Loving you is my life
~♡
•
•
•
____________________________
Jungkook menapak perlahan lahan ke arah sierra yg sedang membelakanginya sambil seronok menjilat aiskrim. Malam malam makan aiskrim, harap besok tak selesema la ye.
Terbit senyuman nakal dari bibir jungkook apabila satu idea hanat muncul dari kepala otaknya. Kedua hujung jari telunjuknya diletakkan pada kedua belah pinggang sierra lalu dengan tanpa bersalahnya dia mencucuk.
" arghh! " sierra menjerit kecil apabila secara tiba tiba pinggangnya dicucuk. Aiskrim yg berada di tangannya selamat mendarat ke atas lantai. Tinggallah kon aiskrim tu bersendirian.
Sierra memusingkan badannya menghadap jungkook yg sedang syok mentertawakannya. Pandangan tajam dihadiahkan kepada jungkook. Tak tahu ke tempat tu sensitif?
" ish jungkook! Abis aiskrim saya! " rungut sierra geram. Aiskrim yg telah mendarat di atas lantai itu dipandang sayu. Kesian, ajalnya sampai cepat. Kot ye pon, bagilah dia jilat puas puas dulu.
Mungkin dia terlalu geram sehingga kon aiskrim yg berada dipegangannya tadi dilempar ke arah jungkook.
Bukan membuatkan jungkook memberhentikan ketawanya, malah semakin menjadi jadi. Ingin sahaja sierra membeduknya disitu.
" yg awak ketawa mcm nak mintak penampar saya ni kenapa? Ade saya bukak gelanggang maharaja lawak mega dekat sini? " soal sierra bengang dan bangang.
Wajah jungkook dipandang tajam. Lambat lambat jungkook memberhentikan ketawanya walaupun agak sukar. Jungkook menggigit bibir bawahnya untuk menahan ketawa.
Tapi biasalah jungkook, mana bolehnya dia tahan. Last last terhambur jugak ketawanya disitu.
" okok. Mian. A- aku dah tak ketawa lagi " tutur jungkook apabila dia mulai sedar yg dirinya sedang diperhatikan oleh orang orang sekeliling plus tatapan tajam dari sierra.
Dia berdehem seketika sebelum meraih pergelangan tangan sierra. Mcm sawit jek tu.
" jom kita beli aiskrim baru nak? Aku belanja " pelawa jungkook dengan kedua belah keningnya yg diangkat berkali kali. Sierra menarik semula tangannya yg dipegang jungkook.
" tak nak. Dah tak teringin dah " balas sierra seraya kasutnya memijak mijak kon aiskrim yg dilemparnya tadi. Kon aiskrim itu diibaratkan sebagai jungkook, lalu kita kasik pijak dia habis habisan.
" janganlah pijak kon aiskrim tu. Kotor kasut tu nanti lepastu kesian dekat makcik cleaner yg nk bersihkan tu nanti. Awak tahu sepahkan je " ujar jungkook yg sengaja memperli sierra.
Baru je sierra nk marah si jungkook tu tadi, tapi bila dia dengar jungkook bahasakan dirinya 'awak', terus lenyap rasa nk marah tu.
" awak panggil saya awak? " soal sierra seolah olah tidak percaya. Jungkook mengerutkan keningnya.
" haah. Wae? Tak suka? " soal jungkook semula. Laju sierra menggeleng. Gila kau dia tak suka. Makin suka adalah. Ehek!
YOU ARE READING
© Special Crush ; Jjk
FanfictionMencintai itu tidak pernah salah, apatah lagi menyayangi. Yang salah itu Sierra, sudah tahu Jungkook menipunya mengapa dia masih mencintainya? S T A R T : 15/8/2021 E N D : 1/12/2021 ─ 1st Story by tatalifeu ─ | all my stories cover made by @dearsh...