Bab 24 🌼 ( Flashback )

365 17 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



AISYAH yang berdiri dibalik dinding itu tersenyum melihat kearah Puan dan Encik Badrul yang makan suap menyuap itu.

Elelele .

"Amboi deting." ujar Aisyah sambil tergelak kecil. Tempat disisi encik Badrul diduduki lantas tubuh sang ayah dipeluk erat.

"Detinglah... time ni je dua-dua cuti," balas encik Badrul. Kepala Anaknya itu diusap lembut.

Selepas kejadian itu entah kenapa hubungan mereka semakin akrab dan membaik, adakah ini hikmah dibalik putusnya bertunangan mereka? Ntahlah.

Sedikit sebanyak Encik Badrul menyimpan rasa tak puas hati, namun rasa itu cuba dipendam. Siapa yang tidak sakit?

Melihat satu-satunya putri dia disakiti? Dicurangi? Biar pun bekas bakal menantunya itu sudah menjelaskan. Entah mengapa.. Susah hati tuanya untuk menerima balik kehadiran Huq Aisyar.

Biarlah semua ini berlalu. Aisyah juga sudah redha dengan apa yang terjadi malah anaknya itu semakin berubah menuju kebaikan. Alhamdulillah.

"Yela macam Cah tak kenal papa cah tu, busy dengan restaurant dia bukan maen."

"...Kesian mama ni kena madu dengan restaurant," Aisyah tergelak kecil mendengar kata-kata mamanya itu. Haha dimadu?

"Halah abang busy untuk kebaikan anak dan isteri abang juga." balas Encik Badrul tak mahu kalah.

Kek yang sudah dipotong diatas meja diambil dan disuahkan kemulut Aisyah.

"Pit pit kereta Api nak lalu.." Tanpa menunggu. Aisyah membuka lebar mulutnya. Siap berbunyi. "Aaaaa aum!"

"Yum! Yum!" kek coklat dikunyah perlahan.

"...Sedapnya papa buat! Cah nak belajar buat kek ni boleh tak papa?"

"Em? Boleh sayang. Apa pulak tak bolehnya." kata Encik Badrul seraya tersenyum.

"Yeay! Lepas tu boleh video call abang Adam! Biar dia jeles! Kan mama?"

"Haha ye sayang. Biar dia nak balik malaysia, lama sangat dekat negara orang tu." balas Puan Syakina jelas kerinduan diwajah tuanya untuk sang anak yang jauh mencari ilmu.

"Biarlah dia, dia muda lagi... Masa-masa ni la dia nak bina kerjaya dia," Kata Encik Badrul.

"Tadi Huq Aisyar datang.." Aisyah pantas menegakkan badannya.

"...dia cari Cah,"

"Pa, ma sorry. Cah lupa cah ada masak something kat dapur. Err Cah masuk dulu! Bye." Potong Aisyah sebelum berlari masuk kedalam rumah.

Panggilan dari encik Badrul diabaikan Aisyah. Maaf papa, Cah tak sedia lagi jumpa dengan Huq..

Cinta Aisyah .

Please... Love Me Back ! Where stories live. Discover now