| MY BAD SOULMATE |
Bas yang dinaiki mereka sudah berhenti di perkarangan sekolah berbinaan besar itu. Aryan kini menoleh ke samping. Dia melihat susuk Ayra yang terlelap diatas bahu kekarnya yang diletakkan bantal kecil milik gadis itu.Suasana tiba-tiba terasa hening. Dengan sebulat hati, Aryan langsung menoleh ke samping, dia ingin tahu kenapa Ayra itu dengan serta – mertanya senyap sahaja. Belum sempat menoleh, bahunya dahulu dihentak kecil oleh kepala Ayra.
Tap!
Lah, tidur rupanya.
Serta-merta, tubuh Aryan terasa kaku seperti ais. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Mata Aryan melihat ke bawah kerusi. Dia ternampak ada sebuah bantal kecil berwarna merah muda didalam tas, sepertinya itu kepunyaan Ayra Amelia.
Langsung sahaja tangannya menggapai bantal itu tanpa membangunkan gadis itu. Sesekali Ayra terjaga dan mengigau, Aryan langsung memujuk-mujuk gadis itu.
"Shhh shhh its okay". Diupuk-upuk perlahan kepala gadis itu supaya tidak terjaga.
Seusai itu, Aryan langsung meletakkan bantal itu dibahu kekarnya. Diangkat sedikit kepala Ayra lalu diampai semula perlahan diatas sana. Kini, Aryan dapat bernafas semula dengan tenang. Sesekali dipandangnya wajah Ayra yang keletihan bercakap tadi. Cantik...
Perlahan dan berhati-hati Aryan membangunkan Ayra. "Ayra...dah sampai" bisiknya. Mata gadis itu tercelik perlahan. Tangannya menggosok-gosok matanya yang masih kelat. Kepalanya menoleh ke samping, mata yang disepetnya itu menatap Aryan.
"Sampai? Sampai mana?" tanya Ayra masih mamai.
"London" santai Aryan membalas. Mata gadis itu sedikit diperbesarkan. London?
"Sampai sekolah lah budak oii..." ucap Aryan sedikit meleret.
Ayra memukul dahinya sendiri. Ayra Ayra, kau makan semut ke? Asyik nyanyuk aje.
"Maafkan aku. Aku tertidur dekat bahu ke tadi?" pantas sahaja Ayra menjauhkan sedikit jaraknya dengan Aryan.
"Tak payah nak terkejut sangat. Kau juga yang letak kepala kau dekat bahu aku" ujar Aryan sambil melilit tangannya di dada.
Sedikit demi sedikit pelajar didalam bas itu berkurang.
"Ayra... kejap". Ayra yang baru sahaja ingin berdiri terduduk semula sebaik sahaja Aryan memanggilnya.
"Ya?" tanya Ayra sembari menjongketkan kedua alisnya ke atas.
Tangan Aryan naik ke rambut Ayra. Getah rambut yang mengikat segumpal rambut panjang itu ditarik ke bawah. Setelah semua rambut itu jatuh, Aryan langsung memperbaiki rambut Ayra dan menutupi leher jejangnya yang dapat membuatkan kaum Adam naik nafsu.
Ayra terbungkam. "A...apa kau buat ni?" tanya Ayra kaku, hanya matanya sahaja terkebil-kecil tak percaya.
Melihat belakang dan tepi leher gadis itu sudah tertutup dengan rambut, Aryan langsung mendongak dan menatap Ayra.
"Jangan sampai orang lain nampak leher kau tu. Bahaya...". Tepat di perkataan "bahaya", suara Aryan direndahkan. Nada sensual itu menyapu pendengaran Ayra Amelia. Oh damn!
Kedengaran bunyi tapak kaki yang melintas di tepi mereka berdua.
"Korang dua ni, boleh tak jangan bersweet-sweet. Jaga sikit hati orang single ni". Kelihatan susuk Hariz yang sudah bercekak pinggang di hadapan bas. Sakit matanya melihat keserasian kedua hamba Allah itu.
Irwan Lutfi menghampiri Hariz.
"Jangan menyibuk" telinga lelaki itu ditarik oleh Irwan.
"Adoiii, sakit bodoh!" jerit Hariz.
"Lebih baik kalau kau tolong aku angkat barang". Cubitan pada telinga capang itu dilepaskan.
Hariz sedikit mengelus telinganya yang kelihatan merah. Keluar dengusan kasar dari mulut lelaki itu. "Ishhh, asyik-asyik aku je. Bawalah sendiri!" marah Hariz.
"Aku doakan kau single selalu" ucap Irwan. Tangannya ditadah ingin berdoa.
"Damn you."
Dengan hati yang tidak ikhlas, kedua tangannya mula mengangkat kasar tas milik Irwan. Tak dapat ditahan lagi, pecah tawa si Irwan Lutfi melihat si Hariz yang akhirnya mengalah kerana takut doa nya termakbul.
🕊
Wajah Ayra kelihatan panik.
"Aaarghh kenapa waktu-waktu macam ni nak habis bateri". IPhone yang berada ditangan dipukul-pukul kecil.
Tidak lama kemudian, Aryan datang menghampiri gadis itu dari belakang dengan membawa tas hitam di bahu. Kakinya kini terpasak tepat dihadap Ayra. Dapat dilihat daripada air muka gadis itu seperti dia sedang dalam masalah.
Laju sahaja Aryan bertanya. "Kenapa?". Wajah Ayra didongakkan sekilas kemudian menatap telefonnya yang tidak bernyawa itu.
"Nii...telefon aku lowbat. Aku nak call papa aku, nak minta ambil." Ayra mencebik.
"Nak ikut aku?" pelawa Aryan.
Wajah lelaki itu ditatap penuh kerutan di dahi. Kepala Ayra ditoleh kiri kanan, melingas mencari sesuatu. "Kau cari apa?" tanya Aryan bingung tatkala melihat Ayra yang melingas laju.
"Kereta kau lah" jawab Ayra polos.
"Kita bukan naik kereta" kata Aryan. Makin berkerut seribu bahasa dahi Ayra dibuatnya.
"Habistu?"
"Kita naik jet" balas Aryan.
Gila!!
Ayra langsung menolak Aryan dengan kuat. Lelaki itu mengaduh kesakitan, lengannya yang ditolak dielus perlahan.
"Orang tanya betul-betul, dia main-main. Kan dah kena"
Aryan tertawa melihat Ayra kesal.
"Kenapa? kau tak nak merasa naik jet ke?" tanya Aryan sambil tersenyum senget.
"Nak lah tapi—"
"Okay kejap. Aku call orang aku suruh hantar jet sekarang". Tangan kanannya menyeluk kocek seluar untuk mengambil IPhone yang berada dalam itu.
Aryan dah gila ke? Takkan lah dia nak naik jet balik sekolah
"Hello..." ucap Aryan setelah panggilan disambut. Pembesar suara dikuatkan.
"Ya, Tuan Aryan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu". Kedengaran suara garau seorang lelaki dari seberang panggilan.
Dia betul-betul ke nak naik Jet? detik batin di hati Ayra.
"Hantarkan je----". Belum sempat Aryan memberikan arahan, telefonnya terlebih dahulu dirampas oleh Ayra.
"Apa kau buat ni??" tanya Aryan.
"Kau gila eh? Seriuslah kau nak suruh orang kau hantar jet pergi sini??". Ayra sudah menggeleng-geleng.
"Iya. Kenapa? Bukan kau cakap kau nak naik ke tadi?"
Ya Allah, kau ampunilah hambamu yang seorang ini. Hanya itu yang terungkap dihati Ayra. Dia menghela nafas berat.
"Memanglah aku nak naik tapi bukan sekarang masanya Tuan Muda Aryan Mikael..."
To be continue🕊
Maaf jika ada perkataan kesat. Dilarang ikut ya. Ini cuma rekaan semata-mata.Btw thank you yang masih setia menunggu. Jangan lupa vote dan komen okayy❤️😆
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
Lãng mạnAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...