thirty-two

2K 87 11
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Ayra Amelia ditahan di wad ICU oleh kerana kejadian tempoh hari yang menyebabkan keadaannya kritikal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayra Amelia ditahan di wad ICU oleh kerana kejadian tempoh hari yang menyebabkan keadaannya kritikal.

Dia mula tersedar dan matanya kini tercelik perlahan memandang kearah siling putih yang kelihatan asing. Cahaya lampu yang ada didalam bilik itu berjaya menyilaukan matanya. Bertaut hebat wajah Ayra. Dimanakah ini? dia sendiri bingung.

Setelah beberapa saat mencerna, barulah Ayra sedar yang sekarang dia berada di bilik hospital. Keadaannya beransur baik namun badannya tetap terasa lemah yang teramat.

Kepalanya menoleh sedikit kesamping.

Terkejut. Ayra terkejut. Nak percaya atau tidak ni?

"A...aryan?" lirih Ayra lemah tatkala menyedari keberadaan seorang jejaka disamping birai katilnya.

Kepala Aryan yang sedari tertunduk diatas katil itu terangkat. Aryan merasa seperti ada orang yang memanggil namanya. Matanya kini menatap hadapan.

Membuntang mata Aryan tatkala melihat susuk Ayra yang sedang menatapnya lemah.

"Ayra??" ucap Aryan tak percaya. Aryan cuba memanggil gadis itu dengan harapan Ayra menyahutnya.

Ayra mengerdip sekali matanya.

"A...aryan" sahut Ayra dengan nada sayu.

Sudut bibir Aryan ternaik, bersyukur dia Ayra sudah mula sedar. Dengan pantas, dia meminta izin keluar untuk memanggil doktor terlebih dahulu.

"Ayra tunggu kejap, Aryan nak panggil doktor dulu" Aryan yang sudah bangun dari duduk hanya dipandang lemah oleh Ayra.

Tak menunggu lama, datang Dr. Syahirah menghampiri Ayra.

"Ayra, maaf ya. Saya nak cek keadaan awak dulu sekejap" Dr Syahirah yang sudah memasang stetoskop nya menghadiah senyuman manis kearah Ayra.

Ayra mengangguk. Dia juga sedaya upaya mengukir senyum diwajah, walaupun sedikit kelat yang penting senyum.

5 minit berlalu, akhirnya pemeriksaan ringkas itu selesai. Dr. Syahirah kembali menjauhkan sedikit jaraknya dengan Ayra.

"Alhamdulillah, awak dah beransur pulih. Tapi saya nak nasihatkan, awak kena banyak rehat sekarang , awak masih dalam keadaan lemah. Saya tak nak ada apa-apa berlaku dengan awak lagi" ucap Dr. Syahirah lembut.

Aryan memanjat kesyukuran setelah mendengar itu. Langsung, dia mengambil telefonnya lalu menghubungi ibubapa Ayra.

🕊

"Aryan" panggil Ayra seraya duduk menyandar di belakang katil hospital.

Laju Aryan menoleh. Kerusi sedikit diseret menghampiri si gadis.

"Hmm?" gumam Aryan.

Bertaut dahi Ayra. Gadis itu kelihatan seperti cuba mengingat sesuatu.

"Hm, sebenarnya apa yang berlaku? macamana aku boleh ada kat sini?" tanya Ayra polos. Mata indah ditambah dengan bulu mata yang melentik itu tak lari daripada melihat anak mata Aryan.

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now