thirty-one

2K 81 41
                                    

| MY BAD SOULMATE |

Kehulu kehilir Aryan di hadapan bilik wad Ayra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kehulu kehilir Aryan di hadapan bilik wad Ayra. Hatinya tidak tenteram. Tangan hingga jari-jarinya menggigil, bukan kerana sejuk tetapi kerana memikirkan keadaan Ayra yang kritikal melawan sakit kini.

Puan Noraini yang menangis seraya duduk diatas kerusi itu Encik Hisyam tenangkan.

"Kita doakan Ayra baik-baik saja,hm? Sayang janganlah nangis, saya tahu Ayra kita tu kuat orangnya" tangan Encik Hisyam mengelus perlahan belakang isterinya.

"Saya kesian dekat Ayra bang. Kenapa anak kita? Apa yang dia buat sampai tuhan bagi dia ujian macam ni?" tangisan Puan Noraini semakin menjadi-jadi tatkala Encik Hisyam menariknya ke dalam dekapan.

"Ishh, apa cakap macamtu. Tuhan tu baik. Dia buat macam ni sebab dia nak kita kuat dengan ujian yang dia berikan" tangannya masih setia mengelus si isteri.

"Tapi Ayra satu-satunya anak kesayangan saya. Saya tak nak apa-apa terjadi dengan dia. Saya tak nak lawak hambar dia tu hilang macam tu saja, bang!" terisak-isak suara Puan Noraini memberitahu.

Betul. Kalau Ayra sakit, siapa lagi yang nak meniber dan bergurau dengan mereka lagi. Makin sedih mereka tatkala mengenang senyum mekar di wajah manis Ayra.

"Kita doakan sahaja semoga tak ada apa-apa yang berlaku dengan Ayra" hanya itu yang mampu Encik Hisyam katakan.

Beliau turut berasa sebak apabila melihat isterinya kian menjatuhkan air mata. Tipulah kalau Encik Hisyam tidak sedih melihat keadaan anaknya yang sakan sakit. Namun sebagai seorang suami serta ayah, dia harus kuat dihadapan isterinya. Jika dia pun ikut menangis, siapa lagi ingin dijadikan penyemangat mereka. Hanya beliau, tulang belakang dan ketua keluarga.

Dr. Syahirah, doktor yang memeriksa Ayra kini melangkah keluar kakinya dari bilik rawatan.

Aryan yang tadinya tak duduk diam, kini berhenti dan laju menghampiri si doktor.

"J-jadi doktor, macamana keadaan Ayra???" pantas Aryan bertanya dengan mata yang sedikit berkaca.

Puan Noraini dan Encik Hisyam yang menyedari kehadiran doktor itu turut mendekat.

"Iya doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya??" soal Puan Noraini. Tangannya dipautkan di lengan si suami.

Dr. Syahirah menghela berat nafasnya. Semoga mereka semua boleh menerima kenyataan yang bakal dia sampaikan.

Apa pulak nii?? Janganlah main-main!

"Sebelum itu, saya nak meminta maaf..." kepala Dr Syahirah menunduk. Suaranya bertukar menjadi nada sebak.

Makin panik semua orang dibuatnya.

Doktor Syahirah menarik nafas panjang dan kembali membuka suara.

[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋Where stories live. Discover now