BAB 13

422 115 9
                                    


Trot..Trot..

'Siapa pulak telefon pagi-pagi ni' getus hatinya.

Tangan kanan meraba-raba mencari telefon berhampiran lampu tidur.

You missed 10 voice calls from ayden

Terus aku bingkas bangun dek terkejut kerana 10 panggilan terlepas dari ayden pulak tu!

Nama Ayden ditekan.

Aduh! voice mail pulak kau ni.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiba-tiba dia rasa tak sedap hati.

Ayden
- Aryana! asfa hilang! tolong angkat call aku
- Aryana!
- Sekarang Afiq dan aku ada dekat hujung kampung cari asfa. Kau tolong jaga diri baik-baik.

Asfa hilang? kena culik ke?

Aku bangun capai tudung sarungku sebelum keluar dari bilik.

"Kamu ni lambat! orang lain risau dengan asfa kamu boleh sedap-sedap tidur. Tu aku benci kau tahu tak!" marah mak lang bila nampak wajah ku.

"Dia tak tahu tak payah lah marah dia macam tu sekali," tegur mak su lembut.

Mak lang jeling.

"Kamu nak pergi cari asfa jugak ke?" tanya mak su. Wajahnya risau.

Aku angguk. Memang betul tujuan aku nak pergi cari asfa memandangkan aku agak risau dengan mesej ayden. Lagi risau laki kita ada sekali!

"Ish! bahaya tu kenapa nak merisikokan diri? baik aryana duduk dengan mak su," cadang mak su.

"Ala takpe mak su. Saya nak pergi tengok aje," balas aryana menyedapkan hati maksu.

Pergi tengok aje bukan buat apa-apapun. Kalau jadi apa-apa aku lari!

"Bagi je lah budak tu pergi. Kalau kena culik lagi aku suka! baru padan muka kau!" mak lang gelak.

Dahi aku dijentik kuat sebelum mak lang sambung ketawa. Makcik ni karang aku buka langkah baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah!

"Asri pun nak ikut. Biar asri temankan aryana," cadang asri yang baru datang bersama lampu suluh.

Aku angguk. Baguslah kalau budak ni nak ikut sama takda lah aku rasa takut. Lagipun ni bukan kampung aku.

"Jom!" ajakku.

"Asri! kau tak payah nak mengada lah!" tempik mak lang.

"Maaflah. Mak saya memang macam tu."

.

Kawasan terlalu gelap hanya kawasan yang disuluh saja nampak. Lampu suluh dihala kan ke arah sebuah pondok usang. Terus aku tolak lampu asri bila nampak seorang lelaki menoleh ke sini.

"Ada orang. Jangan suluh ke sana bahaya!" larang aryana.

Rasa tak sedap hati pulak. Pelbagai cara aku fikirkan untuk masuk kesana tapi satu cara pun tak boleh pakai.

Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang