BAB 7

476 125 3
                                    

Dari kejauhan nampak seorang pelayan restoran menghampiri kesini bersama sedulang air minuman, senah.

Seorang lagi pelayan lelaki juga menghampiri kesini membawa sedulang makanan yang mereka pesan.

Dua gelas jus dihidangkan dihadapan afiq dan puan Hamidah. Beberapa saat kemudian air Aryana pula dihidangkan dihadapannya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada aryana.

Tanpa memikirkan kesan yang bakal ditimpa pantas gadis pelayan itu mencurah air jus ke atas aryana. Akhirnya rasa puas hati yang terbuku dalam hati sudah dilepaskan.

Dia menepuk tangan puas melihat aryana menunduk malu.

"Aku dah lama bencikan kau. Sekarang kau patut malu dengan seluruh dunia." kata senah melepaskan amarahnya.

Aryana diam menunduk. Diam untuk nampak lebih matang dalam situasi tegang. Kalau diikutkan perasaannya mahu saja lempang dan campak gadis itu ke dalam sampah.

Perasaan amarahnya semakin membuak-buak selepas melihat reaksi aryana seperti tiada perasaan disimbah air.

"Eh aku bercakap dengan kau ni perempuan!" tengking senah menghentak meja kuat. Sekali lagi ramai pasang mata melihat ke arahnya.

Puan Hamidah memandang anaknya sambil mengangguk. Dia tahu diam anaknya bukanlah sekadar diam. Pasti ada sesuatu yang bermain di benak fikirannya.

"Dah la tu senah ramai orang tengok kau ni tak malu ke?" tegur rakan sekerjanya yang dari tadi berada di sisinya.

"Shut up! aku tahu apa yang aku buat. Kau diam dan berambus iman." halau senah mencerlung tajam ke arahnya.

Lelaki yang bernama iman hanya berdiam. Mana mungkin dia sanggup menengking gadis kesayangannya. Tapi sayang, gadis itu buta! tak nampak usahanya.

Pandangan aryana jatuh pada afiq yang sedang leka bermain telefon. Dia kembali menunduk. Lelaki yang bakal menjadi suaminya boleh bersenang lenang dikala dia ditimpa hujan.

Patut ke?

"You waste my time girl. Drama yang kau buat dah biasa aku tengok." kata afiq bingkas bangun.

Duit bernilai RM200 diletak atas meja.

"Bored. Cuba buat drama lain pulak lepas ni okay." mereka bertiga bangun dan terus menuju ke arah kereta.

Senah menggengam kuat dan menumbuk meja sehingga meninggalkan kesan pada meja itu.

Terbuntang mata iman. Diraih lembut tangan gadis itu menuju ke arah dapur.

"Kau tak patut buat macam tu! ni tangan kau macam mana? berdarah lagi." risau iman. Hati lelakinya terusik dengan tindakan senah. Kini perasaan marah bertukar sedih dalam hatinya. Ya, gadis itu selalu bertindak melulu.

Plaster ditampal keliling bahagian luka pada tangannya. Perlakuan lelaki itu cukup mengambarkan betapa risau nya dia sekarang.

"Aku sayang kau." kata iman tersekat-sekat beremosi. Air mata lelakinya menitik perlahan.

Senah terpanar melihat air mata lelaki itu. Mendengar sebaris ayat tadi sudah cukup buat dirinya tidak keruan.

Iman mengatur nafasnya. Tangan kecil gadis itu dilepaskan.

"Jadi tolong jaga diri kau sebaik mungkin." tutur iman dalam nada sebak bercampur tegas.

Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSIONTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang