BAB 9

437 119 0
                                    

Trot..trot..

"Kali ni masalah apa pulak?"

"Budak lelaki itu hari tak nak bayar hutang pejabat," jawab pemilik panggilan.

"Siapa nama dia?"

"Izhan, orang biasanya panggil dia han."

Lepas mendengar sebaris nama itu afiq tersenyum sinis. Dia dah puas pusing kawasan lagi-lagi kawasan dia jadi tak peliklah kalau dia kenal orang dekat situ.

"Tahan dia. Pagi esok aku nak bagi hadiah," kata afiq sedikit tawa dihujung ayat. Tahu lah dia apa dia nak buat dengan orang yang tak reti jelaskan hutang.

"Alright. Goodnight boss."

Panggilan diletakkan.

Sebaik sahaja selesai panggilan pintu bilik dibuka. Afiq senyum lebar memandang isterinya yang sedang menyikat rambut dihadapan cermin.

'Cantiknya isteri aku' desis hatinya.

Aryana sibuk menyikat rambutnya sekali-sekala dia pandang juga dari cermin melihat afiq. Keningnya berkerut apa yang dia buat sampai orang belakang tersenyum macam kerang busuk tu?

"Jangan ingat saya tak nampak awak senyum-senyum belakang saya," kata aryana menyedarkan afiq dari lamunan. Cantik sangat isteri!

Afiq ketawa. Bantal golek milik isterinya dibaling ke arah aryana. Habis perfume, barang make up Semua lah! jatuh menyembah bumi.

Aryana hanya melihat barang-barangnya bercium dengan lantai.

"Apa motif awak baling bantal? saya dah lah ish malasnya nak kemas!," bebel Aryana sambil mengutip barang-barangnya. Malas-malas pun kutip juga maklumlah barang kita bukan barang orang huhu.

Afiq masih dengan sisa tawanya.

"Time time macam ni la aku boleh buli kau tahu. Nanti bila kita dah sayang-menyayangi takkan dapat dah macam ni," kata afiq senyum sendiri. Kejap gelak kejap senyum apa dah jadi ni?

"Heh! memang tak lah nak sayang-menyayangi dengan awak."

Aryana menapak ke arah almari barang dan letak barangnya disitu. Dia berpusing menghadap afiq dengan riak wajah yang geram.

"Awak.." katanya mengangkat jari telunjuk. Matanya sedikit mengecil.

"Kalau lagi sekali awak berani baling macam tadi, bukan awak je saya humban luar rumah tapi sekali dengan barang awak saya buang!!," ucap aryana berbaur amaran kepadanya.

"Ee takutnya," kata afiq menganjing.

"Suka hati."

Aryana menapak ke arah katilnya dan baring dengan selesa. Afiq yang berada di sebelahnya sedikit berganjak dari tempatnya. Aryana merengus perlahan.

"Jangan rapat! tak suka tak suka tolong lah," aryana merengek

"Tak suka kena suka okay," kata afiq sambil menarik selimut. Aryana pasrah.

Tidur.

.

"Yow, makan power cat cikidut cikidut," makanan power cat diberi pada milah.

Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang