Bab 28 🌼 (Flashback)

520 18 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"IBU BANGUN! ISK-HISK, JANGAN TINGGAL INDA!" tangis Mirinda. Badan kaku puan Raihani digoncang berkali-kali. Saudaranya yang memenangkannya itu ditolak sebelum kembali 'menyedarkan' ibunya itu.

Tak tak! Ini semua lakonan je! Ibu main-main je! Tak mungkin semua ni terjadi! Dari hospital tadi ibunya itu sihat walafiat!

"Inda sudah Inda jangan disiksa jasad arwah." Bisik saudaranya yang berada disisinya itu.

Semua ahli keluarganya yang sibuk membaca Yasin itu dilihat Mirinda. "Apa ni! Apa korang buat ni! Ibu Inda tidur je! Jangan buat macam ni," royan Mirinda. Jamil yang mendekatinya itu dipandang Mirinda.

"Abang halang dorang please! Ibu tidur je! Ibu tak mati lagi." tangis Mirinda. Bahu abang sepupunya itu dicengkam. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan Tiara dihujung sana. Apa yang dia mahu semua ini dihentikan!

"Inda mengucap Inda!" Henti Jamil, kedua bahu Mirinda dicengkam.

"jangan macam ni! Ibu dah tak ada!" kata Jamil lagi.

Hiks hiks.

Mirinda menggeleng kecil. Sungguh semua ini sangat membunuhnya . Tak mungkin...

Tolonglah cakap semua ni mimpi!

"Mirinda kena kuat. Mirinda tak boleh macam ni! Tersiksa ibu disana nanti sayang." pujuk Jamil. Abi Wahib yang baru tiba dan disorong mengunakan kerusi roda itu dipandang.

Jelas mata Abi wahid berkaca. Namun Abi wahid sedaya upaya menahan rasa itu! Rasa sakit ditinggalkan oleh insan tersayang!

"Inda..." mendengar suara Abi wahid dibelakangnya itu membuatkan Mirinda laju menoleh kebelakang. Abinya didekati dengan keadaan merangkak.

Sungguh seorang Mirinda terlihat menyedihkan tika ini.

"Abi hiks ibu..." tangis Mirinda. Kepala direhatkan diriba Abinya itu.

Mata memandang wajah si ibu yang kini ditutupi dengan kain. Kepala digelengkan sungguh tidak percaya dengan apa yang terjadi hari ini!

Apa salah aku ya tuhan! Kenapa engkau tidak habis-habis menyiksa diri ini! Menghukum diri ini tanpa henti!

"Sayang jangan macam ni nak... Allah lebih sayang ibu, Abi yakin sekarang ibu baik-baik saja disisinya." pujuk Abi wahid. Semua yang selesai menghabiskan Surah Yasin itu dipandang Abi Wahid.

Terima kasih semua.

**

Kereta Mewah yang baru berhenti didepan rumah adiknya itu dipandang penuh takjub oleh mak long wahidah.

Siapa mereka ini?

"Assalamualaikun!" jerit mak long sebelum mendekati kereta mewah itu. Kelihatan seorang wanita penuh elegant memandang dan tersenyum kepadanya.

Please... Love Me Back ! Where stories live. Discover now