri. Apa juga yang si Ayra tu buat sampai kau sanggup buat macam ni? Tak boleh jadi, aku kena buat sesuatu"

Setelah mendapat rakaman yang cukup membuktikan bukti yang jelas, Irwan pun beranjak dari sana.

Flashback off




Kepala Ayra terasa sakit dan pening yang luar biasa. Ayra merasa perutnya seperti sedang ditendang-tendang dan tekaknya terasa loya. Sakit yang teramat sakit. Namun, dia masih cuba untuk menahannya. Entah apa yang membuatkan dirinya menjadi begitu tiba-tiba.

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now