| MY BAD SOULMATE |
Pada petang itu, seperti yang diingini Bella, Ayra memberanikan diri menemuinya. Mata Ayra mula disapa dengan pemandangan susuk Bella yang sedang berdiri di tebing sungai. Tangan perempuan itu disilangkan penuh angkuh.Ayra menarik nafas sebelum berjalan menghampirinya. "It's okay Ayra..."
Setelah beberapa langkah kakinya kehadapan, Ayra akhirnya tiba.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" soal Ayra sesudah berdiri disamping perempuan itu. Bella menoleh dan mengubah posisi menghadap Ayra.
Dipandangnya Ayra dari bawah hingga atas kemudian menatap semula wajah polos Ayra Amelia. Terpapar senyuman sinis diwajah jahatnya apabila melihat Ayra yang sepertinya tidak sepadan dengan Aryan.
"Jadi kau lah Ayra" ucap perempuan itu dengan dengusan kecil. Alisnya ternaik keatas. Dia berjalan dua langkah sebelum dirinya benar-benar dekat dengan Ayra Amelia. Bella berjalan mengelilingi gadis itu sambil bermain-main dengan rambutnya.
"Ya saya. Ada apa ya?" tanya Ayra, lembut tetapi tegas. Dia tidak mahu berbasa-basi hanya dengan bertemu dengan perempuan yang hanya membuang waktunya sahaja.
Bella berhenti tepat dihadapan Ayra. "Jadi kau lah yang merampas Aryan daripada aku"
What the---
Ayra tertegun seketika. "Apa yang kau cakap ni Bella?" soal Ayra. Wajahnya berkerut hairan. Ayra bingung dengan apa yang baru sahaja didengarnya.
"Eh perempuan, kau jangan nak pura-pura bodohlah. Kau ingat aku tak tahu, kau tu selalu berkepit dengan Aryan aku!"
Ayra menatap Bella dengan pandangan tak percaya. "Aryan aku? Wah" Ayra menyungging senyum sinis untuk kali pertamanya di hadapan perempuan tak bermaruah itu.
"Bella, kau sepatutnya kena sedar dari awal yang Aryan memang tak suka dikacau. Lagi-lagi dengan perempuan yang acah hot depan dia". Tidak segan-segan Ayra melontarkan kata-kata pedas itu dari mulutnya.
"Dasar perempuan perampas! Aku akan pastikan Aryan benci kau Ayra!" Tangan Bella naik mencengkam kuat rambut Ayra. Sifat iblis kini menyatu dengan diri perempuan itu.
"AAARGHH S-SAKIT BELLA!!" ringis Ayra penuh kesakitan. Namun begitu, sedikit belas kasihan pun tidak diberikan oleh Bella. Dia semakin menguatkan genggemannya lalu menarik kasar rambut gadis itu hingga rebah ke bawah tanah.
"p-please s-stop" suaranya bergeletar hebat. Ayra sudah tidak tahan dengan ini . Tenaganya sudah mula habis diserap.
Bella tertawa puas melihat Ayra yang sudah mula terduduk lemah. Dia menatap bawah lalu kembali mencengkam rahang Ayra kuat ke atas sehingga membuatkan Ayra berdiri semula.
"A-APA KAU NAK SEBENARNYA, BELLA?!". Air mata berharga mula jatuh di pipi halusnya. Tersiksa rasanya seperti ini. Cukuplah!
"aku nak Aryan" balas Bella seraya tersenyum jahat.
Mata Bella tiba-tiba beralih menatap kearah seorang susuk yang dia kenal. Makin bahagia rasanya bila mengetahui orang itu ialah Aryan Mikael yang sedang bermain dengan telefonnya.
"This is the time Bella..." misi kejamnya mula beraksi. Idea dan strategi yang sudah dirancangnya mula dilaksana.
Dengan kasar, Bella menarik paksa lengan Ayra dan membuatkan tubuh Ayra sedikit ke depan.
"Apa kau nak buat ni Bella?!" Ayra memberontak tak mahu memberikan lengannya. Tetapi dengan pantas, perempuan itu menolak dirinya sendiri hingga tersembur ke dalam sungai.
Bella sudah benar-benar hilang kewarasan diri, dia sanggup melakukan hal gila hanya untuk mendapatkan perhatian dari seorang Aryan Mikael.
"TOLONG!! Uhukk" jerit Bella meminta pertolongan.
Ayra terkesima sebaik sahaja cengkaman pada rahangnya dilepaskan. Dia terkejut dan tidak percaya dengan apa yang perempuan jahil itu buat. Rancangan gilanya benar-benar membuat dirinya tersentak hebat.
"BELLA!!" teriak Ayra cemas setelah mendapati bella yang sedang tergapai-gapai meminta tolong.
Aryan Mikael yang kebetulan berada disana terkejut mendengar suara jeritan keras yang tidak jauh dari tempatnya berada. Matanya meliar mencari punca suara itu datang. Tak lama setelah itu, dia ternampak susuk Ayra yang sedang berdiri di tebing sungai. Namun bukan itu yang menarik perhatiannya melainkan susuk Bella yang hampir mati lemas didalam sungai deras itu.
"BELLAA!!". Aryan langsung berlari dan menyelamatkan Bella yang sudah terlopong mulut menahan takungan air masin.
🕊
"Bella, kau tak apa-apa?". Tubuh Bella diangkat lalu ditaruh di atas tanah yang ada disudut tebing.
Ayra berlari mendekati Aryan dan susuk Bella yang tidak sedarkan diri. "Aryan, Bella tak apa-apa ke?" tanya Ayra risau. Suaranya termengah-mengah akibat kekurangan nafas.
Aryan Mikael, lelaki itu mencongak ke atas dan menatap tajam wajah Ayra Amelia. "Kau! Apa yang kau buat sampai dia ni jatuh dalam tu?!". Kata-kata Aryan berjaya menusuk tepat kedalam hati Ayra.
Kenapa Ayra yang dituduh. Walhal dia tidak melakukan apa-apapun. Dia yang dicaci, dimaki dan dikasari oleh Bella sendiri.
"A-aku tak buat apa-apa pun Aryan" lirih Ayra dengan mata yang mula berkaca-kaca. Dia cuba meyakinkan lelaki itu bahawa dia tidak bersalah dalam hal ini. Malangnya, usahanya hanya sia-sia. Dia tahu Aryan tidak akan percaya dengannya setelah tragedi pergaduhan yang tercetus diantara mereka.
"Jangan tipu aku Ayra"
"Kalau betul pun tak suka dengan Bella, tak perlu pun sampai nak tolak dia dalam sungai "
"Kau nak jadi pembunuh ke?"
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan gadis itu sekarang.
Mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut Aryan berjaya membuatkan hati Ayra tergores. Aryan langsung tak memberikan dirinya peluang untuk menjelaskan perkara sebenar.
Air mata yang bertakung dipelupuk mata gadis itu kini jatuh berderai begitu sahaja. Sungguh menyakitkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Aryan. Hina sekali kah Ayra?
Aryan kemudiannya pergi dari situ sambil menggendong tubuh basah Bella. Dia sama sekali tidak melirik sedikitpun kearah Ayra yang sedang menahan sebak di dada. Lelaki itu benar-benar kesal dengan sikap Ayra yang bertindak berlebihan.
Kini, Ayra terduduk lemah di atas tanah. Suara isakan yang ditahannya mula pecah saat bayang-bayang lelaki dingin itu sudah tak kelihatan.
"Kenapa kau tak percaya aku, Aryan? hikkss"
To be continue🕊
Staytunee yaa! Saya sayang semuaa❤️🥰
nanti kalau saya dah update, saya bagitau dekat mb okayy🌹
YOU ARE READING
[C] 𝐌𝐘 𝐁𝐀𝐃 𝐒𝐎𝐔𝐋𝐌𝐀𝐓𝐄: 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋
RomanceAyra Amelia, seorang gadis berumur 17 tahun yang mempunyai rupa paras yang cantik, bakal berpindah dan menyambung persekolahan ke sekolah swasta baharu sebelum tamat belajar. "Arghh" "Mata mana mata ! Kau yang salah nak minta orang minta maaf" - Ary...