"Comelnya padi abang," ujarku sengaja melembutkan nada suara.
Haih tak cair ke?
"Abang! antara 1 sampai 100 nombor apa abang pilih?"
"Hm, empat" jawabnya.
"Kalau saya, saya pilih tiga ribu"
"Aik. Awak cakap pilih sampai 100."
"Dengarlah dulu!" suka-suka je nak atur permainan.
'Woman' desis hati afiq. Geram aje nak tarik pipi isterinya.
"Sebab apa pilih tiga ribu?" soal afiq. Nada suaranya kedengaran malas. Nampak sangat terpaksa.
"Because i love you three thousand!" alamak jadi tak ni? tiba-tiba rasa wajahku penuh dengan merah.
"Kalau macam tu saya pilih satu," kata Afiq.
"Sebab?"
"You are only one my love," katanya penuh romantis. Sekarang kenapa aku cair!
Blushing.
Ini dah lari dah tujuan asal. Saja bagi ayat manis nak pujuk afiq eh aku pulak terkena kencing manis. Haha!
"Nah sampai kedai mak ja."
"Nak beli apa?"
Duit kertas RM 50 dihulurkan.
Dia ni nak rasuah aku ke suruh balik sendiri. Ish kenapa entah aku asyik fikir buruk aje.
"Tak nak. Hee," aku senyum nampak penuh gigi. Afiq tetap keraskan tangannya dengan duit RM 50.
"Selama kita kahwin abang tak pernah lagi ajak awak beli Fast-food kat sini." aww sangat terharu tapi..
"Fast-food? Macdonald?" terus bergendang perutku memikirkan burger McDeluxe yang bulat lagi penuh dengan cheese yummy!
Tapi...
Ni kedai mak ja bukan McDonald's
"Nampak McDonald's ke kat sini? kedai mak Ja je abang nampak sekarang ni."
"Abang kata fast-food. Ni kan kedai mak ja."
"Fast-food celah ketiak abang ke?" ha merapu.
"Apa awak merepek ni sayang?" afiq menarik tanganku sebelum meluru masuk ke dalam kedai mak ja yang berhampiran dengan sawah padi.
Bersinar mataku memandang pelbagai makanan yang siap terhidang atas dulang. Ada burger, pizza, paling rare sekali ada ayam McDonald's??
Fuh bukan kaleng-kaleng kedai mak ja ni sampaikan ayam mcd pun ada kat sini.
"Abang..biar betul?"
Afiq menayangkan wajah bangga. Kedua-dua tangan tersilang.
"McDonald's?"
"Jom!" teruja ku.
.
"Sedapnya!" melambung-lambung pujiku. Tak kisah dah orang sana sini tengok aku macam orang tak makan setahun yang penting aku bahagia!
~jangan lupa bahagia, jangan lupa
bahagia sama akuuuuUhuk!
Pantas tangan afiq menghulurkan segelas air kosong sebelum aku mencapainya. Orang tua-tua cakap kalau makan tu jangan bercakap ha itulah pi langgar cakap orang tua kan dah mendapat.
By the way, aku tak tahu orang tua mana yang cakap tu toksah tanya aku pulak ya.
"Malu abang orang tengok awak tercekik," kata afiq sambil menutup wajahnya dengan beg aryana.
KAMU SEDANG MEMBACA
Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSION
RomanceStatus :- In editting [ SLOW UPDATE ] 🌹 - I am patient how I love you Start :- 15 September End : Cover yang lawa from :- @Missfeiyi ❤️