Kaki menapak masuk ke dalam bilik isterinya selepas semalaman tidur di ruang tamu asbab perasaan aneh. Tak semena-mena dia sakit belakang tidur atas sofa.
"Best betul budak tu tidur atas katil tahu la pakai katil sendiri," ujar afiq sambil melirik ke arah aryana yang tidur nyenyak.
"Tunggu la nanti balik rumah mama memang siap kau aku kerjakan," sambung nya lagi dalam nada nakal.
.
"Awak! nak tak kita buka hadiah kahwin ni?" panggil aryana apabila melihat afiq datang ke arahnya. Hadiah kahwin disusun bertingkat-tingkat, semua tu daripada kawan pejabat afiq. Hanya beberapa saja daripada kawan aryana.
"Hm jom la."
Aryana menggapai bungkusan berwarna merah lalu diberikan kepada afiq. Dia pula buka warna biru punya. Baru adil kan?
Aryana buka hadiah berhati-hati takut-takut hadiah kaca kan? kebiasaannya orang ramai suka bagi gelas hehe.
"Wow! set perfume Dior. Mesti mahal kan benda ni? dalam satu set boleh dapat macam-macam lagi" omelnya sendiri. Afiq berpaling ke arah set perfume Dior yang baru dikatakan oleh isterinya tadi.
"Alahai benda ni murah je biasanya hadiah macam ni orang bagi dekat awek" selamba afiq berkata.
"Oh mesti awak bagi dekat awek awak kan? ish sweetnya awak ni" puji aryana.
Afiq tersenyum bangga memandang isterinya.
"Well it's me. Tapi aku tak bagi hadiah murah macam tu, aku bagi kereta terus"
"Lu banyak sembang ma hadiah tu memang tak boleh buka ke?"
"Macam kura-kura" kata aryana perlahan.
"Tengok ni dah banyak dah saya buka tau," jari telunjuknya menunjuk ke arah plastik yang berselerak.
"Dah buka ni sayang sabarlah sikit," ujar afiq lembut.
"Apa sayang-sayang? ingat sikit takda orang sayang awak tu."
.
"Done! akhirnya dah boleh tidur sekarang alhamdulillah," kata afiq sebelum membaringkan tubuhnya di atas sofa.
"Eh! ada satu lagi tu awak ni buat kerja tak clean lah," aryana mengambil bungkusan tu.
"Nah tolong buka ni."
"Nak tidur ni jangan kacau aku," afiq menutup wajahnya dengan kusyen sofa.
"Mana aci! saya dah buka banyak tau awak tu buka berapa je," bebel aryana.
"Awak ni memang pemalas eh?"
"Patutlah malas kerjanya asyik buat taik mata je!" sambungnya lagi geram.
Tak tahan dengan bebelan isterinya dia bingkas bangun dan merampas bungkusan hadiah.
"Benda remeh temeh macam ni pun tak boleh buat ke?"
Aryana menjeling sekilas sambil menunggu hadiah dibuka.
"Wow! malam nanti kau pakai eh? alang-alang aku buka ni apa salahnya kan?"
Baju berwarna merah jambu dibaling ke arah aryana. Tak lepas-lepas senyuman nakalnya memerhatikan isterinya. Apa yang bakal terjadi ni?
"Ey apa ni!!" jerit aryana seraya mencampakkan baju tidur yang agak jarang. Membahang wajahnya malu!
Afiq ketawa kecil melihat gelagat isterinya.
"Siapa yang bagi makhluk pink ni?" tanya aryana marah.
KAMU SEDANG MEMBACA
Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSION
RomanceStatus :- In editting [ SLOW UPDATE ] 🌹 - I am patient how I love you Start :- 15 September End : Cover yang lawa from :- @Missfeiyi ❤️