Saat ini aku termenung dan berfikir panjang sebelum memulakan bicara. Dihadapan aku sekarang wujudnya pasangan yang bahagia dengan seorang lelaki agak dingin.
Afiq kelihatan sangat bahagia bersama asfa berbanding aku. Seluruh seri wajahnya bersinar-sinar dengan senyuman bahagia. Aku pula terasa seperti dihempap batu besar.
Asfa dia seorang gadis yang cantik dan menarik. Dia mempunyai personaliti yang berbeza dari aku. Dia manis, dia sesuai dengan Afiq. Dia juga seorang yang lemah lembut bagai kapas.
Sekali dia bercakap mampu mencairkan hati lelaki termasuk afiq.
Aku sedar siapalah aku disini. Aku hanya sepohon pokok yang layu dan tak mampu lagi segar seperti dulu.
Asfa pula sekuntum bunga yang selalu segar dan cantik yang menarik perhatian kumbang.
"Aryana!"
Akibat sergahan kuat itu menyedarkan aku daripada bayangan yang aku cipta sendiri. Aku memandang afiq sebelum beralih kepada asfa.
"Kenapa dibiarkan makanan sejuk macam tu?"
Aku pandang nasi goreng kampung. Tiba-tiba tak berselera pula lepas tengok drama bahagia tadi.
Aku mengangkat wajahku dan menggeleng perlahan.
"Saya tak rasa nak makan lah. Awak habiskan boleh."
Aku nampak wajah afiq berubah.
"Makan lah sikit aryana nanti perut awak masuk angin tau," tegur asfa pula.
Aku memandangnya dan senyum tawar.
"Awak je lah makan ya. Saya masuk kereta dulu," kata aryana pamit
Aku bangun dari kerusi dan melangkah keluar tapi terasa pergelangan tangan ku ditarik dari belakang. Langkah ku terhenti lalu menoleh ke belakang.
"Abang pun tak rasa nak makan. Kita gerak sama-sama," kata afiq lembut. Matanya masih tumpu padaku.
"Asfa?"
Entah bagaimana aku boleh terkeluar soalan itu. Tapi itulah yang bermain dalam fikiran ku.
"Why? ayden ada kan. Abang bukan suami dia pun," kata afiq sambil menggeleng kepala.
Aku diam dan terus menuju ke parkir kereta.
.
"Diorang gaduh ke awak?" tanya asfa sambil mengunyah makanan.
Ayden diam. Kusyuk bermain permainan video.
"Awak ni diam je. Saya pun tak rasa nak makan lah," marah asfa.
Terus pandangan ayden beralih pada asfa dengan kening yang bertaut.
"Kau jangan nak mengada-ngada eh. Membazir amalan syaitan. Ingat tu," bebel ayden.
Asfa gelak.
"Kenapa kau gelak? malas aku layan perangai kau ni."
KAMU SEDANG MEMBACA
Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSION
RomanceStatus :- In editting [ SLOW UPDATE ] 🌹 - I am patient how I love you Start :- 15 September End : Cover yang lawa from :- @Missfeiyi ❤️