thirteen

2.3K 142 28
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Setelah sekian lama , akhirnya Aryan keluar dari tandas awam dan bergegas keluar dari sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah sekian lama , akhirnya Aryan keluar dari tandas awam dan bergegas keluar dari sana. Hatinya mula merasa sesuatu . Firasatnya mengatakan sesuatu yang tidak baik tentang Ayra yang ditinggalkan bersendirian. Seperti ada sesuatu yang berlaku.

Aryan Mikael mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat parkir kereta. Saat dia sampai, pandangannya disambut oleh susuk Ayra yang hampir diperlecehkan oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali.

Kemarahannya memuncak. Manik matanya berubah dingin dan tajam memandang situasi itu. Aryan Mikael seakan-akan ingin bertukar menjadi seekor serigala buas yang mahu memakan mangsa. Dia lalu mendekati kedua lelaki yang membelakanginya itu .

BUKKKKK !!

Satu pukulan dan tumbukan berjaya mendarat dikepala seorang lelaki . Dengan sendirinya, tangannya melepasi lengan halus Ayra yang dicengkam kuat. Gadis itu berjaya terlepas . Dengan pantas, Ayra berlari dan bersembunyi dibelakang tubuh kekar Aryan Mikael dengan perasaan takut .Kedua lelaki bertopeng itu menoleh kearah Aryan.

" BODOH !! KAU SIAPA HAH ?? BERANI KAU TUMBUK AKU !". Lelaki yang dipukul tadi melayangkan satu tumbukan tetapi Aryan sempat mengelaknya .

Seorang lagi lelaki tadi turut membelasah Aryan.

BUKK.. BUKK.. BUKKK..

Aryan Mikael, lelaki yang pantang dicabar . Penerima black belt taekwondo itu mula mengeluarkan kekuatan dan keganasannya .

Kedua penjahat itu hampir mengalah, tidak sanggup melawannya lagi.

Ketika aksi ganas itu berlangsung, datang dua orang pengawal menghampiri mereka. Aryan menatap dua orang pengawal itu dengan tatapan amaran.

"Maafkan atas kecuaian kami tuan ". Tunduk dua orang pengawal itu. Takut untuk membalas tatapan membunuh Aryan Mikael.

Aryan kemudiannya bangkit dan menatap dua orang yang kini terbaring lemah .

" Cihh, sampah. Baru tendang sikit dah tumbang " kata Aryan penuh nada sinis. Dia kemudiannya melayangkan tatapan maut kepada dua orang itu.

"Bawa diorang " perintah Aryan kepada pengawal bertugas. Mereka lalu membawa penjahat itu pergi dan menyisakan Aryan dan Ayra sahaja.

Aryan mendekati Ayra yang sudah melemah . Dia lalu melepaskan hoodie nya dan memakaikan Ayra.

Dapat dilihat dari sorot mata Ayra Amelia bahawa dia sedang menahan cairan bening dari jatuh . Dia trauma , takut dengan perkara yang baru sahaja berlaku pada dirinya .

Siapa saja yang tak takut kena cabul !

🕊

Suasana sunyi telah menyelimuti suasana dalam kereta. Keduanya tidak bercakap dan lebih memilih untuk diam.

" Ayra, kau okay ? ". Aryan menatap sekilas kearah Ayra.

Gadis yang sudah lama menahan sebak itu akhirnya meraung semula.

"A-ARYAN, A-AKU AKU TAKUTT .." ucap Ayra tersedu-sedu. Aryan faham keadaan Ayra sekarang. Gadis itu pasti kacau dengan dirinya yang hampir diperlecehkan tadi .

" Shhhhttt it's okay , takde apa-apapun . Kau dah selamat ". Tangan Aryan menggosok lembut belakang Ayra . Dia cuba untuk memujuk dan menenangkan gadis itu. Suara tangisan Ayra semakin menjadi jadi selepas Aryan memujuknya, suara isakannya kini memenuhi ruangan kereta mewah Aryan Mikael.

Suasana kereta kembali hening . Aryan menoleh kesamping dan mendapati susuk Ayra yang sudah terlelap. Tangan kiri Aryan diangkat lalu menyelipkan helaian rambut Ayra yang jatuh menutupi wajah dibelakang telinga.

Kesian tengok budak Ayra tu penat menangis.

Tangan Aryan dinaikkan lagi keatas, mengusap rambut Ayra Amelia yang sedang tertidur pulas.

" I'm sorry babygirl ". Lirih Aryan .Tangannya tak lepas mengelus puncak kepala gadis itu dengan lembut.

Silapnya tinggalkan Ayra sorang-sorang.


🕊

Aryan tiba dirumah agam keluarganya selepas menghantar pulang Ayra . Wajah Ayra pucat selepas dibanguni Aryan tadi. Dia hanya mengucapkan terima kasih dan terus masuk dalam rumah tanpa berbalik . Lemah .

Aryan melangkah masuk bilik tidurnya.

" Daddy dah balik .." kata Aryan. Dilihatnya Latte yang sedang menunggu ketibaan dirinya.

Latte tu kucing kesayangannya Aryan Mikael. Jangan tanya kenapa, Aryan memang suka kucing. Walaupun diluar semua orang menilainya sebagai lelaki dingin tak berperasaan tapi mereka tidak tahu bahawa dalam hati Aryan masih dipenuhi beribu rasa. gituwww

Salah satunya , sayang kucing HOHO.

Latte menghampirinya dengan mata bulat yang mampu membuatkan Aryan lemah.

"Anak daddy ni cutelah macam sorang kawan daddy ni..". kata Aryan sambil mengangkat Latte.

Dia punya suka tu sampai anggap kucing tu anak sendiri. Kalau dengan kucing pun dah sweet apatah lagi dengan future wife kan? jangan baper..

" Meoww..". Suara Latte kedengaran seperti tertanya-tanya.

" Nama dia Ayra " sambung Aryan sambil menaruh Latte dibirai katil.

Aryan Mikael merebahkan tubuhnya. Tangan kirinya ditaruh dibawah kepala manakala tangan kirinya sibuk mengelus bulu si kucing.

Fikirannya kembali memikirkan gadis itu, Ayra Amelia. Aryan merasa bersalah. Sangat sangat bersalah. Seandainya perutnya tak sakit tadi, mesti tak terjadi benda ni.

Keluar lirihan kecil dari mulut Aryan.

" Im sorry cause I let you stay alone babygirl ".

Dia menutup mata, membayangkan wajah Ayra sebelum dirinya benar-benar hanyut dibuai mimpi.


To be continue🕊

Teringin nak jadi Latte. HAHAHHA lah tiberr 🤣

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now