Bab 26 🌼 (Flashback)

442 16 0
                                    

ABI Wahid tersenyum nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ABI Wahid tersenyum nipis. Tangannya mengusap perlahan belakang tubuh Mirinda yang sedari tadi mendakap tubuhnya dari samping itu. "Kenapa ni?" ujar Abi Wahid perlahan.

"Rindu..." balasan dari Mirinda itu membuatkan Abi wahid tergelak kecil diselangi batuk yang keras. "Abi okey?" lengan Abinya diusap perlahan. Jelas kerisauan terpancar diwajah cantik Mirinda.

"Okey buah Hati Abi. Jangan risau,"

"Macam mana orang tak risau? Abi sakit tapi abi sibuk nak rahsiakan dekat Inda? Sampai hati Abi." kata Mirinda. Air matanya yang mengalir diusap penuh kasih oleh sang ayah.

"Abi taknak ganggu kamu yang sibuk disana sayang."

"Abi. Hiks! Abi buat orang macam anak derhaka." tangis Mirinda tanpa menyedari keadaan sekeliling. Jamil yang melihat Mirinda menangis itu berdehem kecil. Rasa bersalah kerana menunda perjalanan mereka tadi.

"Laaa apa cakap macam tu, Abi baik-baik saja ni hah." Kata Abi wahid. Isterinya yang duduk disamping Mirinda itu dilihat sekilas.

Jelas wanitanya itu seperti memendam sesuatu.

"Sudahlah tu..." pujuk puan Raihani perlahan. Ibu Mirinda..

"Ibu. Hiks Abi jahat!" Cebik Mirinda. Kepalanya direhatkan dibahu sang ibu.

"Ye abi jahat, dah-dah jangan nangis lagi. Malu orang tengok." kata puan Raihani perlahan. Kepala Mirinda diusap perlahan.

"Jamil duduk nak." pelawa Puan Raihani kepada anak buahnya itu. Namun Jamil hanya menggeleng sebagai balasan.

Dia tidak boleh lama-lama disini. Nanti maknya dirumah itu mengetahui aktivitinya bersama Mirinda tadi.

Macam Jamil tidak tahu, emaknya itu diam-diam mempunyai 'budak' kemana saja Jamil pergi. Mesti akan diketahui oleh maknya itu. Puan Wahidah.

"Jamil nak pergi kejap, nanti Jamil ambil Inda balik." kata Jamil. Namun Mirinda menggeleng kecil.

"Tak apa, Inda nak jaga Abi." Elak Mirinda. Dia tidak mahu kejadian sebelumnya terjadi lagi.

Cukuplah.

"Ibu baliklah eh biar Inda jaga Abi." kata Mirinda lagi. Puan Raihani hanya mengganguk kecil.

"Kalau macam tu ibu balik dengan Jamil jela." pelawa Jamil seraya menyalami tangan Abi Wahid.

"Yelah, marilah kita,"

*

"Jamil dengan Tiara macam mana?" Ujar Puan Raihani memecahkan keheningan didalam kereta itu. Jamil melihat sekilas ibu saudaranya itu sebelum menjawap perlahan.

"Okey je, kenapa bu?" balas Jamil. Tumpuan kembali kearah jalan.

"Takdelah, Mak kamu cakap semalam Tiara buat hal." Puan Raihani menjeda sebentar.

Please... Love Me Back ! Where stories live. Discover now