Selepas selesai menggosok baju afiq siap-siap aku letak di atas katil. Geli hati melihat pakaian lengkapnya dah macam nak kahwin pulak dia ni.Keningku berkerut. Mata meluas, No! takkan terjadi kalau terjadi pun mesti hidup afiq takkan tenang.
Baju melayu berwarna lilac siap dengan samping warna ungu gelap. Tak lupa juga satu set butang baju Melayu aku sediakan.
"Lamanya mandi," bisikku sendiri sambil menunggu afiq yang sedang mandi. Sekejap mataku memandang jam dinding.
Jam dinding dipandang sekilas. "Mandi macam perempuan dia ni" omelku sendiri. Mana taknya dari tadi lagi aku sudah menunggu bayangnya pun belum muncul lagi. Aku bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas.
Nak terkeluar biji mata aku bila nampak afiq sambung tidurnya di atas sofa. Mentang-mentanglah ada sofa dekat situ. Dan dia tak mandi lagi??! Menggelegak darah aku.
"Abang!!" jeritku kuat seraya menepuk bahunya.
"Hm," jawabnya malas. Badan bergerak-gerak. Mataku meluas mendengar respon pendeknya.
"Saya suruh awak mandi kan?" soal aku bernada biasa. Afiq angguk kepalanya sebelum kembali mengiring ke kanan.
"Diam lah nak tidur," marahnya sambil tangan menghalau aku. Aku tersenyum sinis. Siap kau!
Dek kerana terlalu geram dengannya laju tanganku menarik telinga kanan afiq serta merta dia bingkas bangun dari tidur.
Terpinga-pinga afiq. Muka berkerut menahan sakit.
"Nak pergi mandi pun susah ke?! tolong simpan perangai awak macam budak lima tahun tu!" marahku.
"Mesti best kalau ada orang mandikan kita.." dia jeda sebentar. "Sayang mandikan abang boleh?" pintanya dengan tak tahu malu.
"Gatalnya! mandi sendiri lah!"
"Pleaseee.. sekali ni aje" mulutnya muncung, mata bersinar dengan penuh harapan aku dapat bersetuju dengan permintaannya.
Tapi...
"Mulut lelaki memang manis, sekali yang awak maksudkan tu bermaksud banyak kali," aku tekankan perkataan banyak kali.
Aku menapak ke arah bilik. Sengaja aku hempas pintu kuat-kuat biar dia tahu aku betul-betul marah.
"Uish garangnya," gerutu hati afiq.
"Bini marah ke tu?" soal ayden sambil gelak.
Afiq bingkas bangun. Afiq senyum lebar.
"Bini marah biasa je."
"Eleh. Asal muka kau macam takut?"
"Takut buat apa? laki beli beras," kata afiq sambil menunjuk ke arah lengannya yang berketul.
"Aku bagitahu aryana baru tahu!" usik ayden. Afiq menjelirkan lidahnya serentak membuat wajah tak kisah.
"Sebab ni lah aku tak bagi aryana guna nama Ayden untuk anak aku nanti. Perangai macam isy!" kata afiq sebelum menuju ke bilik air.
Ayden ketawa kecil. Geli hati mengusik boss nanti dah habis kerja baru tahu lah sisi sebenar boss.
.
Aryana mengenakan pakaian kaftan berwarna lilac dengan gaya tudung bawal biasa. Simple but Beautiful gitew.
Afiq pula lengkap berpakaian baju melayu. Tinggal samping aje belum pakai. Aryana sibuk menilik dirinya di dalam cermin dari atas sampailah ke bawah. Tersenyum-senyum jadinya melihat penampilannya yang serba ungu itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Siapakah dia ? [ In editting } ✔️ NEW VERSION
RomanceStatus :- In editting [ SLOW UPDATE ] 🌹 - I am patient how I love you Start :- 15 September End : Cover yang lawa from :- @Missfeiyi ❤️