Bab 11 🌼

786 49 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"YA ALLAH, Aisyah... Kenapa datang ni em? Huq kan dah bagi Aisyah cuti." kata Puan Nia sebaik saja melihat Aisyah keluar dari keretanya itu.

Aisyah menoleh kearah Puan Nia lalu menghadiahkan wanita itu senyuman manis. "Aisyah dah okey lah puan, dont worry... Lagipun Encik Huq tak kata cuti berapa hari." balas Aisyah lembut. Tangan wanita itu dikucup perlahan.

Puan Nia mendengus geram dengan perangai anak lelakinya. "Huq Aisyar ni lah... Boleh pulak macam tu ea? Sepatutnya dia bagi Aisyah cuti dua tiga hari ni, tak kisahlah dah sihat sekali pun."

"Hehe tak apalah puan, Putri Fatini mana?" tanya Aisyah. Rindu dekat budak 'otey' tu makin membuak-buak rasanya.

"Ada dekat atas, tidur lagilah tu..."

"Hesy-hesy dah jam 9:00pagi pun tidur lagi?" Aisyah beriringan melangkah masuk bersama puan Nia.

"Itulah pasal, cucu bertuah! Yang bapak dia pun satu. Dok manjakan sangat budak bertuah tu." Aisyah tergelak kecil mendengar Puan Nia yang membebel itu. Comel je!

"Jom kita sarapan dulu, Saya belum sarapan lagi ni. Sibuk sangat siapkan dato tadi." kata puan Nia lagi, dia lagi selesa mengelar dirinya 'Puan' atau 'saya' berbanding datin.

"Eh tak apalah puan, saya nak pergi tengok Putri kat atas. Rindu pulak rasa."

Puan Nia hanya menggangguk kecik. "Em yelah, pergilah." balas Puan Nia lalu melangkah kearah dapur sendirian.


*


"AKU nak kau siasat pasal dia ni." kata Dato Hun Ailim seraya mencampak gambar Aisyah keatas meja kerjanya.

Alex mencapai gambar tersebut. Dahinya berkerut. Bukan ke dia ni?

"Muka dia.."

"Seiras dengan Cah, right?" Alex menggangguk kecil.

"Sebab itu aku nak kau siasat pasal dia, aku rasa dorang adalah orang yang sama." kata Dato Hun Ailim kepada Anak buahnya itu. Elex apa yang disuruh oleh dato Hun Ailim, pasti dia akan tunaikan. Dia terhutang budi dengan dato Hun Ailim dia sanggup melakukan apa saja untuk dato Hun Ailim walaupun perlu mengadai nyawanya.

"Oo. Baiklah Sir, ada apa-apa lagi?" Dato Hun Ailim sekadar menggeleng kecil.

Alex menunduk sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik majikannya itu. Akan dia pastikan kerja ini selesai hari ni juga! Itu janjinya.

Dato Hun Ailim merenung tajam kescreen komputernya, jelas terpampar gambar Aisyah yang memegang seekor kucing. Dato Ailim sendiri sudah mencari Akaun Instagram Aisyah. Namun hanya gambar 'itu' yang Aisyah post. Followers juga cuma 100lebih. Sendu betul, Haha.



Please... Love Me Back ! Where stories live. Discover now