Everything will come to you
at the perfect time.~♡
•
•
•
___________________
Kelopak mata dikerdip kerdipkan beberapa kali. Mulut dibuka seluas luasnya yg boleh untuk menguap. Jam berbentuk sfera yg tergantung elok di dinding bilik seketul sierra dikerling sekilas. Rambutnya yg sememangnya dah serupa dengan kak ponti dikusutkan.
" 7.30? Fuh awal aku bangun " tersenyum bangga dia. Kembang kempis kembang kempis hidungnya menahan bangga seorang diri walaupun dia tersalah timing untuk di banggakan nya itu.
Jam pada telefon nya pula dilihat dan menunjukkan pukul 7.32. Dan ketika itu baru lah dia sedar bahawa dia sudah terlajak tidur..
" yahh!!! AKU DAH LAMBATTTTTT!! " pekiknya seorang diri seraya berlari masuk kedalam toilet. Ni mesti kes semalam tidur lambat sebab syok main ML dengan member dia tu huhu.
Sierra keluar semula dari toilet kerana dia terlupa untuk mengambil tuala. Tuala nya yg kemas tersidai di sebalik pintu almari dicapainya lalu bergegas masuk kedalam toilet semula.
_________
" 1 saat "
" 1 minit "
" 1 jam "
" 1 hari "
" 1 minggu "
" 1 bulan "
" setahun. Kau tutup pagar tu- " arah hoshi kepada jeonghan selaku pengawas tetapi berperangaikan kalah setan.
Jeonghan akur dengan arahan membernya itu. Tapi terbantut dia untuk menutup pintu pagar itu apabila terlihat eilya berlari ke arah mereka berdua.
" kejapppp weii!! " jerit eilya. Terbongkok bongkok dia mencari nafas seraya mengipas ngipas muka nya yg terasa panas. Fuh- nasib sempat sebelum si pengganas eh maksud aku pengawas dua ekor tu tutup pintu pagar.
Kemudian datang pula hyerin sambil membaling buku teks sejarah kepada eilya yg tercicir di hadapan rumahnya tadi. Lintang pukang tadi eilya lari sebab nk cepat sampai tak perasan tercicir satu buku. Nasib hyerin jumpa hshs.
" weh! " kelibat sierra pula sampai dihadapan pintu pagar itu. Jadi sekarang geng peloles swag sama sama datang lambat tanpa dijanji. Nampak tak jodoh diorang sebagai bestpwends in the world? Walawehh!
Hoshi mengeluh. Setelah setahun sampai juga mereka bertiga ni. Pen serta buku rekod pelajar diserahkan kepada jeonghan untuk mencatat nama mereka.
" ha beratur beratur " kata si jeonghan sambil menutup semula pintu pagar apabila mereka telah masuk kedalam perkarangan sekolah.
" ha Jung Sierra, kesalahan, datang lambat dan crush berlambak "
" ha ye saya lah tu " balas sierra serta mengenyitkan sebelah matanya ke arah jeonghan. Jeonghan menggeleng geleng kan kepalanya. Jangan terpikat dengan sierra jeonghan, jangan terpikat!
YOU ARE READING
© Special Crush ; Jjk
FanfictionMencintai itu tidak pernah salah, apatah lagi menyayangi. Yang salah itu Sierra, sudah tahu Jungkook menipunya mengapa dia masih mencintainya? S T A R T : 15/8/2021 E N D : 1/12/2021 ─ 1st Story by tatalifeu ─ | all my stories cover made by @dearsh...