BONUS CHAPTER

51 34 87
                                    

I'm try to replace you with another person.

But then i realize,

No one is like you

~♡

______________________________

Pejam celik pejam celik, 6 tahun sudah pun berlalu. Terasa seperti baru sahaja semalam mereka semua menamatkan pengajian mereka.

Geng OPD, atau nama pertukaran mereka, iaitu Geng Peloles Swag kini telah pun menggalas kerjaya mereka sendiri pada umur yg masih muda.

Bermula dengan eilya, jika ditilik dari luaran gaya gadis itu kelihatan seperti kasar. Tetapi siapa sangka? Dia telah menjadi seorang bussinesswoman yg berjaya.

Mana mana kaca televisyen pasti akan terpapar wajahnya. Ye, eilya sungguh popular! Mana tak popularnya kalau dah 5 cawangan dalam satu negara. Itu belum masuk negara negara lain lagi.

Hyerin pula kini telah bergelar sebagai seorang doktor pakar bedah di Seoul. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh menjadi doktor sedangkan dia langsung tidak menanam cita citanya sebagai seorang doktor.

Tapi dah rezeki, tak baik tolak. Dah alang alang dia memang mengambil bidang kedoktoran semasa belajar dulu, apa salahnya hyerin gagahkan juga mindanya untuk menggalas kerjayanya sebagai seorang doktor walhal bidang yg diambilnya itu hanyalah paksaan dari ibu bapanya.

Manakala Sierra pula, dia telah pun bergelar sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Seoul. Itu memanglah cita cita yg ditanamnya sejak kecil.

Mengajar itu memang memerlukan kesabaran yg tinggi tetapi bila student buat hal, jangan ditanya mcm mana kasutnya boleh sampai ke pipi. Itu adalah makanan buat orang yg tak faham faham bahasa.

" baiklah semua. Task yg baru tu saya bagi tempoh untuk awak semua siapkan selama seminggu. Lepas je seminggu tu, saya tahu semua dah siap. No excuses yg awak tak siap. Saya bagi masa seminggu bukan satu minit. Jadi gunakanlah masa seminggu tu untuk siapkan task tu. Faham? " ujar Sierra tegas. Perwatakannya memang tegas sejak menjadi seorang pensyarah namun perangainya apabila berjumpa dengan hyerin dan eilya masih sama.

Senang cerita bila dengan hyerin dan eilya, sierra akan mendapat satu penyakit daripada mereka berdua iaitu penyakit hanat.

Sierra menganggukkan kepalanya apabila semua pelajarnya menunduk hormat kepadanya sebelum dia melangkah keluar dari kelas itu.

Pintu bilik pejabat ditolak oleh sierra. Ruangan tempat duduknya dituju lalu buku serta failnya diambil. Jam yg tertera pada telefonnya ditenung sebelum dia melopong.

" aku dah lambat " kata sierra sendiri. Cepat cepat dia keluar dari pejabat itu. Segala sapaan daripada pensyarah pensyarah yg lain diabaikannya. Apa yg dia tahu sekarang ni adalah dia dah lambat. Mampus aku!

___________________

" berapa jam lagi kita nak kene tunggu sierra ni? Lepasni aku ade operation yg nk kene handle, aku tak boleh lama lama lepak dengan korang " kata hyerin seraya menyedut ice vanilla latte kepunyaannya.

© Special Crush ; Jjk Where stories live. Discover now