chapter 15

95 76 34
                                    

Can you keep my name in
your heart?

~

_____________________________

Hari ketiga akhirnya menjelma dan bererti hari ini merupakan hari terakhir mereka semua berada di Gwangju Forest. Seperti mana yg telah di katakan tempoh hari, mereka akan berada di sini selama 3 hari 2 malam. Jangan tanya aku mana chap untuk hari kedua sebab aku pon tak tahu. Senang cerita aku skip lah helemekk.

Tepat jam 6 pagi, para guru berserta anak anak kesayangan mereka semua bangun di awal pagi untuk bersiap sedia mendaki gunung yg tak berapa nk tinggu itu nanti bagi menyaksikan matahari terbit. Last day kan, so apa salahnya. Haah ye gais, diorang bangun awal bukan untuk menunaikan solat subuh ye.

Doakan lah untuk diorang agar terbuka hatinya untuk menerima hidayah. Ehh- dah sudah jangan nk merapu dekat sini yaish!

" last saya ingatkan kepada kamu semua, sila berjalan dalam KUMPULAN masing masing bagi mengelakkan kesesatan masa perjalanan kita semua nanti. Jangan nk menggatal jalan sorang sorang, pastu jangan pulak menggedik nk berdating bagai. Aku cekik jugak sorang sorang nanti! " pesan Mr Kang yg berbau sindiran, perlian, bidasan dan ugutan buat kali keberapa nya.

Perkataan kumpulan sengaja di tekannya kerana dah tahu sangat dengan perangai anak anak muridnya. Degil tak pernah nya nk simpan sikit!

Kedengaran suara suara rungutan dari pelajar pelajar membuatkan Mr Kang tersenyum suka. Memang ini yg dia mahu kan! Dia mahu pelajar pelajarnya berasa bengang seperti mana yg dia rasa acewahh.

" faham tak semua? " soal nya lagi dengan nyaring kerana dia menggunakan speaker limited kepunyaan Mr Han. Mr Han hanya mampu redha untuk meminjamkan speaker nya kepada Mr Kang. Takpe, dapat pahala.

" fahammmmmm saemmmmm! " jawab semua pelajar. Sengaja mereka meleretkan suaranya untuk menaikkan bengang si Mr Kang. Padahal dia memang dah bengang, bangang, bengong dan segalanya lah.

Dengan berkali kali jelingan tajam yg diberikan oleh Mr Kang, dia berjaya membuatkan semua murid muridnya ketawa terbahak bahak. Bukannya diam malah syok diorang gelak.

Jin yg sedang asyik dengan ketawa lap tingkapnya tu terhenti apabila namjoon memukul mukul belakang badannya dengan kuat. Amboi balas dendam nampak.

" sudahhhhhhh. Diam! Mari kita mulakan perjalanan " Mr Han bersuara sebaik sahaja speakernya dipulangkan kembali. Beg galasnya di ambil lalu dia berjalan mengetuai mereka semua.

Serta merta semua pelajar mula diam seketika lepastu bising kembali. Sambil sambil jalan, sambil sambil bising. Tak ke syok kalau gitu?

~~

" semalam aku nampak si Wonwoo tu asyik perhatikan kawan kau " kata jungkook sambil kakinya masih melangkah. Tangan kanannya diselukkan ke dalam poket seluarnya manakala tangan kirinya menyebak rambutnya kebelakang. Fuhhh kalau sierra nampak kompem cair perempuan tu!

Hyerin yg telah tersedar dari lamunannya terus memandang jungkook dengan wajah yg sukar untuk ditafsirkan. Lalu dia memandang ke arah kiri, kanan, belakang, atas dan ke hadapan semula seraya menuding jari telunjuk ke arah dirinya.

© Special Crush ; Jjk Where stories live. Discover now