There are so many beautiful reasons to be happy
~♡
•
•
•
_________________________
Hari ini eilya melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan senyuman lebar yg tidak lekang dari bibir. Jeonghan yg bertugas menjaga pintu pagar masuk sekolah itu berkerut hairan melihat eilya.
Buat pertama kalinya, tiada kesalahan untuk dia hari ini. Selalunya, bukan selalunya tetapi setiap hari nama eilya sentiasa akan menjadi hiasan di dalam buku rekod kesalahan murid kerana suka mencari masalah. Masalah pertama yg setiap hari dia lakukan adalah, menyumpah serana jeonghan.
Almaklumlah, jeonghan musuh ketat baginya. Heihh.
" pahal duh perempuan tu pagi pagi gini dah senyum. Rasa seram lah " leher jeonghan digosok perlahan seraya persoalan tadi disoal kepada Hoshi.
Hoshi memandang kelibat eilya yg telah berjalan menuju ke arah tangga kelas dengan pandangan biasa. Kini jeonghan pula dipandangnya dengan senyuman nakal.
" dia syok dekat kau agaknya. Tu yg senyum lebar kemain " seloroh hoshi lalu ketawa kecil. Jeonghan berdecit, buku rekod kesalahan murid yg dipegangnya dijadikan senjata untuk menghempuk kepala hoshi.
" kau pahal pukul aku?! " soal hoshi tak puas hati. Kepala yg terasa sakit di usapnya lembut.
" aku pecat kau baru tahu! " ugut hoshi dengan jelingan mautnya. Adakah jeonghan lupa bahawa hoshi merupakan ketua pengawas? Dan dia berhak untuk melucutkan jawatan sesiapa yg dia rasa mcm nk lucut. Ye, ini tidak adil.
" alah janganlah gitu. Tak baik ugut ugut " jeonghan mencebik. Tibe terasa mcm nk tambah satu lagi hempukkan kt kepala hoshi.
" abis kau hempuk kepala aku tu baik sangat lah? " sindir hoshi sebal. Biji matanya digulingkan ke atas tanda menyampah dengan jeonghan. Nasib je member.
" kalau kepala kau, baiklah. Kalau kepala aku, tak baik " balas jeonghan lalu ketawa. Hoshi menjelingnya tajam sebelum beredar dari situ.
" eh! Kau nk pergi mana tu?! " pekik jeonghan namun dipalau oleh hoshi. Sedetik kemudian matanya membulat apabila melihat hoshi memasuki ke ruangan bilik pengawas.
Kedua belah tapak tangannya di tadah, matanya dipejam rapat.
" harap dia tak pecat aku lah. Amin "___________________
" morning gais! " sapa eilya dengan ramah. Pintu kelas dihempasnya kuat dengan tanpa rasa bersalah. Tempat duduknya dituju sebelum kerusi ditarik lalu punggungnya mula dilabuhkan.
" kuat betul kau hempas. Kalau patah pintu tu, kau ganti " kata sierra seraya memusingkan tubuhnya menghadap eilya.
" jangan kata pintu, tingkap pun aku ganti nanti " balas eilya dengan kedua belah keningnya di angkat serentak ke atas. Perangainya yg pelik hari ini menimbulkan rasa aneh kepada sierra tetapi tidak bagi hyerin.
" kau pahal happy semacam harini? Rank ML naik ke? Atau tadi sebelum kau pergi sekolah kepala kau ade terhantuk dekat mane mane? Uishh ghisau " soal sierra bertubi tubi dan hanya mendapat gelengan kepala dari eilya. Bererti rank ML dia tak naik naik dan kepala dia jugak takde kene hantuk dekat mane mane.
YOU ARE READING
© Special Crush ; Jjk
ФанфикMencintai itu tidak pernah salah, apatah lagi menyayangi. Yang salah itu Sierra, sudah tahu Jungkook menipunya mengapa dia masih mencintainya? S T A R T : 15/8/2021 E N D : 1/12/2021 ─ 1st Story by tatalifeu ─ | all my stories cover made by @dearsh...