seventeen

2.1K 120 7
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah agam keluarganya. Senyum teruja Ayra kini terpapar jelas dipipi tembam dan mulus miliknya.

"Assalamualaikum, Ayra dah balik..." ucap Ayra lalu bergegas mencari keberadaan si ibu tercinta.

Melebar senyumnya apabila mendapati ibubapanya yang sedang berada dimeja makan sambil menikmati minum petang. Nampaknya, niat gadis itu untuk memberitahu tentang penyertaan camping yang bakal dijalankan lusa akan menjadi lancar.

Ayra mengorak beberapa langkah sebelum berada tepat dihadapan dua orang tersayangnya itu.

"Mama papa..." pintas Ayra, membuatkan Encik Hisyam dan Puan Noraini menoleh.

"Ayra dah balik?" soal Encik Hisyam.

Ayra mengangguk lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja makan. Dia menyungging senyuman lebar sehingga menampakkan giginya yang beratur rata.

Alis kiri Puan Noraini ternaik, merasakan ada sesuatu yang anak gadisnya itu ingin beritahu. "Ayra ada sesuatu nak bagitahu mama dengan papa ke?" soal Puan Noraini untuk mendapatkan kepastian.

Laju sahaja kepala Ayra mengangguk. Dia menarik nafas dalam, mengharap mama dengan papa nya memberikannya keizinan untuk pergi.

Bismillahirahmanirrahim...

"Sebenarnya macam ni...". Masih kelihatan figura Puan Noraini dan Encik Hisyam yang setia mendengar sambungan kalimat Ayra. Sesekali Encik Hisyam mencicipi air kopi yang masih berasap diatas meja.

"Lusa, sekolah Ayra ada buat camping 3 hari 2 malam. Hanya tingkatan 5 sahaja. Cikgu cakap ini untuk markah akhir tamat sekolah..."

"Boleh Ayra ikut?" berbinar bola mata Ayra saat meminta keizinan daripada Puan Noraini dan Encik Hisyam.

"Boleh..." ucap Puan Noraini. Kedengaran suara Ayra yang terjerit bersorak gembira selepas mendengar perkataan yang keluar dari mulut si ibu.

"Tapi..." sambung Puan Noraini tidak selesai lagi. Ayra terhenti. Dia duduk semula dikerusi sambil menatap si ibu dengan wajah bingung. "Tapi apa?"

"Ayra kena jaga diri elok-elok. Jangan jauh-jauh, okay? Call mama atau papa kalau ada apa-apa dekat sana nanti" lembut tapi tegas arahan yang diucapkan oleh Puan Noraini. Encik Hisyam juga turut memberikan keizinan Ayra asal gadis itu mahu mendengar kata.

"Okay! Don't worry. Ayra akan jaga diri baik-baik. Lagipun Ayra dah besarlah" balas Ayra sembari mendabik dada. Dia sangat bersemangat persis seorang tentera perjuang.

Risau pula dua orang tuanya ini saat melihat Ayra yang terlebih semangat. Pasrah sahaja lah demi princess Ayra Amelia.

  🕊

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now