DUA bulan kemudian.
Banyak perkara yang telah berlaku.
Aisyah sudah mampu berjalan seperti biasa. Kerjayanya semakin membaik. Malah daddynya juga sudah memutuskan akan menjadikannya sebagai CEO dalam masa terdekat ini.Hubungannya dengan Aisyah juga sudah diketahui oleh keluarga mereka, awalnya Encik Badrul membangkang keras hubungan mereka kerana bagi encik Badrul. Aisyah anaknya itu masih muda untuk menjalani sebuah hubungan yang serius.
Namun ntah dipujuk Aisyah atau apa. Akhirnya encik Badrul merestui hubungan mereka, dengan syarat Aisyah mesti menghabiskan pelajarannya dahulu. Hah Huq Aisyar tidak kisah. Janji Aisyah menjadi miliknya.
Pertunangan mereka juga berjalan lancar tiga minggu yang lalu. Hubungannya dengan Aisyah benar-benar bahagia. Serasa dunia ini hanya milik mereka. Sekarang Huq Aisyar merancang untuk melamar Aisyah pula. Biarpun sudah ada kata putus, mereka akan berkawin tiga tahun lagi. Tapi baginya tiga tahun adalah masa yang sangat lama.
Huq Aisyar takut! Takut Aisyah akan berpaling arah dan meninggalkannya.
Oh ya. Huq Aisyar juga sudah mengetahui sepupunya Leo pernah menjadi kekasih Tunangnya itu. Sebab itu kalau boleh, Huq Aisyar ingin menghalalkan Aisyah secepat yang mungkin.
Huq aisyar tersenyum lebar apabila mendapatkan pelukan hangat dari belakang.
Ah Aisyah~~
"Hubby fikirkan apa?" Soal Aisyah dengan suara serak basah jelas sekali gadis itu baru bangun dari lenanya.
"Em? Nothing. Tengah fikirkan masa depan," jawap Huq Aisyar seraya berpaling menghadap kekasih tercintanya itu. Tali baju tidur Aisyah yang jatuh melorot kebahu itu ditarik keposisi asal.
"Heh masa depan kita kan?!" Kata Aisyah riang. Tubuh tegap Huq Aisyar dipeluk erat.
Huq Aisyar tergelak kecil "Eh mana dia tahu ni? Bahaya dia ni boleh baca fikiran orang." Kata Huq Aisyar dengan nada seakan terkejut.
"Hahah mestilah. Cah kan pasangan paling romantik disaat ni." balas Aisyah bangga.
"...Hm lepas ni kita nak pergi mana?"
"Sayang nak pergi mana?" soalan dijawap soalan oleh Huq Aisyar.
"Kita pergi breakfast kat cafe yang semalam boleh tak by? Tak puas lagi nak snap gambar.." Rayu Aisyah. Kini mereka berdua berada dicameron Highland. Dek kerana takut rindukan Aisyah, Huq Aisyar 'menculik' tunangnya itu supaya mengikutinya kesitu atas urusan kerja..
"Boleh tapi jam11 nanti hubby ada meeting tau. Tak kisah?" Aisyah menggeleng laju.
"Tak! Janji lepas tu Hubby bawak sayang gi deting hehe." Huq Aisyar tersenyum nipis melihat wajah bahagia Aisyah.
YOU ARE READING
Please... Love Me Back !
Romance"Mirinda binti Abdullah, aku ceraikan kau dengan talak Satu!" Disebabkan satu peristiwa. Hidup Huq Aisyar berubah 100%. Hidupnya kini hanya untuk anaknya Putri Fatini. "Mama, Mama!" Jerit Putri Fatini seraya memeluk erat betis seorang perempuan...